27 July 2012

Kek Pisang Dua Seri

Assalamualaikum... Apa khabar semua.. Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita berpuasa, moga puasa yang kita jalankan diterima dan kita mendapat ganjaran dan keberkatan dibulan yang mulia ini. Terima kasih buat semua kawan-kawan blog yang tidak putus memberi semangat dan memberi kata-kata semangat di ruang komen walaupun ita tak sempat untuk meninggalkan komen di dapur kawan-kawan namun kawan-kawan dengan ikhlas memberi kata-kata semangat buat ita. Terima kasih dan sangat rasa terharu...




Di Yokohama,  3 hari pertama puasa kami berpuasa dengan cuaca yang agak selesa, tidak begitu panas walaupun sekarang adalah musim panas namun sejak hari ke 4 dan sehingga hari ini, kepanasan memang menguji. Asyik nak mandi je rasanya.Tahun ini alhamdulillah cuti musim panas bermula pada permulaan puasa jadi mudah sikit untuk ita menggalakkan dan melatih  Fathnin untuk berpuasa.Di Jepun cuti musim panas lebih kurang sebulan lebih. Alhamdulillah fathnin dapat berpuasa dengan baik untuk 5 hari ini namun semalam cuaca yang agak panas tambahan dia pun kurang makan sewaktu bersahur jadi apabila dia nampak agak penat dan meminta untuk tidak berpuasa ita benarkan dia untuk berbuka. Moga Fathnin mendapat pelajaran dan memahami hikmah dan pengertian puasa itu sendiri bukan hanya penat, lapar dan dahaga sahaja.. InsyaAllah





Macam-macam menu ita lihat didapur kawan-kawan. Ita tak sempat pun nak pergi terjah lagi tapi kebanyakkan kawan blog adalah kawan-kawan di Facebook juga jadi ramai juga yang berkongsi resepi juga disana. Terliur dan seronok rasanya apabila kawan-kawan dengan ikhlas hati berkongsi resepi , tambahan sekarang ramai antara kawan-kawan yang disunting oleh majalah-majalah tempatan. Tahniah buat semua, sangat berbangga dan tumpang gembira dengan kejayaan kalian.


Hari ini ita ingin kongsikan resepi kek pisang 2 seri yang ita cuba gabungan kek pisang dan kek coklat yang dimasak secara kukus. Bagi ita kek ini amat kena dengan rasanya dan gabungan ini amat serasi. Kek pisang yang terhasil gebu dan ia mudah disediakan. Resepi ini adalah resepi  innovatif ita untuk memenuhi selera anak-anak yang gemarkan kek coklat sebagai asasnya..:)








Kek Pisang Dua Seri 
Bahan-bahan 
Lapisan bawah 
1 cawan tepung gandum 
1/2 cawan serbuk koko 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
1 1/4 cawan susu segar 
1 sudu kecil esen vanilla 
1/2 cawan minyak masak sayuran 
 secubit garam 


Lapisan atas 
 2 cawan tepung gandum 
¾ cawan gula 
4 biji telur 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil ovalette 
I cawan pisang dilenyek 


Cara-cara 
1.Panaskan air dalam periuk pengukus. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitik diatas kek. 
2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata 
3.Masukkan minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.Kacau hingga sebati. 
4.Masukkan kedalam loyang bersaiz 9 inci dan kukus selama 10 minit. 5.Sementara lapisan bawah ikukus sediakan lapisan atas.Putar telur dengan pengadun elektrik hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga betul-betul kembang. 
6.Didalam bekas berasingan ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. 
7.Masukkan pisang lenyek, minyak kedalam adunan telur tadi dan putar lagi hingga sebati. 
8.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar setelah itu tambakan esen pisang. 
9.Setelah lapisan bawah habis dikukus, masukkan adunan pisang ini diatasnya an kukus 40 minit. 10. Setelah siap sejukkan dan boleh dihias mengikut kegemaran masing-masing.

16 comments:

  1. salam Ita..
    lepas sahur kat Brunei ni akak terus terjah dapur Ita tertarik dengan kek pisang dua seri ni kebetulan ada pisang jugak kat dapur tu tak taulah jadi ke tidak macam kek yg Ita buat ni cantik dan molek sekali thanks ur idea yg menarikss insyaallah kalau ada mood hari ni akak tiru ya dan ambik resepi..

    ReplyDelete
  2. Salam Juwita..

    Selamat berpuasa..
    Semoga Juwita sekeluarga dapat menempuhi puasa dengan tabah walaupun menghadapi musim panas di Jepun.

    Di JB ni pun panas.. tak tahan rasanya sebab terik sangat nak keluar rumah pun terasa malas.. tapi kena juga keluar ambil anak pergi dan balik sekolah..
    kadang2 kesian kat anak yg bersekolah sebab cuaca panas sangat..

    Cantik kek pisang tu.. sangat comel dan sangat menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ita...
    selamat menjalani ibadah berpuasa yerk..

    cantikkk kek pisang tu...

    ReplyDelete
  4. canteknya dan pasti sedap kan...

    ReplyDelete
  5. Salam Ita,
    semuga sihat ya...cantik ajer kek pisang tu..menunjukkan kesedapannya...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Juwita cayang...rindunya lama x nampak dia.. sekali kuar resepi tu diaa..menawan selera la tengok kek pisang 2 seri ni...agaknya anak2 akak mesti suka gak ni...xpun diaorg makan yg coklat, akak makan part pisang tu...hehehe

    ReplyDelete
  7. Eh lupa nak wish, selamat berpuasa buat Juwita sekeluarga, semoga sihat2 sepanjang ramadhan ni ya, byk tempahan ke Ita... ^__^

    ReplyDelete
  8. assalam ita..

    nampak sedap kek yg ita hasilkan...
    suka jugak tgk hasil deko kek2 ita di bawah tu... mmg kreatif tangan ita ni tau...

    ReplyDelete
  9. Salam ramadhan ita n famili... nk terjah yokohama iftar ngn ita boleh...hehehe...

    dessert/kek berasaskan pisang mmg feveret kami anak beranak... cedapnye ;)

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan kak ita..memang panaskan sejak 2-3 hari ni..saya pun jadi lembek..hehe
    bagus fathnin,dah mula belajar puasa ye,taakpe..buat pelan2 ye.
    kek ni tak penah cuba lagi kak..nnt lepas raya la kot,baru ada mood nak makan kek balik..hehe

    ReplyDelete
  11. Nampak kak ita n famly dlm paper rini..ucapan raya...skali tgk dh leh cam akak...comel je st fmly pakai bj tradisional jepun...

    ReplyDelete
  12. aslmkum ita.. apa kbr..smga ita n krga dpt menjlnkan ibadah puasa dengan tabah .. klau di bp ni cuaca agak tidak menentu.. bila cuaca panas kesian kt anak2 kecil yg berpuasa tu kan..

    ReplyDelete
  13. aloor cantiknyee kek pisang nie
    dah jadi macam biskut lak dik
    huhuhu nangis akk tgk !

    ReplyDelete
  14. salam lebaran dik
    mohon maaf sepanjang perkenalan kita ye dik ;)

    ReplyDelete