13 June 2012

Roti Kacang Merah berbentuk ulat gonggok





Assalamualaikum.Berkesempatan untuk berkongsi disini lagi hari ini. Hari ini ada beberapa perkara yang ingin diselesaikan jadi untuk menghilangkan rasa mengantuk ita di tengahari ni, ita masukkan entry ini. Ita perasan jika masuk je musim panas di jepun ni badan cepat je letihnya,mungkin panas agaknya, jadinya bila masuk tengahari je mula la mata ni nak layu.. kalau dilayankan mata ni boleh je tidur ni tapi baik buat kerja yang banyak tertangguh ni.


 Berkesempatan untuk ambil gambar roti yang ita buat untuk sarapan. Selalunya tak sempat terus masuk mulut je. Pagi-pagi masuk doh dalam BM dan tunggu doh diuli sebentar sementara buat kerja rumah yang lain. Bila dah habis je siap semuanya boleh terus bentuk-bentukkan dan boleh makan roti panas-panas.

Untuk resepi ini ita guna resepi yang biasa ita guna dalam simpanan. Adunan roti ini memang gebu ita suka guna walaupun tanpa guna water roux yang penting kena naik dengan elok. Tak ingat resepi siapa sebab dah tulis dalam buku di dapur ni. Cara yang cepat jika tak mahu tunggu dia naik sendiri ita selalu setkan dalam oven menggunakan suhu 45 c selama 20 minit kemudian baru bakar.. Alhamdulillah hasilnya amat berpuas hati.

Roti kacang merah berbentuk ulat gonggok.

Bahan-bahan

190 ml susu cair
400 g tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur ayam
2 sudu besar yis
60 g butter

inti kacang merah secukupnya


Cara-cara.
1. Masukkan semua bahan-bahan didalam bread maker. Tekan butang dough.
2. Setelah aduanan siap boleh bahagikan kepada 50- 60 g mengikut besar roti yang dikehendaki.


  1.  Bulatkan adunan.
  2. Canaikan lebih kurang 1 cm.
  3. Letakkan inti kacang merah ditengahnya.
  4. Tutup dan kemaskan seperti gambar.


5. Dengan menggunakan pisau lorekkan jangan sampai ke lapisan bawah hanya bahagian atas sahaja, seperti gambar diatas. untuk nampak cantik biar sama lebar.
6. Terbalikkan dan gulung.
7. Bentukkan berbentuk U dan naikkan 2 kali ganda. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven gunakan kepanasan 45c selama 20 minit.

Untuk roti nampak cantik dan berkilat sapukan roti dengan adunan  telur dan susu yang telah digaul rata setelah roti naik 2 kali ganda.
Bakar mengunakan 180 selama 15 minit atau kekuningan bergantung kepada oven masing-masing.


Buat juga roti yang lain ni..:)

18 comments:

  1. salam ita...nampak sedap sgt roti kacang merah tu...saya pun tengah meroti gak ni...alahai... buat stok roti burger aje pun... sambil2 tu bw jap... ^^

    ReplyDelete
  2. sedapnya mkn roti panas2.. lama tak buat roti kcg merah tu.. ada yg panggil red bean stolen kan roti tu? hihihi....

    ReplyDelete
  3. lama plak tak buat roti....sy suka roti kcg merah ni..sambil gulung sambil ratah intinya..manis pon balun gak..ahaks

    ReplyDelete
  4. gebunya roti ni! sejak2 dah bergelar org dewasa ni baru nani suka inti kacang merah. masa kecik2 dulu sibuk buang inti kalau makan roti jenis ni.

    ReplyDelete
  5. Salam.. Banyaknya roti.. dah tak tahu nak pilih yg mana..

    TQ kak beri tunjuk ajar.. Nur mohon izin copy resepinya.. Ada kerajinan nanti, bolehlah cuba.. :)

    ReplyDelete
  6. Wah! Ulat bukan sebarang ulat... ulat gonggok roti kacang merah...memang unik & kreatif!

    ReplyDelete
  7. salam Ita,aduhh cantiknya roti tu ulat gonggok pun gonggok lah janji sedap akak suke sangat ni kalau ada kacang hee

    ReplyDelete
  8. salam kak ita...da lame kite xmeroti...terliur plak tgk..hehe...nmpk je mcm ulat..tp kompem sedap kan ehe

    ReplyDelete
  9. As'kum nampak tak tangan ni tengah buat apa... *tengah tabik sprinGGggggggggg* memang cantik! terbaik! tq so much kerana berkongsi gambar yang cantik, dan sungguh lazat! pulak datang tengah malam.. singgah blogs kecur aje terus sedut air hehehhee.. *hilangkan kecur* dah kembong air aje ni hehehehee.. TERBAIK!!! i likeeee 1000 kali taw!

    ReplyDelete
  10. Assalam Ita, bestnyer tgk roti Ita ni..gebus..suka inti tu.hari tu sebelum bercuti ada buat gak roti utk bawa bekal tapi buat bun biasa bubuh coklat nutella jer.lama tak buat yg versi ulat gonggok ni..:)

    ReplyDelete
  11. wahhh ada mcm roti yg juai kat kedai la kaka...bravoooo
    sedapnyer dah lama x meroti ni

    ReplyDelete
  12. rupa macam kat kedai la kak ita...saya dulu2 je pernah beli..hehehhe...kalau buat sendiri tak tau la jadik ulat apa...kekekke

    ReplyDelete
  13. Subhannallah.. bunga2 tu cantiknya... leka dan berkelip mata memandang... termasuklah dengan seisi keluarga di atas tu.. cantik, comel... tq sudi berkongsi yaa.. kat sini cuma ada banyak bunga durian aje sekarang ni ehhehehe

    ReplyDelete
  14. alahai comeiiii roti ulat gonggok tu...kemain gebuss n bolatttnye..kreatiff suka tgk..masuk list..tq

    ReplyDelete
  15. kalau tk ada tpung roti bleh pkai tpung gndum ?

    ReplyDelete
  16. kalau tk ada tpung roti bleh pkai tpung gndum ?

    ReplyDelete