30 May 2012

Terima kasih Jelita Jun 2012




Alhamdulillah terima kasih Majalah Jelita diatas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih buat wartawan Norashikin M. Nor diatas kepercayaan yang diberikan. Buat rakan tidak perlu ita sebutkan namanya disini yang mempercayai dan memberi semangat pada Ita, terima kasih, moga Allah merahmati anda. :) Buat suami yang sangat memberi galakan dan kawan-kawan blog yang sama-sama dalam aliran ini terima kasih atas segala perkongsian kalian, kalian adalah semangat ita. Buat pembaca yang sudi membaca blog ita ambillah yang baik dan tinggalkan mana yang kurang baik dari blog ini, moga ia bermanfaat buat kita bersama. Dari 13 resepi  yang ita kirimkan 5 resepi berjaya diterima setelah ditawarkan untuk meyumbangkan resepi dalam majalah ini. Semua resepi-resepi ini adalah resepi ita hasil olahan  mengikut citarasa ita, ada juga resepi yang dilihat di televisyen Jepun dan ita olah sendiri mengikut citarasa ita. Moga ia bermanfaat buat ita dan mereka yang memerlukan. Terima kasih sekali lagi.






Selama ita berblog banyak yang ita belajar, dari tak pandai masak dah boleh lah masak sikit-sikit dan cuba pula membuka Simple Homemade Cake untuk berbisnes dan memberi pilihan makanan halal di Jepun. Alhamdulillah semua ini adalah rentetan dari ita berblog. Membuka blog hanya pada mulanya adalah galakan suami yang menggalakkan ita supaya menulis setiap catatan anak-anak hinggalah aktiviti harian yang ita lakukan, resepi yang dicuba disini supaya ita boleh mengingati kenangan di Jepun apabila balik ke Malaysia nanti dan mengisi masa lapang ita, Namun amat besar kesannya pada ita hingga kehari ini. Bersyukur dengan nikmat- nikmat ini yang Allah turunkan.









Dari kamera biasa suami ita belikan hingga lah suami ita belikan DSLR untuk ita rakamkan segala kenangan ita dan gambar jalan-jalan kami dan juga kegunaan untuk Ita kongsikan resepi  di blog ini.Dari berblog timbul  minat dalam bidang masakan dan juga membuatkan ita lebih mendalami ilmu fotografi walaupun masih belum mahir sepenuhnya namun ita tidak pernah untuk berhenti belajar. Kagum dengan kehebatan gambar masakan kawan-kawan di blog membuatkan minat dan semangat amat membara. Hanya sejak kebelakang ini kesempatan untuk menaip disini amat terbatas, melawat blog kawan-kawan dan meninggalkan pesan membuatkan kemanisan itu amat ita rindui. Namun ita harus memilih dan positif supaya tidak tamak dalam semua hal, apabila ita memulih untuk berbisnes mungkin ada sesuatu yang perlu ita korbankan. Alhamdulillah Allah memudahkan segalanya.. Diri ini amat-amat bersyukur dan terasa amat kerdil dengan nikmat-nikmat ini. Semoga ia bermanfaat dan terus maju lagi dari hari ke hari. InsyaAllah



26 comments:

  1. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Isnyallah akan cari majalah Jelita.. semalam ternampak tak pulak capai.. sebab sibuk melilau mencari Majalah aroma kawan2 blogger yang turut sama ada dalam majalah tu.. sayangnya tak jumpa.. okay sok gi cari lagi sampai dapat! tahniah!

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH...tmpg gembira jugak...menu2 tu semua nmpk sedap2 belaka...nti nk cuba la...

    ReplyDelete
  3. u deserve it kak ita..cayalahh kan org geng nihon...hehehe.....smg lebih sukses ok...ganbaremas...

    ReplyDelete
  4. u deserve it kak ita..cayalahh kan org geng nihon...hehehe.....smg lebih sukses ok...ganbaremas...

    ReplyDelete
  5. Tahniah ita..cantik2 sume pic kt dlm ni...smoga trus maju n maju lg..hidup GMM!! ;-)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahniah Ita!...gambar Ita memang mantop dan layak utk masuk majalah.Akak tumpang gembira juga dgn penghargaan dr media ini semoga dapat dimanfaatkan oleh semua juga nanti:)

    ReplyDelete
  7. Wah tumpang gembira dengar cerita Kak Juwita.. Tahniah untuk akak kerana terpilih berkongsi resepi dalam Majalah Wanita.. Nur dah agak sure akak terpilih juga.. :)

    Lepas ni sure Kak Juwita lebih bersemangat memasak dan berblog..

    ReplyDelete
  8. As'salam Ita

    Alhamdulillah...syukur dengan apa yang telah dikurniakan pada kita kan Ita. sekali lagi k.ct amat2 berbangga pada teman2 yang duduk diluar negara, tidak pernah kenal rasa jemu untuk mencuba resipi2 yang baru.

    semoga perkongsian ilmu yang Ita berikan diblog mendapat keberkataan dariNYA Insya'Allah..Tahniah sekali lagi ya :)

    ReplyDelete
  9. Opss tersilap pula.. Majalah Jelita.. Maaf ye kak.

    ReplyDelete
  10. aslmkum ita.. tahniah n akk tumpg rasa gembira.. smga terus berjaya .. akk baru sempat nk BW .. nmpk anak dara ita fathin tu dah besar.. sweet pulak tu.. cantik sungguh bunga2 kuning tu.. cam verangan nk gi jepun ni.. hihihihi..

    ReplyDelete
  11. Assalam Juwita cayanggg...tahniaaaahh beribu2 lemon...akak cukup bangga dgn Ita kerana mmg sungguh berbakat berkongsi resepi2 Ita dan gambar2 yg mantops jugak...! Selayaknya bakat Ita jugak diketengahkan...vangaaa akak! ^___^ Moga Juwita terus rajin dan maju lagi di masa akan dtg... keep it up dear..!

    ReplyDelete
  12. omedeto.. semoga tambah maju jaya..;)

    ReplyDelete
  13. Tahniah ita ,bangga dengan kejayaan kawan-kawan terutamanya GMM,teruskan

    ReplyDelete
  14. tahniah dikkk
    x terkata akk nie
    semoga ju terus berjaya
    memang akk suke tgk pic2 ju dan juadah2 yg ju pamerkan
    seronok .. & hope always succes dear ! ... ;)

    ReplyDelete
  15. Tahniah ita,
    Very proud dgn blogger yg berjaya.

    ReplyDelete
  16. Tahniah Ita! Seronoknya... tumpang gembira! teruskan masak-masak ye Ita, meriah-meriahkan dunia masakan tanahair!

    ReplyDelete
  17. Tahniah Ita.gambar2 masakan yg terpilih dlm majalah semuanya cantik.moga Ita terus berkongsi resepi dan maju dlm bisnez homemade cake...

    ReplyDelete
  18. Salam kenal Ita..Tahniah,x sangka ramai blogger memasak yg berbakat n kreatif dalam menyediakan masakan.Teruskan memberi sumbangan dalam dunia masakan.

    ReplyDelete
  19. Tahniah Ita,
    Akak tumpang gembira dan berbangga dngn penganugerahan ini..sememangnya Ita mmng layak..moga terus sukses...

    ReplyDelete
  20. Tahniah Juwita. Gambar yang dihasilkan sangat cantik dan sungguh berbakat. Tahniah sekali lagi

    ReplyDelete