Salam semua. Masuk entry lambat macam siput sekarang ni. Banyak sangat sebenarnya entry tertunggak tau. Ada resepi baru juga yang dicuba tapi belum sempat nak share disini sebenarnya. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk mengetuk papan kekunci di komputer ni. Bila dapat taip sahaja disini hilang rasa penat memasak kerana berkongsi cerita dan resei dengan sesiapa yang sudi membaca blog ita ni.
Nasi daging berempah ni memang dalam perancangan nak buat minggu ni. Sebelum ni pernah buat tapi menggunakan resepi lain. Kebetulan untuk menu bekal/bentou yang ditempah untuk hari ini adalah nasi daging jadinya ita buat resepi ni. Alhamdulillah resepi ini bagi tekak ita amat memenuhi citarasa. Anak-anak pun suka dan sedap rasanya. Resepi air asam yang dikongsi juga amat memikat selera. Sedap..:) ita terlihat di rumah ika semalam. Jadi bagi orang disorongkan bantal terus ita gunakan resepi ni.
Okla tak boleh berbicara panjang banyak lagi perkara yang menanti. Untuk resepi ini ita gunakan resepi kak Fida dan untuk air asam ita gunakan resepi ika.. Terima kasih kedua-duanya..Bagi yang ingin mencuba resepi ini amat sedap..:) selamat mencuba..:)
Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
1sb rempah kari daging- ikut ika yang tambah ini
Cara-cara
- Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
- Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.(Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.)- ita pun buat mcm ika
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
- Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.
- Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.
- Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
- Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
Air Asam
4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa
1 sk gula a
secubit garam
**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)
Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat
As'salam wahhh menarik dah sampai ke jpn yeeee..bila lah resepi nak turun balik ke semenanjung hehheh kena g cari dgg dulu lah...sdp npknya menyelerakan.
ReplyDeletesalam ita..
ReplyDeletesibuk betul ita skrg dgn tempahan yer.. alhamdulillah rezeki tu semua kan.. dah ada bakar memasak apa salahnya menambah2 sumber pendapatan dgn kemahiran yg ada..
akak tgk nasi tu pun terliur dibuatnya.... pasti sedap kan!
Salam kak! tak pe kak kita phm ececece.. mcm ler kita ambik order :D tp bila tgk akak byk dpt order tumpang gembira, akak jgn balik mesia dulu tunggu kita balik jepun leh order dgn akak nanti ^___^ Kita dah kekenyangan betul semalam ni mkn nasi daging nii, minggu depan kena cuti berblogging seminggu nak bekerja keras jogging pulak ehehehe... Doa kita semoga akak terus byk terima order! insyaAllah!
ReplyDeleteSalam Ita :)
ReplyDeleteGmbr Ita skrg mcm cun melecun..terggoda mama tgk..hehehe
Tgk nasi daging berempah ngan set nyer mcm terliuq plak ita..bila lah nak buat hehehe
sedapnya tgk set nasi ni Ita..lama tak buat nasi daging ni..kena ngan air asam memang sedap tu.
ReplyDeleteITA,
ReplyDeletefirst sekali nak ucapkan terimakasih atas tip yang ita bagi kat akak kat fb.asyik lupa nak reply..tu yang tulis kat sini..akak akan cuba buat nnti..sekarang nih tengah try buat karipap frozen dulu..ada laa juga oder..nak buat banyak2 takut tak mampu..
suka laa tengok ita bisnes camgini..jadi pembakar semangat buat akak..go ita go!!!
Assalam Ita,
ReplyDeletelamanya tak transit sini... sedap sungguh nasi daging tu, Kak Amie lama dah tak buat, rasa teringin nak masaknya!