Salam semua. Hampir 10 hari ita tak sempat nak masukkan entry baru. Gagal rasanya menguruskan masa sejak akhir-akhir ini tambahan bila ita buka laptop je Fateh dan Fathnin tentu nak berebut juga disebabkan satu laptop dah rosak.. huhuhu.. jadinya bila diorang dah tidur baru mamanya boleh nak bersenang-senang dilaptop. Selalunya kalau waktu nak tengok Facebook atau jalan-jalan blog kawan-kawan waktu siang tu ita tengok guna iphone je...:(
Mungkin kena uruskan waktu dengan betul dan malam bila anak-anak dah tidur boleh la mamanya nak menaip disini. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi singgah disini dan ita mohon maaf kerana masih belum lagi sempat pergi ke setengah-setengah blog kawan-kawan yang lain. InsyaAllah jika diberi kelapangan ita akan datang melawat dan meninggalkan komen.
Dalam minggu ini juga ada sesuatu yang ita dan suami tubuhkan. Kami menubuhkan pages di dalam facebook iaitu page " Simple Homemade Cakes". Penubuhan pages ini sebenarnya dah lama di rancang dan digalakkan oleh suami ita, hanya ita je yang tak yakin dengan kebolehan sendiri. Setelah ita mendapat beberapa tempahan dari kawan dan ada kawan-kawan yang bagi galakkan jadinya ita cuba buat pages ini sebagai menyebarkan atau memberi pilihan pada kawan-kawan dijepun untuk membeli kek, pastry atau 'frozen food'. Ita juga mengenakan bayaran bagi penghantaran disekitar Yokohama dan Tokyo dan kos bagi penghantaran mengikut lokasi penempah. Niat ita dan suami sekadar memberi pilihan bagi mereka yang mencari makanan halal, moga ia juga boleh dianggap sebagai fardu kifayah. InsyaAllah...
Alhamdulillah minggu ni kami juga menerima tempahan kek hari jadi dari kawan di Yokohama untuk hari jadi suaminya. Kek yang ditempah iaitu 'chocolate indulgence cake' tapi topping putihnya menggunakan cheese disebabkan suami penempah menyukai cheese dan meminta untuk menghias secara ringkas dan menulis dengan tulisan berwarna biru. Terima kasih sangat atas kepercayaan pada kami untuk membuat kek tersebut. Alhamdulillah penempah amat berpuas hati dan bagi diri ita, ita amat bersyukur dan gembira bila hasil kerja disukai. Ita tak sempat nak ambil gambar secara cantik, tapi ambil gambar biasa-biasa je untuk kek tersebut jadi tak dapat nak kongsikan disini. Selain itu minggu ni juga ita dapat tempahan karipap dari seorang kakak dan kawan-kawannya sebanyak 100 keping karipap. Ita buat karipap sardin, ayam dan daging.Terima kasih kak, atas kepercayaan pada kami. Alhamdulillah diatas 'feed back' yang positif yang diberikan.
Karipap Sardin
Bahan-bahan ( 20 biji )
- 250g tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin - panaskan
- 2 sudu besar minyak masak - panaskan
- garam sedikit
- air
- Campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup).
- Gaul rata gune sudu sbb panas.
- Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
- Ita gunakan breadmaker untuk menguli jadinya ita masukkan ke dalam breadmaker dan tekan butang uli dan uli sehingga lembut.
- 1 tin sardin
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 1 sudu makan cili kering kisar
- sebiji kentang - diracik halus
- ½ sudu teh gula
- secubit garam
- jus dari ½ biji limau kasturi
- 2-3 sudu makan minyak utk menumis
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris.
- Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing.
- Masukkan pula sardin dengan sedikit sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga kentang di potong halus.
- Kacau rata . masukkan air sedikit untuk melembutkan kentang.
- Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan pastikan inti agak kering dan tutup api.
Assalam Juwita cayang lagi dirindui...Tahniah atas wujudnya Page Simple Homemade Cake tuh...semoga terus maju. Ya la kan, dah duk sana tentu susah nak dapat yang halal dan sedap...Ita dah jadi pelopor sekarang nih..hehe, harap2 bisnes Ita jugak semakin kencang..
ReplyDeleteBtw, karipap bulat2 tu cantik jer Ita..comel mcm tuan yang membuatnya jgk...hehee,muaahhsss!
Assalam Ta,
ReplyDeletetahniah berbangga akak dengan perkembangan ita tu..kira sesuatu yang baguskan,akak selalu berkira kira nak buat cam ita,buka fb tapi berjualan gitu,tapi tak mampu lagi takut laa..hihihi cantik karipap tu,akak pun suka buat bolat bolat gini...Tahniah yer dek..semuga akan lebih sukses,...amin
alhamdulillah...tahniah buat kak ita n family atas penubuhan page baru tu..yela, org islam kat sana pon agak ramai juga..insyaallah boleh jadi sumber rezeki kak ita n family di sana...
ReplyDeletetengok karipap kak ita buat ni tiba2 rasa macam dah lama betol x makan karipap...nanti2lah nk buat ni...
salam ita..tahniah dr akak atas semangat ita dan suami..
ReplyDeleteSalam. Tahniah Kak Ita.. Nampak akak dah maju setapak.. Semoga bisnes akak akan terus maju. Memang rindu sangat nak baca entri2dari Kak Ita. Nanti kalau akak balik Malaysia, teruskan juga ye... :)
ReplyDeletetahniah ita..ita mmg berbakat..jeles sgt..kalau ita dok dekat nak je datang belajar wat kek dgn ita..tapi kak mieza bekerja mmg tak tak menang tgn..bestnyer kan jadi fulltime hw...bila dah pencen nanti tak larat pula...hahaha
ReplyDeletesalam ita.. tahniah dr k.nor.. ita dah maju selangkah lagi tu.. sangat bangga dgn ita tau.. hasil kerja ita sangat cantik.. mudah2an terus sukses ya.. :)
ReplyDeleteX aci sbb tochigi x masuk Dlm list leh order
ReplyDeleteBut akak if nk pos kek pun blh
Just pilih cake then suruh letak tmpt sejuk
Caj ikut posto la
Best org Yokohama leh mkn air tangan akak ngeee
Hope leh rasa gak b4 akak back for good nnt
Salam Ukhwah drp saya kak..:)) cantik sgt pic2 akak...
ReplyDeletecantiknya karipap ita buat..
ReplyDeleterasanya pun pasti sedap kan..
sebab inti sardin.. maklong suuuka..
Tahniah Ita, semuga maju jaya - very good idea.
ReplyDeleteCantik karipap bulat2 ni...!
Assalam Ita,
ReplyDeletetahniah atas kemunculan Page Simple Homemade Cake! Kena yakin pada diri, itulah sebenarnya kejayaan Ita.
Cantik karipap bulat tu, kreatif sungguh!
ermmm...sedapnyer kipap sadin....
ReplyDeletetahniah ita,semoga terus maju dengan niat menunaikan fardu kifayah tu...sapa2 yg tengok ita buat mesti teringin,,semuanya cantik2
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah ita,semoga terus suksess,cantik karipap ita tu
ReplyDeletewah...semakin maju nampaknya. semoga ita terus sukses berbisnes dan membantu teman2 di sana... cantik je tgk karipap tu, penuh seni
ReplyDeleteSalam ita...
ReplyDeleteLama tak singgah sini. Singgah makan karipap ni, sedap nampaknya
salam ita... tahniah dah ada bisnes sdr.. Alhamdulilaah.... tumpang berbangga ngan kejayaan ita.. mmg deco cake yg ita buat sume cantik2.. :).. moge bisnes makin maju ye...
ReplyDeletekaripap ni pun nampak sedaap sgt...... inti sardin plak tu..feveret ni :)
salam kak ita...kat hokkaido tak hantar ke?hehe..
ReplyDeleteselamat maju jaya^^~~
Assalamualaikum Ita,
ReplyDeletetahniah buat Ita sekeluarga..akak doakan moga Ita terus maju jaya dlm bidang yg baru di ceburi ni...
Tahniah atas kejayaan menubuhkan pages sendiri. Walau di mana berada tuntutan fardu kifayah tidak dilupa. Moga diberkati Allah swt hendaknya. Amin.
ReplyDeleteTahniah ita! seronok ni, eh kalau order frozen food boleh x, mcm batricrom tu kan. kot boleh hantar seluruh jepun, tp nnti caj takyubin lg mahal kot eh. :D
ReplyDeleteKak ita tahniah...Wahh hanis nk order jgk..l cmana ni huhu...
ReplyDeleteTahniah ita... sgt bangga ngan ita ... moga ita akan terus berjaya yer..
ReplyDeletetgk karipap tu mmg comel sgt... suka akak tgk.. :)