03 June 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake



Salam semua. Sejak akhir-akhir ini cuaca di jepun ni macam tak menentu je.. sekejap panas dan sekejap hujan. Tapi minggu ni hujan je.. Basuh baju pun tak berapa kering. Bila cuaca macam ni kena jaga kesihatan anak-anak sebab dalam keadaan cuaca tak menentu senang je badan tak sihatnya.. Alhamdulilah anak-anak ita sihat hanya Fateh hidung berair sikit. Kelmarin sempat juga melawat anak kawan masuk hospital disini disebabkan demam dan jangkitan paru-paru. Moga keadaan anak kawan ita cepat kembali sihat.

Semalam jalan-jalan dapur izah nampak kek ni. Ramaikan kawan-kawan yang dah cuba. Ita je baru nak cuba. Kek yang warna coklat ni memang kegemaran fateh dan fathnin. Jadi tak rugi cuba. Lagi pun suka kek ni sebab memang moist, senang nak buat dan tak guna telur. Ita buat bentuk cupcake. Saja ubah selera. Boleh juga nak buat bentuk bulat bagi yang gemar.

Untuk resepi ini ita ambil di blog Izah, resepi asal dari dapurku sayang @ dayang jack. Thanks ye . Ita panjangkan disini.


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack


bahan-bahan : loyang 6-7 inci


1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  • Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.



20 comments:

  1. ramai yg dah cuba, tp sy belom lg...tgk rupe pon dah tau moist. kalau buat dlm cup kecik2 mcm tu senang nk makan.

    bestnye dpt tinggal kt jepon...sekarang da nk masuk musim panas la kan?

    ReplyDelete
  2. suke tgok cupcake itu ni .. simple n cantik.. pic ita pun dah semakin pro skrg.. bila tgok lama2 trasa pulak nk makan coklat cake.. urmmm...

    ReplyDelete
  3. musim x cihat la k.ita ...si adam 3 hari x leh youchien demam sampai 39 taw.. baru oke just batuk x ok lagik...wah terserlah kecomelan MECC nie..oishii sou :))

    ReplyDelete
  4. ita .. akk minta maaf.. atas tu komen akk yer...

    ReplyDelete
  5. ita!!!! lamanya x dtg sini...gmbr makin cantik la...sukee!!! bila balik mesia?

    ReplyDelete
  6. wah.. comelnya buat dalam cc ni.. siap ada toping pusing.. hehe.. kala anak2 tengok ni sah sah suke

    ReplyDelete
  7. As'salam Ita

    pantang betul bila tengok makanan yang bercoklat ni. tambah2 muffin ita ni. dah pandang, renung samapi nak terkam jer. memang suka ni Ita. bilalah nak buat agaknya.

    ReplyDelete
  8. Assalam ita, cantik & sedap nampaknya kek ita ni..comel lote akak tengok..very nicelah i like..

    ReplyDelete
  9. Nani.. Akak ikut suami belajar je nanti balik msia balik... Free2 try kek ni sedap tau

    ReplyDelete
  10. Kak zana... Biasa2 je kak kamera murah tu... Tyla ibgat siapa tadi rupanya akak

    ReplyDelete
  11. Ayu tula kena jaga anak2... Takut juga on off panas sejuk ni

    ReplyDelete
  12. Kak ena.. Balik thn depan insyaAllah .. Tula lama akak menghilang

    ReplyDelete
  13. Choc cake mmg fav hanis! nanti nk cubalah kalau ada masa...thanks Kak Ju

    ReplyDelete
  14. Izah.. Tula saja nak bagi berselera buat pusing2 gitu.,.

    Kak CT dah buatkan kek ni... Ita je ketinggalan kak...

    ReplyDelete
  15. Kak ayu.. Ye kak buat comel2 gini senang nk mkn... Sedapkan kek ni.. Akak pun dah buatkan

    ReplyDelete
  16. Hanis jgn panggil kak ju.. Ihiks.. Panggil kak ita je... Cuba la kalau free..

    ReplyDelete
  17. Salam..mm menggiuurkan.. Seb baik dah pernah buat ni kalau x rasanya terus kuar bahan2 buat kek ni

    ReplyDelete
  18. looks delishhh~~ hehe byk pulak terserempak with eggless choc cakes lately~~ have yet to tried it..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum,
    nampak cantik2 belaka hasil masakan di sini...mesti sedap kan...he he salam kenal dr kak amie, dah follow ita yea..

    ReplyDelete
  20. akak...kalau sy dpt g jepun okt ni..sy mcm nak cari akak je...nk suh masakkan...

    rase teruja tgk blog akak ^^

    ReplyDelete