16 June 2011

Rojak / Pasembur



Salam semua. Hari ini ita nak keluar sekejap sebab ada check-up Fateh di ward office disini, ward office tu macam pejabat daerah kalau kat Malaysia, ia menguruskan semua urusan tentang penduduk didaerah tersebut. Di Jepun ni setiap kanak-kanak yang berumur 1 tahun 6 bulan dan 3 tahun akan ada check up ni, jadinya temujanjinya hari ni dan temujanji ini telah ditetapkan bukan boleh datang sesuka hati je.

Hari ini nak kongsi resepi rojak yang ita buat semalam. Rasa nak makan rojak ni bermula sejak nampak Kamalia tunju rojak dia lepas tu nampak kak ida plak.. jadinya tak tunggu dah terus beli barang pagi semalam. Petang tu godek-godek didapur untuk makan dinner. Ita selalunya masak waktu petang sebab dah siap mengajar fathnin dan kerja-kerja rumah, jadinya senang sikit nak masak dan biasanya Fateh tidur petang senang sikit tak la terkejar-kejar sangat nak melayan dia.

Resepi ni ita ambil di blog kak noreen@my home cooking blog . Sedap resepi ni. Hanya di cucur lembut tu ita tambah kelapa sikit bagi rasa-rasa lemak sikit suka cucur gitu. Hanya dalam gambar ni tak de telur baru perasan tak masukkan telur..:P

Rojak / Pasembur

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati

Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris

24 comments:

  1. tu dia pasembur mai dah....
    uwaaa terlioq nyer tengok
    teringat pasemboq penang selalu makan kat padang kota tue memang terbaek dari ladang la...nyapa makan kat tak ajak ayu....hentak kaki....:D

    ReplyDelete
  2. Salam ita
    pehhh sdp tu pasambol...lama x mkn...dlm tu letak bebagai mmg terliuq di buatnya....
    ada lg keeee

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ita...
    Singgah pepagi kat dapur ita nie..uikss ada pasemboq.. sedap nyer.. akak mmg suke nie... dah lama betoi tak makan pasemboq nie.. tetiba terasa nak mkan pulakkk...

    ReplyDelete
  4. wah meriahnya kani san....

    akk dh dpt extend unpaidleave tuh lg 6 bln.nk tanya la, dia mmg bg email jek ker, surat xde?

    ReplyDelete
  5. Pasembur dh berjangkit kt sini plak dah..pakai keledek mesti lg manis kn, len kali ida try buh keledek plak, tapi suka buh kacang lebih..sbb hubby suka gitu...nmpk banyak lagii tu...mintak sepinggan ita .he..he

    ReplyDelete
  6. terliur tgk pasembur ita ni...
    nak kena butalah weekend nih..

    ReplyDelete
  7. **nk kena buatlah weekend ni (typing error) sorilah tuan rumah...

    ReplyDelete
  8. Ita buat ke dua2 cucur keras ngan lembut tu? :)

    ReplyDelete
  9. kalo Yokohama dekat,dah lame sye mintak rojak kak ita sket..:D

    ReplyDelete
  10. Itaaaaaaaaa..sedapnya rojak...bikin air liur meleleh ketagih taaauuu...kuih kaswi kat bawah tu pun cantik menawan...akak sukaaa...ada lg tak..jgn bg yg basi dah la eh..hehe

    ReplyDelete
  11. rasa teruja pulak nak cuba ni, kuah dia tu mcm kuah rojak ayam ke? xpernah mkn pasembor sebenarnya :p

    ReplyDelete
  12. ayu tula kalau pasemboq penang memang jangan cakap la memang sedap.. huhuhuhu rindu msia

    ReplyDelete
  13. kak shiela .. tu la kena buat bila sekali sekala makan sedapnya

    ReplyDelete
  14. kak eda.. kena buat tu kalau teringin

    ReplyDelete
  15. kak ayu.. dapat extend ye bestnya.. ita lum buat lagi.. nanti nak tanya akak la...

    ReplyDelete
  16. kak ida,, tu la hubby ita memang suka rojak t yang buat tu senang jekan.. lagi pun makan malam makan simple2 je

    ReplyDelete
  17. sal.. thanks singgah blog ita.. buat la sal sedap.. ita suka

    ReplyDelete
  18. As.. yup ita buat dua2.. yang satu tu ita letak kelapa...

    ReplyDelete
  19. maira.. hihihihi.. mari la datang yokohama lagi

    ReplyDelete
  20. kak ummi dah abis la kak.. hihihihi nak ita buatkan datang yokohama tau kak...

    ReplyDelete
  21. Dapat semangkuk penuh ni, untuk mama sorang je okay. No sharing though I know sharing is caring. Tapi kalau tiba tang rojak, caring tolak tepi... boley gitu.. ahahaha...

    ReplyDelete
  22. kak pi...macam kuah kacang tapi ada keledek manis sikit... ita suka gini... sebab pekat..

    ReplyDelete
  23. salam Juwita..

    amboi rajinnyer dia wt pasembor... terliur akak tgk tau.. akak salu dok beli je kalau rasa nak mkn rojak ni...

    ReplyDelete
  24. uishhh sedapnya pasembur...nieza suka...hehe

    ReplyDelete