05 June 2011
Puding Tembikai
Salam semua. 2-3 hari lepas nampak ramai kawan-kawan yang dah buat puding tembikai ni. Tergoda ita tengok. Rata-rata yang buat nampak cantik dengan gabungan warna yang dihasilkan macam tembikai betul.Jadinya ita rasa tak sabar plak nak mencubanya. Dari pengalaman kawan-kawan yang dah cuba kata sedap puding ni, lagi la membuak-buak nak cuba..
Bila tengok bahan-bahan semua ada dirumah hanya satu je yang tak de iaitu cincau. Mana nak dapat cincau kat jepun ni. Jadinya ita cuba cari alternatif lain untuk buat. Kalau tak letak biji tak cantik la puding tembikai ni tak macam tembikaikan. Jadinya ita cuba tukar dengan bijan hitam. Nampak macam biji tembikai betul bila dipandang betul-betul sebab bentuk bijan seakan-akan bentuk biji tembikai. Bagi ita walaupun ita tukar bijan dalam puding ni tak rasa pelik pun.. ita tanya juga pendapat suami.. suami kata ok je.. tambahan ita tak letak banyak pun bijannya. Ita nak ucapkan terima kasih juga pada kak Azlita sebab bagi tip untuk pastikan biji bijan/cincau tu tak terapung iaitu dengan buat beberapa lapisan dilapisan warna merah tu. Ita buat 3 lapisan untuk warna merah tu.. tunggu lapisan tu keras satu persatu. Waktu ita buat ni Fathnin tengok ita buat sebab dia memang suka menolong ita didapur dia kata " mama buat watermelon ke"..:)Yela dia memang suka puding-puding ni bila nampak warna pink dan macam tembikai lagi la dia tak sabar nak makan..Bagi yang belum cuba ita cadangkan cuba sebab memang sedap kami sekeluarga makan sekali hadap je... :)
Okla jom kita semak resepi puding tembikai yang sedap dan sedap mata memandang ni.
PUDING TEMBIKAI
Resepi: Kak Long Lyn
sumber: Masam manis
1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm)
2 keping roti gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula (kurangkan kalau x suka manis) ita letak 1 1/4 cwn
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau- dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)ita guna bijan hitam
*kalo takde cincau, ambik sikit agar2 tu, warnakan hitam, bila beku, potong kecik2
1.Rebus agar2 ngan air..
2.Bila sudah larut masukkan gula..
3.Apabila mendidih masukkan mentega..
4.Kemudian masukkan susu..
5.Ambil sedikit adunan agar2 ni kemudian blendkan ngan roti sampai sebati..
Kemudian tuang semula kedalam agar2 tadi..kacau rata...
6.Dlm bekas lain bubuh sedikit warna hijau..masuk ke dalam loyang...jangan banyak sangat cukup untuk buat kulit dia je...biar beku skit je jangan beku sangat nnt x melekat pulak bila bubuh warna lain..
7.Lepas tu letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih pulak...biar beku sedikit..
8.Kemudian letak adunan warna merah pulak...
9.Tabur cincau/bijan hitam untuk buat biji tembikai..biar beku betul2...sedap dimakan sejuk2.....
slm ita, comel ler puding ni..dh ramai kwn2 buat...cam terguda jugak nk buat ni..
ReplyDeletecantiknya puding tembikai Ita..mmng sedapkan...akak pun nak buat lagilah....
ReplyDeleteWah k.ita pow buat gak ek...Ayu try buat kemarin..alhamdulliah jadik gak just yg biji tue Ayu buat guna agar2 warna koko then potong kecik2...sedap kan...ganbatte untuk game hary nie (^_−)−☆
ReplyDeleteSalam kak ita!!!!! Canteknyer!!!! Eeeeee ni yg tak Sabo nk buatttt :D minggu depan budak2 da sekolah bolehlah projek , sedap tak kak? Mestilah sedap kan kak :D
ReplyDeletereal jer nampak cam biji tembikai tu ita :)
ReplyDeleteguna bijan utk bt biji tembikai...brilliant! :)
ReplyDeleteBijak2! guna bijan ye ita. Boleh cuba la nanti. selalu gak bawak bento agar2 kat budak2. mesti teruja tengok rupa suika ni. hihi..
ReplyDeleteheran sy mcm mana org boleh buat biji hitamnya terapung.rupa2nya boleh buat 3 lapis mcm tu.hahah...nmpk sgt sy jarang buat agar2..
ReplyDeletesalam kak ita...bestnye..saya cuma dpt mkn agar2x tembikai nie bila pegi raya rumah kwn saya aje.. nampaknye kena la buat sendiri lps nie.. agak2x nya kalau guna biji selasih utk buat biji tembikai tu ok tak erk?..kat rumah byk stok selasih ni..hehe
ReplyDeleteIta
ReplyDeleteakak berkenan lah sgt pudding tembikai nih...harus gak akak wat minggu ni....ishhh lawa arr!! realistik arr bijik tembikai tu :)
Ida.. Buat la ida x rugi cuba.. Sedap puding ni
ReplyDeleteKak yatie.. Sedapkan kak.. Ita suka juga.. Buat la lagi
ReplyDeleteayu.. Pernah buat ke.. Akak pun tah mcm mana leh terfikir tukar bijan hitam.. Thanks wish pd akak ayu
Ika.. Ok leh projek anak2 sekolah nanti..
ReplyDeleteKak nor.. Leh buat kak pakai bijan hitam
Del.. Thanks.. Tetiba bijan yg terfikir difikiran..
ReplyDeleteAs.. Buat la As tak rugi cuba tau
Nani.. Cuba la buat nani.. Sedap tau
ReplyDeleteumie.. Boleh umie rasanya.. Hanya kirang sikit rupanya waktu akak buat ty rerfikir gak tp bijan lebihsesuai rasanya
Kak yat... Ye kak leh buat nampak real je bijinya tu yek
ReplyDeleteAs'salam Ita
ReplyDeletewahhhh..sana sini situ semuanya dah buat puding tembikai ni. tersangat jeles okey.. hehehe. entah bilalah seru kak ct nak membuat nya ni. apa pun nampak sedap, sejuk tekak kalau dapat merasai puding tembikai ni kan :D
salam ita...
ReplyDeletewow! masing2 dah buat puding tembikai ni. tak aci betul!
ala comeiiinya suika!!klu nk buat ni nk kena tunggu anak2 main game or tdo dulu...baru leh focus..hihii
ReplyDeleteHuhuhu... tirguda tengok puding tembikai Ita ni. Cantiknya... Agak-agak kalau mama buat, jadi tembikai ke jadi apa agaknya ek?
ReplyDelete