18 June 2011

Light Cheese Cake Marble


Salam semua. 2-3 hari ini akan busy sikit, hari ni pun kena pergi beli barang sebab esok ada majlis perjumpaan dengan muslim international student di Universiti suami jadi suami ada tugasan untuk perjumpaan tu selain ita kena juga masak-masak. Dah 2 malam juga update blog dan blog walking malam sambil tunggu subuh.. sebab disini subuh dalam pukul 2.40 pagi jadinya bila anak-anak dah tidur sambil tunggu subuh tu sempat la blog walking .. tentang blog walking tu bagi ita ia seperti pepatah orang memberi kita merasa.. maksudnya kalau orang dah lawat blog kita dan appreciate kerja kita apa salahnya dengan rasa terima kasih kita datang blog kawan-kawan kita juga.. rasa happykan gitu ..:)

Rasanya ramai dah buat light cheese cake macam kena serang virus plak ye.. hihihi.. ita pun memang nak buat lama dah sejak tengok di blog hasue lagi tapinya bila ingatkan asyik baking kek je tak de siapa nak makan jadinya ia terbantut ( kononnya saya nak diet tau.:) Alhamdulillah semalam ada majlis yassin kat sini jadinya ita buat kek ni selain dapat buat dapat juga jamu orang... sedap kek ni.. tapi ita telah menderhaka sikit la.. ita marblekan kek tu.. Tapi menderhaka2 pun minta izin kat hasue tau... betul tak hasue.. thanks ye share resepi yang bagus ni hasue... sedap kek tu tau.. suami ita pun suka..:)

Hanya bagi orang yang amatur bagi ita ni memang untuk dapat kek yang gebu kena pastikan telur gebu dan satu lagi bila nak marblekan kek ita ni kalau nak dapat jalur yang cantik bagi ita jangan terlalu rapat macam ita buat tu sebab tak berapa jelas sangat.. patutnya ita kena letak 2 senduk kecil bagi loyang 6 inci tu. baru cantik marble dia.. ini untuk panduaan ita supaya lain kali ia tahu apa kelemahan ita waktu baking kek gini. Tapi bagi peminat cheese cake ia adalah resepi yang sedap..:)

Ok la jom kita tengok resepi yang ita ambil di blog hasue.. ita share disini pula ye hasue... moga kita sama-sama mendapat manfaatnya...:)



Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

*Untuk marblekan kek ini bahagi dua adunan dan satu adunan ita masukkan 2 sudu serbuk coklat dan ambil sedikit adunan dari satu bekas yang telah dibahagi tadi dan dicampurkan dengan serbuk coklat tersebut untuk dijadikan pes. Setelah jadi pes masukkan pes tersebut didalam bekas yang telah dibahagi tadi. marblekan secara berselang seli..:)

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Jika kek marble boleh la dimasukkan secara berselang seli.Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja

21 comments:

  1. assalam,
    sementara tunggu masa nak meeting ni jln2 dulu cuci mata ke sini...

    ReplyDelete
  2. Ita..umur akak dh 35 dh..dh tua, betui la tu panggil akak..Ita brp?
    Adehhh..tak leh tahan la ngan light cheese cake ni..rata2 dh buat ni...ita buat marble lg tu
    satu hari kena buat ni..letak dlm list paling depan kut..hi..hi

    ReplyDelete
  3. Salam kak ita! uuuuwaaaaaa..... nak jugakkk!!! kita ni takut lah nak buat agak2 jadi tak eak? :D dulu kalau buat kek ros yg guna slice cheese tu selalu tak masak lah pastu kempis lah :D tp tgk semua org buat menjadik, minggu depanlah buat sbb kita pun mula besok dah bz kak anie nak dtg :D

    ReplyDelete
  4. aslmkum ita.. dah seminggu dpur akk tak brasap ni.. huuu.. tgok kuih kaswi ita tu mmg mgoda d pagi2 hari ni.. tpi trasa jugak nk mkn cheese kek lagiiii...

    ReplyDelete
  5. Uwaaaaaaaa cheese cake lagik
    Tolongggggg dah terlioq smpi kt idung nie
    Semua dh Ada kecuali cheese jer x de....hentak kaki ☆〜(ゝ。∂)

    ReplyDelete
  6. cantik ita buat marble2 gitu.. lagi mengancam :)

    ReplyDelete
  7. gojes nya ciskek dia... i like!!

    ReplyDelete
  8. wahhh kak juuuu sedapnyer kek tu, arigatouuu en suami suka sgt la cheese2 ni balik lab ptg nanti nk try buat la... i likeee

    ReplyDelete
  9. Cantiknya marble Ita!!! Haish geram la...nak grab kek tu kang! :D

    ReplyDelete
  10. dah ramai yg cube resepi ni.sy pernah try cotton soft japanese cheese cake, tp bantat...terus tutup buku resepi muka surat tu.heheh..

    ReplyDelete
  11. cantiknye kak ita marble kan..halus je hasil keje kak ita..kalo sye buat idak le jadi cmtu..hihi

    ReplyDelete
  12. ita...huih...craving menengok kek marble nih... ade rase coklat + cheese.. memang meletop...yummy!~

    ReplyDelete
  13. best ye akak masak..aduhh, biel la lg nak merasa masakan akak yg sedap2 tu..dlu dduk dekat slalu la merasa..rindu akak..:(

    ReplyDelete
  14. kak amie.. thanks singgah blog ita pagi2.. hihihi syoknya kerja ita nanti naik kerja tentu busy

    kak ida ita 31.. betul la kakak.. hihih tapi akak nampak muda tu yang risau tu kakut terpanggil kak

    ReplyDelete
  15. ika.. yang ni senang sikit rasannya.. sebab akak dulu resepi tu pun kembang kempis gak.. hihihihihi

    kak dzana ..kan kak.. sedapkan kek ni rasa nak makan lagi..:) ita pun rasa tapi letak coklat sedap kak

    ReplyDelete
  16. ayu.. hihih kena buat ayu nanti lemas nanti kalau tak buat.. hihiihi..

    kak nor.. halus sangat marblenya.. nanti buat jarang sikit ...

    ReplyDelete
  17. gee.. mana gojesnya.. biasa2 je tu nanti ikena practice lagi

    hanis memang highly recomended la sedap kek ni

    ReplyDelete
  18. love.. yes you can grab if you can..:) hahaha.. just i have ti practire more to get a good marble..

    nani.. yeke try tang ni plak senang sikit rasanya

    ReplyDelete
  19. maira tak juga belum cuba lagi akak kena practice lagi baru la rasa puas hati..

    sha.. sedap kek ni leh la buat .. highly recomended

    ReplyDelete
  20. aisha.. this is my plesure.. hilang rasa bosan and kena berubah kearah yang lebih positif..( kekonon tgk bersemangat la ni masak2 .. Hhahaha).. miss you too rajin2 call akak ye

    ReplyDelete
  21. eh, kak ita..blog akak dh xde kolumn chat tu yek. btw, jeles nye tgk akak rajin masak itu ini. sy skang tgh mood malas la kak hehe. online pn jarang2..terikut2 time badan rase tak sedap weeks before..

    ReplyDelete