30 June 2011

Laksa Siam



Salam semua. Ini adalah menu kelmarin ye.. hanya dapat tengok je. Ita sebenarnya nak habiskan stok ikan saba dalam peti sejuk. Waktu beli ikan ni murah sangat iaitu 50 yen seekor. Besar plak tu lepas siap bersihkan ikan ni simpan dalam peti sejuk bila nak masak je terfikir-fikir nak masak apa dengan ikan ni. Dalam rumah ita ni menu ikan memang kurang sikit kecuali ikan-ikan yang macam di Malaysia tu bawal, kerapu , siakap cepat la habisnya.

Selalunya ita buat bakar je atau goreng tapi rasa dah jemu plak. Jadinya ita cuba cari menu untuk buat laksa. Nak buat laksa kelantan ita masa macam suntuk je nak buat laksanya tu jadi jumpa resepi laksa siam ni. Bila tengok bahan-bahan semua ada dirumah dan mudah nak buat. lagipun sebelum pergi lab suami ita dah request nak makan mee atau laksa untu menu dinner. Itu yang ita terfikir nak guna ikan yang ada tu.


Bila masak kuah laksa ni memang macam masak kuah laksa kelantan atau nama lainnya laksam. Hanya untuk laksanya dalam resepi ni kata guna bihun. Ita pun tak pernah makan kat siam macam mana laksanya...kena tanya mek ijah aka ika bangkok betul ke laksa siam gini.. hihihi Untuk laksa ni ia menggunakan bihun mungkin disitu kelainannhya...:) Bagi tekak kami suami isteri sedap laksa ni dan ita buat untuk sekali makan je masih berbaki ikan saba dalam peti sejuk tu macam kena cari menu laksa lain plak lepas ni.

Okla jom kita lihat resepi laksa siam yang ita jumpa di Mesra.net dan resepi asal dari Masakan tradisional utara 1991. Ita kongsikan disini pula.



Laksa Siam

Bahan-Bahan:
600 gm bihun kasar
600 gm ikan kembung
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm belacan
2.5 cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
8 sudu besar minyak
3 helai daun limau purut
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk hiasan:
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
1 biji nanas
3 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan


Cara:
  1. Celur bihun hingga masak, tos dan ketepikan.
  2. Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus dan tiada tulang.
  3. Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai berasingan dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan. Kacau hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-lahan.
  5. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun limau purut, lengkuas dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula.
  6. Mayang bawang besar, hiris cili merah, nanas, timun dan bunga kantan untuk hiasan. Petik daun pudina sehelai-sehelai. Apabila menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur dan taburkan Bahan-bahan Hiasan di atas bihun.
  7. Tuangkan kuah. Jika suka tambahkan otak udang.

21 comments:

  1. salam ita..

    menarik pulak nampak laksa Siam ni.. akak pun tak pernah jumpa apalagi lah nak merasa....

    kalau ita kata rasa mcm laksam tu fav akak tu.. suka sangat laksa kelantan tu...
    nanti boleh lah cuba resepi dari ita ni... terima kasih share resepi...

    ReplyDelete
  2. sungguh menggoda laksa itew bersama air oren...ayu ni x kisah laksa apa pow memang hantu....OMG murahnya ikan saba sekor 50 yen ekk...

    ReplyDelete
  3. tak nampak kuahnye. hehe.. sedap kan laksa2 ni! mmg murah la ikan tu. ;)

    ReplyDelete
  4. salam kak ita..pg2 lagi dah tayang laksa..laksa siam xpenah mkn, dr gambo tu mmg nmpk sedapla kak..

    ReplyDelete
  5. sedapnya laksa... apa kata ita buat lebih dan panggil kawan2 makan... heeee boleh akak tumpang semangkok

    ReplyDelete
  6. hmmm..menarik dan nampak sedapp la laksa siam ni..
    first time mas dengar laksa siam...

    ReplyDelete
  7. assalam Ita,
    suka nampak hidangan tu....cantik tersusun, mmmm...belum pernah buat / makan laksa siam, tapi bila belek2 resepi teringin pula nak cuba...

    ReplyDelete
  8. laksa siam ada kat jepun..best nih.. hehehe...dah lama tak merasa laksa.. cantik gandingan warne hidangan..sweet je

    ReplyDelete
  9. Salam kak! kita ni yg duk siam tak pernah makan lagi laksa siam hihihi... kita mmg antu laksa laksa apa pun kita mmg suke! lagi2 kalau ada salad dia byk2 mmg sukeeeeeeeeee ketak tauge byk2 letak kacang panjang byk2 :D syok sendirik :D

    ReplyDelete
  10. salam heheh laksa siam pehhh menarik sagat tu...leh lag try ni...tegoda....

    ReplyDelete
  11. salam ita....

    banyak hari tak singgah, dah byk menu ketinggalan....

    ReplyDelete
  12. wahh..bestnyer, mesti sedap ninta..k'ida pun tak pernah mkn laksa siam ni..kuahnya lemak2 ye..
    susahkn nk cari ikan cam kat m'sia, ikan sini pelik2 rasa pun pelik..murahnyer ikan saba tu ita, lum jumpa lg harga cam tu kat Fukuoka ni.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Ita,

    Nampak sedap laksa siam ni...kak nur tk pernah merasa..nk rasa laksa Ita,jauh pulak ya...akak telan airliur aje lah...hehe.

    ReplyDelete
  14. salam...laksa siam favourite sy...tp bkn guna meehoon..cuma laksa kat sana agak halus2 mcm meehoon...mmg sedap laksa siam ni...

    ReplyDelete
  15. Salam kak juwita,
    Wah... kira laksa lemak ni ya kak..
    saya mmg pulun laksa lemak sebab dah biasa laksa dan laksam. hehe.
    tumpang hirup kuah... :)

    ReplyDelete
  16. bestnye kak ita~~sye ade simpan ikan yg nk dibuat laksam..tapi sampai la ni tak buat2..sbb takde masa nak buat laksam nye tu..kalo nak senang buat mcm kak ita ni pon ok kan..

    ReplyDelete
  17. As'salam Ita

    maaf baru sempat ziarah ni. siang tadi dok betapa jer, malas nak jalan2 tenet slow macam siput.. hihi

    kak ct dah makan laksa banyak negeri, tapi laksa siam ni tak pernah makan lagi. rajin nya ita, apa rasanya ni ita. Tak pun kena tanya Ika Siam lah kan..hihi

    ReplyDelete
  18. suke sgt laksa siam...1st time makan jiran sebelah asal dr siam yg buat...mmg pedas mengancam habis la! pedas mmg wajib bagi laksa siam...sllrppp! kalau kt kelantan byk jual jugak tu...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ita..
    laksa siam ita tu nmpk sungguh sedap n menyelerakan tau... dah terliur dah tgk nie... mana ler akak nak cari nie... hehhee.. akak x reti lg buat laksa2 mcm nie..

    ReplyDelete
  20. akak belum pernah rasa laksa siam..laksam pun sama juga..so tak dapat nak bayangkan macam mana..adakah macam laksa putih gitu ke?..

    ReplyDelete
  21. teringin pulak nak rasa laksa siam ni..nak suruh ika ijayuji tu post ke mesia lah..hehe..
    akak ambik masuk list dulu lah ya..mesti try ni..akak memang suka semua jenis laksa..

    ReplyDelete