25 May 2011

Taiyaki


Ini menu minum petang kelmarin jangan minta ye...:) Seisi rumah ni semua suka makan kuih ni.Ini adalah salah satu kuih yang glamour dijepun ni. Sebenarnya acuan kuih ni papa hadiahkan tahun lepas. Jadi memang selalu buat hanya tak sempat-sempat nak poskan resepinya disini sebab selalu tak sempat bergambar pun. Ni pun ketepikan 3 ekor ikan untuk bergambar sebelum masuk mulut kanak-kanak dan mama papa rumah ni. Pelbagai resepi dah cuba untuk dapat yang betul2 ranggup diluar dan lembut didalam. Rasannya resepi ini ok. Boleh cuba lagi sebenarnya resepi yang lain untuk dapat yang betul2 puas hati. Untuk kuih ikan ni boleh pelbagaikan intinya tapi ita selalu buat coklat atau inti kacang merah je. resepi ini ita ambil disini dan telah di alih bahasakan.

Taiyaki

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 tsp. baking soda
1/2 tsp. garam
3 Tbsp. gula
3 telur
1-1/2 cwn susu
4 Tbsp. mentega, dicairkan
1 cup tsubushian or koshian- pes kacang merah
vegetable oil

chocolate chips, optional


cara-cara.

Panaskan acuan. sambil itu gaulkan semua bahan-bahan kering kecuali pes kacang merah. Didalam bekas yang lain pukul dan gaulkan telur, mentega dan susu. Kemudian masukkan bahan kering ke dalam adunan susu tadi dan dipukul. Setelah nampak sebati boleh la di masukkan ke dalam acuan tadi mengikut kesesuaian acuan. masukkan pes kacang merah ditengah2 dan letak sedikit lagi adunan. Tutup acuan dan tunggu hingga ia masak ke perangan.

12 comments:

  1. kite nama je duk nihon dl...rasa takpernah...ape tah lagi nak buat...huhuhu..rugi2..

    ReplyDelete
  2. assalam ita,
    sedap namapk kuih jepun ni..adakah ia macam apam juga?..

    ReplyDelete
  3. huhuhu....dpt yg ranggup tu sedap.kkanie suka yg kecik2 sbb intinya manis.kurang minat manis.dah penh cuba makan shiro taiyaki?

    ReplyDelete
  4. Salam kak ita!!! kita peliklah ank org mesia suke mkn kuih ni ank kita yg darah jepun sikit2 tak byk ni pun tak suke! huh! tp kita suke jugak cuma kalau beli mesti tak abis bau telor dia kuat sgt :D

    ReplyDelete
  5. aisha.. oh yek ini semua suka tu yang gagah beli acuan tu

    kak ayu.. dia macam waffle kt tapi ada inti

    ReplyDelete
  6. kak anie.. tak pernah makan shiri taiyaki.. yp yang kecik2 pernah gak nampak senang nak makan.. tapi tu la intinya panas...

    ika.. huhuuhu.. anak2 akak suka sebab gambar ikan rasanya pun sedap.. tu yang suka.. hihiihihi.. memang ada bau telur sikit tapi letak esen vanilla banyak2

    ReplyDelete
  7. suka..suka...selalu beli 150yen sekeping. tp x beli cetak lagi daaa...kena beli nih.tq for the resepi

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ayu reti makan jer taiyaki nie hikhik...ayu suka perisa sakura sedappp pernah try x? rona pink gitew @____@

    ReplyDelete
  10. kitaorg satu famili pun suka makan taiyaki ni...anak2 lah pantang nmpakk gerai taiyaki mesti suruh beli...acuan dah ada tapi belum terbuat lagi...nih dah ada resepi bleh la try....

    ReplyDelete
  11. Kak ayu.. Yup ita pun sebab anak2 suka nak beli yg buat tu.. Huhuhu beli acuan berbaloi kak

    ReplyDelete
  12. Ayu.. Tak pernah mkn yg sakura tentu lagi sedap

    saliza.. Cuba la bust ita dah dua tiga kali cuba resepi yg ni ok rasanya.. Leh cuba yg lain lagi nanti

    ReplyDelete