Lama sudah tidak menaip disini. Rindu sebenarnya tapi apakan daya masa yang agak terbatas disiang hari sekarang disebabkan beberapa tugasan yang perlu di bereskan memerlukan kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk menulis disini. Seperti yang telah dimaklumkan Fathnin tidak bersekolah lagi jadi siang masa yang banyak diperuntukan untuk melayan kedua2 permata hati sambil disulami dengan kerja rumah yang tak habis2 ni.
Dalam dua minggu ini beberapa berita gembira yang kami tunggu-tunggu telah diketahui keputusannya. Diantaranya alhamdulillah permohonan kami untuk masuk ke Danchi (rumah awam) telah diterima dan akan berpindah pada 1 April ini. Walaupun rumah danchi ini jauh dari Universiti suami dan agak kecil tapi harga sewa yang murah membuatkan kami mengambil keputusan untuk berpindah. Selepas ini kami agak sibuk dengan urusan pindah memindah kerana sekarang sesi mengemas rumah telah pun dilakukakan sikit demi sedikit.
Selain daripada keputusan danchi, Fathnin dan Fateh juga di terima masuk ke Hoikuen ( pusat asuhan kanak2) yang diselenggara oleh kerajaan sebab sebelum ini Fathnin bersekolah di sekolah swasta yang mengenakan yuran yang agak mahal sebagai yuran bulanan. Tapi setelah difikir semasak2nya dengan semangat yang diberi oleh suami, mak, kakak dan keluarga sebelah mertua yang menggalakkan Fathnin tidak bersekolah disini kerana silibusnya tidak sama dengan pembelajaran diMalaysia menyebabkan kami menolak tawaran itu. Memang itu adalah janji yang ita cuba kotakan dari malaysia lagi setelah melihat perkembangan Fathnin bersekolah di Prasekolah di Malaysia dan pengalaman dia bersekolah dijepun tahun lepas menyebabkan ita dan suami mengambil keputusan untuk tidak menghantarnya. Terkadang timbul rasa keraguan didalam hati mampu kah ita mengajar Fathnin dan Fateh dirumah dengan baik dengan kerja2 urusan rumahtangga yang tidak habis2 dan adakah betul keputusan ini. Tambahan Fateh pun memerlukan perhatian yang lebih buatnya untuk meningkatkan kemahirannya dalam berkomunikasi. Itu antara suara2 jahat yang terkadang membuatkan semangat ita lemah namun sokongan suami dan kepada Allah tempat mengadu untuk menyatakan keputusan ini adalah keputusan yang terbaik yang harus diambil. Ada kawan-kawan bertanya kenapa tidak dihantar sahaja anak2 ke Hoikuen, terkadang serba salah untuk menjawab kerana setiap orang punya pandangan dan persepsi yang berbeza dalam mendidik anak dan melihat sesuatu perkara itu. semoga keputusan ini adalah keputusan yang terbaik buat kami dan diharap sedikit sebanyak Fathnin mempunyai persediaan untuk melangkah ke alam darjah satu yang kini amat mencabar bagi kanak2 seusianya. Senario dimalaysia yang rata2 kanak2 amat genius dan dengan silibus yang semakin mencabar membuatkan ita tidak mahu Fathnin tertekan dan ketinggalan jika dibiarkan dari sekarang tanpa persediaan awal. Sebagai panduan ita telah membawa buku teks darjah 1 sebagai persediaan untuk dia bersekolah diMalaysia tahun hadapan.
Sebelum berakhir beberapa gambar yang ita ambil pada bulan Februari ini untuk tatapan dimasa akan datang iaitu salji yang agak tebal pada tahun ini di Yokohama dan sekali lagi kami sekeluarga ke Anpanman museum diatas permintaan Fathnin dan Fateh.
takpe kak,
ReplyDeleteInsyaallah akak mampu.
bestnye nk main salji. rindu la nk baca entry akak
:D
bestnya dah lama x bwk anak2 pegi anpanman museum.
ReplyDeleteInsyaAllah kak, pilihan yang dibuat akan memberi hasil untuk masa depan.. ishouni gamabarimasu (^o^)
wah..bestnye dpt danchi..jauh pun xpela kak, aslkan harga berbaloi..
ReplyDeletesmoga sumenye dipermudahkan untuk akak sekeluarga..
slm ita,
ReplyDeletehanya ita n suami yg tahu situasi sebenar, n mampu buat keputusan terbaik utk ank2..smoga sumanya dipermudahkan, gud luck!
tahniah dpt danchi, bole la berjimat cermat sket kan..
assalamualaikum,
ReplyDeleteita..jgn duk ragu2 lagi.dah buat pilihan kan, terus stick pd pilihan tu. kp sokong ita.
salam kak ita,
ReplyDeletealhamdulillah dpt approve pindah rumah baru. insyaAllah byk boleh jimat tu.
cite psl anak, pening kn pikirkan mana yang terbaik buat diorg. kdg2 tu takut je cara didik dan pilihan kite salah. but after all, seek for Allah's guidance, insyaAllah kita dibantu.
***gud luck mempacking brg hehe. plg lemas bile tibe time pack n unpacking hehe...
dik akak doaka adik selamat di sana ya .. jepun tsunami kann .. aminnn
ReplyDelete