21 November 2010

Hari Persembahan Tadika Fathnin

Weekend yang sibuk bagi kami minggu ini. Kelmarin ada majlis yasin bagi warga yokodai (Yokohama universiti)dirumah ita ni.Semalam ada perlawanan persahabatan badminton lelaki diantara warga malaysia di Yokohama dan di Chiba. Macam biasa kami memang main badminton setiap minggu jadi untuk meraikan kawan2 yang datang dari jauh papa suruh mama buatkan bentou sikit masak dari pagi lagi. Ingat sempat ke kelas bahasa jepun tapi tak juga sempat sebab papa pagi tu ada kelas sampai pukul 12 jadi buat bentou dan uruskan urusan anak2 dan rumah tangga .. papa balik je kata tak payah la mama ke kelas sebab takut mama penat katanya.. memang penat sikit rasa so.. poteng la ke kelas semalam.



Hari ni pagi2 dah bangun sebab Fathnin ke sekolah ada hari persembahan disekolah. Semua ibubapa datang untuk lihat persembahan anak-anak setelah penat berlatih.






nampak seronok fathnin walaupun mula2 muka waktu buat persembahan tu malu2 bila nampak mama dan papa je terus bersemangat. seronok rasa bila fathnin ada confident buat persembahan di hadapan ramai orang. Disebabkan persembahan dibuat di Dewan yang baru di tadika Fathnin ni agak kecil, ibu bapa boleh memilih untuk melihat persembahan anak2 sama ada pada pukul 940 pagi atau pukul 11 pagi, Jadi kami sekeluarga memilih untuk melihat persembahan Fathnin pada pukul 940 pagi. jadi anak2 sebenarnya kena ulang persembahan 2 kali untuk ibu bapa melihat persembahan.







waktu nak balik tu jumpa Yuka, kawan ita yang anaknya juga satu kelas dengan fathnin. Dia la satu2 kawan yang baik dan selalu tolong ita yang lain takut-takut nak cakap dengan ita sebenarnya sebab diaorng tak boleh berbahasa inggeris, dioarang nak cakap bahasa jepun pula dengan ita mungkin agak terbatas sebab ita belum boleh menguasai bahasa jepun dengan fasih. lagi satu yang ita suka sangat dengan Yuka ni dia amat peramah dan baik hati, rajin menolong dan ita senang sangat dengannya. Tapi ada berita sedih dia terpaksa pindah ke kobe dirumah maknya kerana nak menjaga maknya yang sakit. jadi mulai bulan 12 ni ita dah takde kawan dah di tadika tu.. rasa sedih sangat tadi waktu jumpa dia rasa nak menangis je sebab dia pun rasa sedih juga nak berpisah. Moga lepas ni ita kena berusaha lagi untuk belajar dan cakap bahasa jepun supaya ada mama2 kelas fathnin ni nak sembang2 dengan ita.. huhuhu..

5 comments:

  1. takpe Ai ade. boleh cakap jepun

    "jepun jepun"


    kak ita sori melawak.

    lalalala.jgnle sedih2. Insyaallah nanti kak ita pandai cakap bhs jepun mesti dpt kwn lain (^_^)

    ReplyDelete
  2. comeyynyer persembahan fathnin...

    ReplyDelete
  3. tula ti.. sedih sebab dia baik hati..

    kak ayu. thanks suka sangat berlatih sampai sekarang.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. kak pi.. alhamdulillah dia tak malu suka dia ada confident

    ReplyDelete