Alhamdulillah dah selamat kembali ke jepun semula setelah beberapa hari mengikut suami ke Conference di Korea selama 5 hari. Asyik jalan je entry kali ni, alhamdulillah papa nak bawa kami sekali kalau dia ada conference jadi dapat la tengok tempat orang kalau tidak tak merasa la.. lagi pun ikut sekali lebih untung sebab semua urusan tempat tinggal ditanggung hanya kena keluar duit tiket tambang je untuk ita dan anak2 jadi kurang la sikit belanjanya... kalau tak tak mampu juga nak pergi... disebabkan ikut pergi atas urusan kerja 5 hari sekejap je masa.. sebab papa ke conference.
Untuk hari pertama tu kami dari Yokohama ke Narita airport menaiki NEX iaitu sejenis keretapi ekspress. Selalunya kami naik bas tapi kali ni cuba naik keretapi ni dan lebih murah dari segi masa sama je sebenarnya.
Sampai je Narita terus check in dan naik kapal terbang kali ni kami naik JAL ( Japan Airlines) sebab itu yang murah waktu suami pilih untuk tambang tu... kena budget juga sebab 4 orang punya tiket mahu lebih 100 ribu yen juga. Tapi bila fikir tak pe la sekali jalan nanti bila pula nak pergi lagi. Sampai je Incheon Airport kami ke seoul dan lebih kurang 1 jam perjalanan ke tempat kami menginap..
Kami pilih Hotel budget je iaitu seoul backpackers.. tapi bagi ita amat strategik sebab dekat sangat dengan Namdaemun market jadi senang kalau nak shooping brooch atau barang yang murah2 kat sini... lagi pun pasar ni malam2 pun buka hanya kedai banyak tutup la.. tapi masih ada yang buka tambah yang berniaga naik motor... bilik pun boleh tahan dan sewa satu malam bagi family room 50000 won sahaja.
Hari kedua tu kami mulakan perjalanan ke Lotte world. Di Korea setahu ita ada 2 taman tema yang menarik satu lotte world dan satu lagi Everland.. mula plan nak pergi Everland tapi disebabkan everland ni agak jauh jadi kami cancel dan pilih Lotte world sebab dekat sikit dengan tempat penginapan. Tapi tak mengecewakan pilihan kami sebab memang happening tambahan cukup lengkap untuk kanak2 dan orang dewasa. Tambahan bagi pelancong asing ada diskaun. Untuk masuk ke Lotte world bagi orang dewasa 33,300 won dan bagi pakej anak yang berumur diatas 5 tahun dan ibu 37,000 won sepasang. Kiranya lotte world ni macam disneyland Korea la sebab ada juga palace macam didisneyland tu dan semua mainan kat sini cute2. Dari pagi pergi layan mainan dan naik semua yang fathnin dan fateh boleh naik bila dah petang anak2 dah penat ita dan suami bergilir main untuk orang dewasa punya... sampai layan parade dan show dia.. berbaloi dan seronok di lotte world.. lagi satu makanan disini pun agak murah berbanding jika beli di Disneyland atau USJ di Japan.
keluar je dari lotte dah malam di Korea lebih kurang jam 8 malam sebelum balik ke hotel sempat juga kami jalan di namdaemun market sebab dekat sangat 3 minit je... kat sini macam2 ada sampai tak tahu nak shooping apa sebab dalam kepala otak ni tahu nak beli brooch je.. tapi kedai brooch jual di satu bangunan ni tapi tutup pukul 5. Jadi jalan tengok2 barang je.. badan pun dah penat balik hotel sebab esok papa kena present paper di conference. Esoknya papa ke conferance tengahari mula tak nak ikut sebab yela nak buat apa nanti sementara papa conferance tapi bila ada plan nak makan dengan family adnin dan Aliza yang pergi sekali jadi tukar plan ita ikut papa ke conferance. Di sebab kan itu, pagi tu minta izin papa keluar ke namdaemun market untuk pergi beli brooch sorang2 sebab nak keluar kalau balik dah malam nanti tak sempat lagi nak pergi. Sebelum tu dah servey kat internet dimana kedai brooch yang murah dan kawan pun ada cakap jadi sampai je ke bangunan tu terus naik tingkat 2 dan cari kedai tu.. tapi disebabkan banyak betul kedai lebih kurang 1000 kedai susah juga nak cari.. kesana sini cari kedai 209 tu ditingkat 2.
Singgah juga ke kedai yang jual brooch di lain sebab dalam 1000 kedai tu tak semua jual brooch ada yang jual klip rambut, rantai, dan aksesori wanita yang lain berklip2. Tapi memang agak mahal sikit dan sombong tau tak mahu kurang lepas tu nak ambil gambar pun tak kasi.. huhuuhu.. rezeki agaknya alhamdulillah jumpa juga kedai 209 jual brooch murah tu. so apa lagi rambang mata... pening pilih semua cantik dan murah berbanding kedai yang pernah singgah sebelum tu.. baik plak makcik tu.. siap tahu dari Malaysia lagi sebab ramai orang malaysia datang kedai dia... Dapat tawar menawar lagi dan bila nak bayar lastu tu pun kalau ada lebih beberapa won tu dia genapkan.. baik la makcik tu.. jadi kalau ke Korea nak beli Brooch datang kedai makcik tu ye.. hihhihii..
selain dari brooch perhiasa anak2 perempuan ni banyak sangat.. sampai rambang mata .. pilih la juga 2,3 untuk fathnin sebab cantik.. ok kita sambung part 2 nanti ye..
woww...berselayut...tgk pun nak muntah...huhuhu
ReplyDeletesalam kak ita,
ReplyDeletealahai mmg rambang mata.
*ok mmg Ai dasar pompuan betul. bukan nk koemn entry yg panjang2 berjela. tapi aksesori yg menangkap mata. hihihih
dah balik ek kak. Alhamdulillah bestnya jenjln..
ReplyDeletebosan2 jemputla dtg kamoi lagi kak. jiran bergossip dah balik tu meh bergossip kamoi plak..
slm ita...wah dh blk ker? blk osaka terus pgi korea ek?
ReplyDeleteakk pgi korea insyA bln 12 nnti. nnti akk call ita la, kalu nk tanya apa2 ek..kedai brooch yg murah tuh nma dia 209 ek?
bestnya tgk brooch yang byk2 tu..
ReplyDeleteteruja rasa nak pergi korea..hehehe
to siti sifir.. brooch tu ke yang berselayut.. memang banyak .. kalau minat tak muntah ye.. hanya mengeletar tangan nak bayar :)..
ReplyDeleteTot yati.. memang rambang mata ti.. akak pun tak tahu nak pilih semua cantik2
to murni.. kalau berkereta leh je datang murni.. hihihihi.. tula tak de kawan sebelah dah sunyi rasa...
ReplyDeleteto kak ayu nanti call ita ye kalau nak tanya.. mana yang ita tahu ita jawab..
to saliza... pergi jangan tak pergi seronok .. tambah nampak brooch yang cantik2 tu
jeles giler bleh bejalan2 nih..
ReplyDeletekat sna sng x nk cari surau??
fiq.. adat orang merantau kalau nak solat cari tempat2 yang bersih je nak bersolat tapi di seoul akak ada pergi masjid di Itaewon, kalau surau tak tahu pula...
ReplyDeletebestnye.geram saya tengok brooch2 tu kak.. :-)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekak...tumpang tanye je....ape alamat kedai yg akak gi beli brooch dkt nangdemon market tuh....??
yg tingkat 2 kedai 209....
boleh tak email kt saye...thanks!
miss izzey sorry tak tahu alamat tapi tgk gambar kat blog akak ni betul2 nampak bangunan tu naik tingkat 2kedai 209
ReplyDeletegambar yang mane kak?
ReplyDeleteGambar dalam entry ni.. kalau tak silap kira no 4 dari atas .. gambar kedua dari cerita tentang namdaemun market ni... bangunan tu tulisan dia kurang clear dalam gambar ni tak silap nama bangunan Jewel market
ReplyDelete