27 June 2012

Nasi briyani Kambing



Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah bersarapan ke.. Alhamdulillah urusan memasak ita pagi-pagi ni dah selesai , Fathnin pun dah ke sekolah sementara Fateh belum bangun tidur ni sempatlah duduk di depan komputer ni sekejap. Kalau dia bangun berebut dengan dialah jawabnya komputer ni. Alhamdulillah hari ini cuaca di Yokohama cerah dan cantik. Memang sesuai untuk menjemur pakaian sebab matahari cerah cemerlang bersinar.

Ayam tandoori..sedap bagi kami.. ada ke yang nak resepi ni..???


Lama rasanya tak bekongsi resepi nasi berperisa. Seperti ita pernah bagitahu sebelum ini, dirumah ini kami gemar makan nasi berperisa. Lagipun gandingan lauknya pun mudah nak disediakan tak perlu pening-pening fikir dan anak-anak pun mengemari apa-apa nasi berperisa. Hari ini ita nak berkongsi resepi nasi briyani yang biasa ita buat, hanya selalunya ita guna ayam tapi kali ini ita buat nasi briyani kambing. Untuk memudahkan ita menggunakan rempah briyani yang telah siap dibeli, jika dimalaysia banyak dijual dipasaraya tapi di Jepun ni ita menggunakan rempah dari Pakistan berjenama Shan dan ia amat kena dengan selera kami dan dicadangkan oleh kedai nasi briyani disini. Untuk gandingan lauk ini, ita buatkan Kambing masak beriani ( lupa nak ambil gambar), ayam tandoori, coleslaw dan bebola kentang bersama ayam.

Ita kongsikan resepi ini brdasarkan cara ita memasak dan panduan dari cadangan cara yang ditulis di belakang pek rempah briyani Shan.



Nasi Briyani Kambing

Bahan-bahan 
 500 g Daging Kambing ( dipotong dadu lebih kurang 3cm )
500 g Beras basmati
1/2 sudu jus lemon
1 biji bawang besar- dikisar
5 ulas bawang putih- dikisar
1 inci halia- dikisar
4 biji cili hijau - dikisar
beberapa keping rempah tumis seperti bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1/2 tin tomamto dalam tin
sedikit daun ketumbar
3 sudu besar rempah briyani Shan@ apa2 rempah briyani
4 sudu Minyak sapi @ mentega
1 cawan susu cair
sehelai daun pandan
sedikit kacang gajus- jika suka
kismis - jika suka
2 sudu kecil garam
Air secukupnya

 Cara-cara

  1. Basuh daging kambing dngan bersih supaya hilang baunya. 
  2. Perap daging kambing dngan separuh bahan kisar dan rempah briyani.Ketepikan
  3. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis separuh lagi bahan kisar dan rempah tumis.
  4. Masukkan rempah briyani yang separuh tadi.
  5. Apabila sudah naik bau dan pecah minyak bolehlah dimasukkan perapan daging kambing tadi dan jus lemon.
  6. Masak sebentar kemudian masukkan tomato dalam tin. Jika agak kering masukkan sedikit air.
  7. Masak dalam 10 minit untuk pastikan daging kambing agak empuk sedikitt. 
  8. Masukkan daun ketumbar , daun pandan dan garam
  9. Biarkan mereneh sebentar.dan tutup api.
  10. Sediakan periuk nasi elektrik dan basuh beras.
  11. setelah itu masukkan rempah dan daging kambing tadi kedalam periuk nasi.
  12. masukkan susu dan sdikit air mengikut sukatan periuk nasi masing-masing.
  13. Masak seperti biasa didalam periuk nasi.
  14. Apabila nasi mendidih boleh taburkan kacang gajus. dan kismis jika suka
  15. Biarkan nasi masak.


25 June 2012

Assalamualaikum.. Salam di minggu yang baru.. Alhamdulillah moga urusan kita dipermudahkan dan berjalan lancar minggu ini. Agak sibuk balik sejak akhir-akhir ini dengan tempahan.. Alhamdulillah tempahan di Simple Homemade Cake sentiasa ada setiap minggu walaupun terkadang bila waktu sibuk tu memang sibuk sangat dan ada kala nya ada juga hari  yang lapang buat ita bila tak de tempahan. Mungkin minggu ini ada hari yang lapang insyaAllah akan cuba bagi lebih kasih sayang sikit kat blog ni nanti dan boleh BW blog kawan-kawan InsyaAllah..;) Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi meninggalkan komen di blog ita insyaAllah akan membalasnya sedokit masa lagi.




21 Mei tempohari hari jadi anak kedua ita iaitu Muhammad Fateh yang ke 4 tahun. Alhamdulillah dah 4 tahun dah dia.. Terlalu cepat rasanya masa berlalu, moga Fateh diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh serta berjaya didalam hidup di dunia dan akhirat. Sempena harijadi Fateh ita tak sempat pun nak buat kek yang special disebabkan pada hari tu memang banyak tempahan. Sampaikan papa fateh perli mama, kek orang lain buat kek fateh tak sempat.Memang rasa bersalah sangat..  Alhamdulillah minggu tu ada majlis ilmu di Yokohama ni mama buatkan kek dan sambut birthday fateh dengan kawan-kawan walaupun kek tu memang simple juga. Yang pasti Fateh amat gembira dan dapat memotong kek bersama kawan-kawan.

Jika dulu dihari jadi kakak Fathnin kami ke Disneyland dan kali ni kami ke Disney Sea untuk melengkapkan jelajah kami ke taman tema yang popular ini. Ini adalah hadiah hari jadi Fateh dan yang pasti banyak permainan yang fateh dapat masuk dan main dan semua nya dia happy hanya diawal tu je yang fateh agak takut. Alhamdulillah anak mama dan papa dah besar dah berjaya melalui semua permainan yang mencabar ini dengan baik..;)





Sebagai kenangan mama simpan disini semua gambar di Disney Sea, ini je gambar yang ada disebabkan sibuk mengejar pass fast untuk main banyak game dan tak sempat nak bergambar sangat..








23 June 2012


Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu buat semua. Tentu hujung minggu sebegini banyak perancangan yang telah dibuat bersama keluarga sama ada ingin berlibur atau membuat aktiviti berfaedah dirumah. Bagi yang berkerja hujung minggu dimanfaatkan untuk beraktiviti bersama anak-anak sambil ini lah masanya meluangkan lebih masa dirumah dan teringat dulu waktu di Malaysia bila hujung minggu sahaja pagi-pagi sibuk ke pasar dan mengemas rumah dan waktu tu ita dan suami bergilir-gilir membuat kerja rumah sama ada mencuci kereta, membasuh bilik air atau mengemop lantai. hihihii.. Bila diingatkan kembali rasa manis sangat rasanya.. dan tengahari jika tidak kemana-mana sambil suami cuci kereta ita memasak didapur dan kami akan makan tengahari bersama-sama. Selalunya hanya bila malam sahaja yang dapat makan bersama disebabkan kami berdua berkerja disiang harinya jadi hanya hujung minggu masa yang ada untuk dimanfaatkan



Berbalik cerita hujung minggu, diJepun ni selalunya jika hujung minggu disebabkan ita adalah suri rumah sepenuh masa disini jadi hujung minggulah masa yang ita yang ita tunggu-tunggu..selalunya hujung minggu di peruntukkan untuk beraktiviti bersama keluarga setelah seminggu suami sibuk di universiti. Seronok didapat membawa anak-anak bermain ditaman yang  dekat atau jauh dari rumah sambil menghayati keindahan bunga dan keindahan taman serta lanscap yang ada. Tambahan jika dijepun ni untuk meihat sesuatu bunga ada musimnya.. jadi hujung minggu memang tidak sunyi dengan aktiviti.



Baiklah hari ini ita nak berkongsi resepi tart yang ita buat hasil idea yang ita lihat di kedai desert di jepun ni. Jika lalu dikedai-kedai desert, roti atau kek mata ni tak lepas memandang bentuk dan cara hiasan yang dibuat di desert tersebut yang memang kelihatan sedap dan menggugat iman. Nak beli terkadang tak tahu tentang kehalalan sesuatu produk tu, jadinya baik cuba sendiri dirumah sambil-sambil mencari resepi yang bersesuaian. Bagi ita tart ini sedap tambahan rasa chocolate frosting yang dibuat.. jika lagi pekat lagi sedap sebenarnya..



Dan yang paling teruja juga ita dapat bekas acuan tart yang baru.. Pos dari Malaysia. Terima kasih buat cik norai yang sudikan poskan pada Aisha dan aisha bagi pada ita pula.. seronok tgk hasil tart ni.
Baiklah jom kita semak resepi, untuk kulit tart tart masih menggunakan resepi kulit yang sama iaitu resepi mat gebu dan untuk chocolate frosting ni hasil google dan ikut citarasa ita sendiri. Hiasan diatas tu boleh tukar-tukar mengikut kesuaian tidak semestinya menggunakan buah strawberry .. kekacang pun boleh..:)





Strawberry/Almond Chocolate Frosting Tart


Bahan-bahan Pastry
113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)

Chocolate Frosting
150 ml whipping cream
150 ml coklat masakan yang telah dicair/ double boil
1 sudu gula jika perlu

bahan lain
Gula icing
Buah-buahan contoh Strawberry
Sedikit badam cincang


Untuk pastry:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan. Bila masak, keluarkan kulit tart dari acuan dan sejukkan diatas redai.

Untuk Chocolate Frosting:- Pukul whippin cream sedikit kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan dan disejukkan sebentar. Jika perlu gula masukkan. pukul hingga pekat. Masukkan ke dalam piping beg.


Untuk membuat tart.:- Ambil satu kulit tart yang telah disejukkan. Pipekan chocolate frosting tadi dan letakkan buah strawberry dan tabur dengan badam yang dicincang dan tabur sedikit dengan gula icing.sejukkan sebentar didalam peti sejuk.






14 June 2012

Ume Di Negishi Park

Assalamualaikum.. Selamat malam. Malam ni nak sambung lagi masukkan gambar jalan-jalan lepas yang banyak di dalam kamera ni. Seperti yang ita kata banyak sebenarnya bayangkanlah beberapa bulan ita tak berapa aktif berblog disebabkan kesibukkan tak sempat nak kongsikan disini. Tapi bila tangok gambar dalam kamera ni sayang sangat. Lagi satu saja ita kongsikan disini untuk tatapan kawan-kawan yang tinggal di Yokohama ni yang nak mencari idea untuk berlibur bersama keluarga. Di jepun ni kalau nak tengok sesuatu contoh nya bunga kena ada waktu nya. Takut terlepas pula bunga atau acara sesuatu tu.Jadi bagi sesiapa yang inginkan panduan boleh lah tengok-tengok ye.

Pelbagai bunga yang ada disitu 

Kebetulan pada hujung bulan 3 akan ada bunga ume di jepun ni. Bunga ni lebih kurang sakura tapi kecil sikit. Bunga ume akan keluar dahulu sebelum tibanya musim sakura. Ada juga bebarap warna tapi yang biasa warna pink kuat dan putih.Pernah bersembang dan tanya Aisha dimana bunga ume yang banyak di Yokohama aisha cadangakan di Negishi Park. Kebetulan sewaktu pulang dari menghantar bentou lalu di kawasan Negishi ni dan terus teringat akan bunga Ume dan waktu tu bunga Ume memang sedang kembang.Bagitahu papa Alhamdulillah papa nak cari dan singgah ke taman tersebut sekejap. Dapat la ita ambil gambar sementara anak-anak main bola dan ita bergambar sekejap. Bagi yang ingin ke taman ini boleh ke link ini dan ada parking yang agak luas juga disediakan tetapi dengan bayaran. Taman ini masuk percuma bagi ita taman ini adalah taman yang luas dan pada musim sakura taman ini pun adalah salah satu taman yang cantik untuk berhanami.

dari kawasan parking dan turun tangga


Memang ada kawasan khas untuk ume sahaja

pelbagai bentuk dan warna ada .. SubhanAllah cantik

Fateh main bola dengan papa dan kakak





dah penat jom kita balik..:)

13 June 2012





Assalamualaikum.Berkesempatan untuk berkongsi disini lagi hari ini. Hari ini ada beberapa perkara yang ingin diselesaikan jadi untuk menghilangkan rasa mengantuk ita di tengahari ni, ita masukkan entry ini. Ita perasan jika masuk je musim panas di jepun ni badan cepat je letihnya,mungkin panas agaknya, jadinya bila masuk tengahari je mula la mata ni nak layu.. kalau dilayankan mata ni boleh je tidur ni tapi baik buat kerja yang banyak tertangguh ni.


 Berkesempatan untuk ambil gambar roti yang ita buat untuk sarapan. Selalunya tak sempat terus masuk mulut je. Pagi-pagi masuk doh dalam BM dan tunggu doh diuli sebentar sementara buat kerja rumah yang lain. Bila dah habis je siap semuanya boleh terus bentuk-bentukkan dan boleh makan roti panas-panas.

Untuk resepi ini ita guna resepi yang biasa ita guna dalam simpanan. Adunan roti ini memang gebu ita suka guna walaupun tanpa guna water roux yang penting kena naik dengan elok. Tak ingat resepi siapa sebab dah tulis dalam buku di dapur ni. Cara yang cepat jika tak mahu tunggu dia naik sendiri ita selalu setkan dalam oven menggunakan suhu 45 c selama 20 minit kemudian baru bakar.. Alhamdulillah hasilnya amat berpuas hati.

Roti kacang merah berbentuk ulat gonggok.

Bahan-bahan

190 ml susu cair
400 g tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur ayam
2 sudu besar yis
60 g butter

inti kacang merah secukupnya


Cara-cara.
1. Masukkan semua bahan-bahan didalam bread maker. Tekan butang dough.
2. Setelah aduanan siap boleh bahagikan kepada 50- 60 g mengikut besar roti yang dikehendaki.


  1.  Bulatkan adunan.
  2. Canaikan lebih kurang 1 cm.
  3. Letakkan inti kacang merah ditengahnya.
  4. Tutup dan kemaskan seperti gambar.


5. Dengan menggunakan pisau lorekkan jangan sampai ke lapisan bawah hanya bahagian atas sahaja, seperti gambar diatas. untuk nampak cantik biar sama lebar.
6. Terbalikkan dan gulung.
7. Bentukkan berbentuk U dan naikkan 2 kali ganda. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven gunakan kepanasan 45c selama 20 minit.

Untuk roti nampak cantik dan berkilat sapukan roti dengan adunan  telur dan susu yang telah digaul rata setelah roti naik 2 kali ganda.
Bakar mengunakan 180 selama 15 minit atau kekuningan bergantung kepada oven masing-masing.


Buat juga roti yang lain ni..:)

Sakura 2012

Sakura pelbagai warna
Assalamualaikum... selamat pagi.. Dua tiga hari ni cuaca di Yokohama ni asyik mendung je. Memang sekarang ni dalam peralihan musim ke musim panas jadinya memang akan selalu hujan. Yang bestnya juga bila hujan juga menandakan bunga ajisai na kembang. Ita paling suka bunga ni.. cantik.. Memang ada plan nak pergi tengok bunga ni. walaupun banyak je bunga ni dimerata-rata tapi saja nak pergi tempat yang banyak bunga ni. Moga berpeluang ke sana nanti insyaAllah.

Sambung lagi misi mengosongkan SDcard. Bila ita tengok balik semua gambar-gambar ini memang banyak sangat gambar yang tidak sempat ita kongsikan disini. Jadi diberi kesempatan ni ita akan kongsikan disini sebelum kembali sibuk dengan urusan yang lain. Ita rangkumkan 3 tempat sakura tahun ini yang sempat ita pergi. Kebetulan ita ke Yoyogi park di Tokyo untuk menghantar tempahan oleh MSAJ kantou yang menempah dari Simple Homemade Cake. Jadi alang-alang dah sampai kami terus bergambar walaupun ita tak la berpiknik disini. Esoknya kawan-kawan di Yokohama menganjurkan Hanami di Shinjuku Gyoen, Tokyo, ramai sangat yang ingin berhanami di sini dan kami perlu beratur hampir 1 jam untuk masuk. Selain itu ita sempat juga mengambil beberapa gambar sakura di Universiti suami belajar, Yokohama National University. Ok la biarlah gambar yang menceritakan segalanya.

Yokohama National University


Bnga ni tak tahu nama tapi nampak cantik je


Yoyogi Park








Shinjuku Gyoen
Kami melalui Sendagaya Gate




Tsubaki dan Doffdill pun ada.. cantik





;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG