02 March 2012

Red Velvet- Tahniah Cupcake





Salam semua. Alhamdulillah kita sudah melangkah ke bulan Mac. Bulan ini bulan istimewa buat diri ita.. Apa yang istimewanya ita rasa keluarga ita semua tahu rasanya..:) Setiap hari asyik tercari-cari masa untuk menaip disini, moga diberikan waktu dan kelapangan untuk berblog dengan masa yang diberkati.

Ita sekadar nak share cupcake yang ita buat minggu lepas untuk majlis perpisahan rakan yang telah tamat pengajian di Chiba. Chiba adalah nama tempat bersebelahan sahaja dengan Yokohama. Jadinya apabila ada je undangan untuk majlis ini ita terfikir apa buah tangan yang ingin ita berikan. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan tempahan untuk disiapkan ita sempat membawa cupcake ini dan peach cheese tart untuk majlis tersebut.



Untuk cupcake ini ita mengunakan resepi kak zai yang diambil dari Nina suria @mon. Ita buat versi cupcake. Bagi ita sedap kek ni dah beberapa kali juga buat. Untuk cream atasnya juga ita guna resepi yang sama untuk cream cheesenya. Untuk hiasa pula ita gunakan sugar paste untuk tulisan tahniah, untuk bunga tu sebenarnya gunakan biskut oreo sebagai basenya dan coklat M&M sebagai lady bird. Tapi tula butter cream ita kurang menyerlah warnanya dan cair sikit, jadi susah sikit nak menghias..:( Takpe lain kali boleh cuba lagi.. Disini ita kongsikan resepi red velvet dari blog kak zai ni..:) Terima kasih kak.





RED VELVET CAKE

Bahan-bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright -
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam-
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) -
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak mengunakan api 170 darjah selama lebih kurang 35 minit.
8. Keluarkan kek dari acuannya setelah kek masak.- ita buat cupcake.



KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
11/2 cawan krim putar-
2 sudu gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.


11 comments:

  1. Suka sedap ni
    Cantek akak deco2 atas tu
    Ayu bab tu mmg fail la

    ReplyDelete
  2. ita.. comel sangat. lawa dan lawa.. geram la nengok deco cumil2 tu. eh pa yg istimewa nyer tu. apa2 pun tahniah dan selmat berbahgia ekk. hehe

    ReplyDelete
  3. Assalam Ita, apa khabar?lama tak terbang ke dapur Ita ni..bz dgn bisnes yer...alhamdulillah moga murah rezeki Ita sekeluarga nanti. cantik la RVC CC tu Ita..deco pun cun.memang berseni tgn ita ni:)

    ReplyDelete
  4. salam kak ita..cantiknyee cc kak ita...mengancammm deko pon cun....

    ReplyDelete
  5. cantek sgt...alahai... teringin pulak nk mkn red velvet tu...nyam2x

    ReplyDelete
  6. salam dikkk
    lama x mai sini ...
    juu semakin cekap .. cantik cc nie jue .. nak2 valvet tuu aduhhhh

    ReplyDelete
  7. slm ita...sempat lagi ita update blog dlm sibuk2 tu..kagum la dgn ita..cantik mmg cantik deco cc ni ita..

    ReplyDelete
  8. cantiknya...bila dapat deco gini tak tahula..hehe

    ReplyDelete
  9. Waw..pasni bole la singgah kat sini nyam nyam...

    ReplyDelete