Salam semua. Salam ceria dan seronok rasanya dapat manaip disini. Kebetulan sekarang Fateh tengah tidur dapat la mama nak berkongsi cerita disini. Sebenarnya banyak sangat cerita dan gambar yang ingin dikongsi dan diletakkan di blog sebagai kenangan. Namun kekangan masa tak dapat nak dilaksanakan. Kalau dulu sempat juga tidur lambat sikit untuk berlegar-legar diblog tapi sekarang jika ada tempahan untuk 'Simple Homemade Cake'untuk esoknya ita kena bangun awal untuk menyiapkan tempahan. Walaupun begitu ita happy dengan jadual dan aktiviti sekarang.. Alhamdulillah..:)
Cerita tentang resepi hari ini, adalah antara tempahan minggu lepas. Alhamdulillah ita dapat 2 tempahan tart minggu lepas. Ita paling suka tart. Tak kisah la tart apa pn hanya yang ita tak pernah makan dan belum cuba adalah tart telur. Tak tahu rasanya macam mana, ita ni sebenarnya kurang gemar dengan resepi yang berbau telur sebab itu belum cuba agaknya. Bila buat tart ni seronok je makannya walaupun nak menekan kulit tart ni satu persatu ambil masa juga. Tambahan ita tidak menggunakan acuan tart seperti di Malaysia tu.. Di jepun ni belum jumpa lagi.. InsyaAllah kalau ada rezeki nak minta kakak ita tolong poskan. Suka ita dengan resepi ni hanya untuk kastadnya ita tidak menggunakan dari resepi Mat gebu ni. Ita guna resepi yang biasa ita guna kerana ia tidak menggunakan telur. Buah-buahan diatas tu ikut suka dan kegemaran tapi ita lebih suka gunakan banyak buah seperti Kiwi, Strawberi, peach, Blueberry dan limau. Gabungan buah-buah ini amat serasi.
Resepi ini untuk Pastrynya ita mengunakan resepi Mat gebu ini, tetapi untuk intinya ita menggunakan resepi yang lain seperti dibawah ye. Terima kasih kepada Mat Gebu diatas perkongsian resepi ini. Fathnin dan suami ita amat mengemari tart ini...:)
Tart Buah-Buahan
Bahan-bahan
- BAHAN2 PASTRY:-
- 113 g mentega
- 75 g gula halus
- 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
- 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
- BAHAN2 KRIM PASTRY:- ( boleh guna yang ini atau resepi dibawah)
- 300 ml susu segar
- 3 biji kuning telur
- 50 g gula halus
- 20 g tepung gandum*
- 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
- 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
- BAHAN2 LAIN:-
- Coklat cair secukupnya
- Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
- Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)
Cara-cara
- UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
- UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
- Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
- Bila masak, keluarkan kulit tart dari acuan dan sejukkan diatas redai.
- Sapukan bahagian dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.( ita tak buat yang ini)
- Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing-masing.
- Susun buah-buahan segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat. ( ita tak sapukan piping jelly)
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu besar gula kastor
* 2/3 cawan susu segar
* 15 g butter
* 2 sudu kecil esen vanila
Cara membuat inti kastard :
* Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whish dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.
waaaa....senyap2 buat tart yer
ReplyDeleteheheh mmg kembar siam habis laa kite kak ita..nasib kite bentuk lain dan name lain jerrr ehehhehee..sedap tuh nampak...
ReplyDeleteAlhamdulliah makin macukkk la bizzz akak skrng ni
ReplyDeleteKasi kt ai 4 ketul tart buah tu k.ita
Teringin nk mkn tp malas nk buat ngeeee
Gena ni???
salam ita. Nampak cantik tart tu... mesti sedap.
ReplyDeleteAslmkum Ita
ReplyDeleteDah ambil tempahan tat...syabas Ita.sambil buat utk mkn..boleh tambah duit poketkan.tat buah2 mmg sedap...
aslmkum ita..cantik tart ita.. smga ita bjaya dlm bisnes food ni.. amin.. dlm sibuk2 mgurus rmhtangga dpt jugak menambah duit belanja..
ReplyDeleteCantiknya...kemas hasil tangan
ReplyDeletesalam ita...patut la menyepi jer, bizi ngan bisnes yer...alhamdulillah, bnyk masyukkk....hihihihi
ReplyDeleteGambo cantik...hasilnya pun menarik...bestnya kalau dapat makan tart buah2 ni...nak tempah kat Ita jauh....telan air liur lagi..:)
ReplyDeleterindu kak ita! sdapnye tart buahhh
ReplyDeleteAssalamualikum ita...
ReplyDeletewah cantik sungguh tart buah2an yg ita buat tu.. nampak sgt menarik!
comel2 fruit tart k.Ita...
ReplyDeletesalam ita,
ReplyDeletehanim nak tanya sikit pasal fruit tart ni. Lepas letak buah-buahan tu, tart shell masih rangup atau akan lemau kalau simpan seharian? Ke keadaan ni normal???
As'alam Ita
ReplyDeletesemoga maju dan semakin berkembang biz Ita tu nanti..aminnn
k.ct pun peminat tart buah, seronok kalau dah buat makan sejuk2 lagilah sedapppp. kalau buat tu mana cukup sikit2kan Ita..hehehe. K.ct pulak kalau buat crustnya tak suka tebal2 sangat, nipis2 sikit sedap macam rangup gitu kalau gigit :)
Minta izin cuba resepi ni..
ReplyDelete