21 February 2012

Sedikit update dan Simple Homemade Cake ( Halal Cake Japan, Bentou and Halal Frozen Food Japan)

Salam semua. Lama sudah ita tidak ke blog. Terkadang ada juga ita intai-intai blog ini tapi memang tak sempat untuk balas komen setiap yang berkunjung apatah lagi untuk balas komen di blog kawan-kawan. Terkadang amat rindu dengan gurau senda kawan-kawan blog namun kemampuan ita tak terkejar jika ingin buat semua benda jadi ada yang perlu dikorbankan. Harap kawan-kawan blog tak melupakan ita ye..:(

Alhamdulillah hampir 2 bulan Simple Homemade Cake beroperasi dan kami amat berpuas hati dengan perkembangannya. Walaupun tidak la semaju mana tapi bagi ita ia cukup mengubah kehidupan harian ita tambahan yang paling ita suka, masa ita terisi dengan padat aktiviti yang menyeronokkan disamping galakan suami, keluarga dan kawan-kawan membuatkan ita sentiasa bersemangat. Suami ita adalah tulang belakang ita yang sentiasa memberi semangat dan idea dan terima kasih Allah dengan nikmat-nikmat ini. Buat kawan seperti kak June dan Ida yang memberi semangat dari awal lagi ita
amat menghargainya.

Contoh Bentou menu nasi putih
Contoh Nasi lemak
Pembukaan Simple Homemade Cake sebenarnya sekadar memberi pilihan untuk mereka yang mencari Cake Halal dan Frozen food halal ( kek halal dan makanan sejuk beku halal) diJepun ini. Selain ia juga sebagai mengisi masa yang ada dengan perkara yang bermanfaat buat ita. Alhamdulillah..:) Seronok rasanya bila setiap pelanggan yang memberi komen yang positif dan membina walaupun mungkin ada kelemahan kami dimana-mana namun setiap yang dititipkan itu amat berharga buat ita. Ingin ita kongsikan disini setiap gambar yang dikongsikan oleh penempah namun cukup la ini sekadarnya untuk tatapan semua orang agar ia menjadi sebagai semangat buat ita dan kenangan di masa hadapan.
Red velvet Cake
Blueberry Cheese Cake
Blueberry crumble pie
Penghantaran bento mengunakan plastik makanan

Dibawah antara komen-komen yang dikongsi menggunakan sms



Kami juga mendapat banyak pertanyaan dan cadangan untuk menghantar kek dan frozen food keseluruh Jepun bagi yang memerlukannya. Sebagai memenuhi permintaan Alhamdulillah kami telah pun membuka tempahan bagi mereka yang menginginkan makanan sejuk beku secara pos. Di Jepun perkhidmatan pos amat efisyen dimana kita boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran secara sejuk beku dan ia boleh sampai kepada penempahnya dalam masa paling awal 1-2 hari saja. Alhamdulillah dengan setiap bantuan ini. Makanan- makanan yang kami tawarkan seperti ikan sumbat sambal, karipap, donut, pancake, pizza, nugget dan beberapa item lagi yang boleh dilihat di album frozen food. Penerangan dan cara untuk penghantaran ada dimuatkan di album delivery info di pages Simple Homemade Cake. Untuk memudahkan penempah kami juga telah merangka pakej yang menguntungkan untuk memaksimumkan kos penghantaran. Bagi yang menginginkan penjimatan tersebut boleh lawat di pages kami juga..:)


Pakej yang menguntungkan

Terima kasih diatas sokongan semua. Moga ia memberi manfaat buat diri kami dan mereka yang memerlukannya..:)

11 comments:

  1. Akak suka semangat begini...selalunya usaha-usaha seperti barakahnya hebat..All the best to you and your team.

    ReplyDelete
  2. lapo lak perut tgk nasi bungkus tu...tahniah Ita..semoga bisnes lebih suksess...

    ReplyDelete
  3. Salam kak ita! waaaahhhhh! tahniah! n alhamdulillah moga berjaya! tgk ajer dah tahu kesedapannya,klu kita duk jepun boleh order tak kak? hihihi.. siyess niii

    ReplyDelete
  4. omedetou akak
    sepatutnya kena buat awai2 lagik
    inshaAllah nak kena order gak nanti satu ni ngeee

    ReplyDelete
  5. wahhh bagus kak ita buat ni. dah kasi link kt adek ipar yg study kt jepun nun..

    teruskan usaha akak tu

    ReplyDelete
  6. wahh ita.. buzy dgn bisnes frozen yer.. smga ita terus sukses.. nnti bila balik m'sia boleh teruskan kt tanah air pulak..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Ita, moga terus maju dan berjaya. promosi yang hebat terutama utk adik2 ug kat japan ni. :D

    ReplyDelete
  8. salam...
    congratulations cikgu!
    p/s :sedapnya red velvet cake tu.rupa je da wat saya salivate laa
    -hannan-

    ReplyDelete