27 February 2012

Death By Chocolate Cake


Salam semua. Hampir ke penghujung Februari, beberapa entry sahaja yang sempat untuk di kongsi disini bulan ini. Alhamdulillah dengan kelapangan masa yang dapat diperuntukkan hari ini. Moga ia bermanfaat dan dapat ita kongsikan sesuatu yang baik agar dapat digunakan dimasa hadapan sebagai rujukan.


Minggu lepas ita sempat membuat kek coklat mengunakan "death by Chocolate Cake". Sebenarnya resepi ini pernah ita buat tetapi tidak dikongsi disini. Kelmarin ita masukkan di dalam Facebook dan di Simple homemade Cake pages ada yang meminta untk ita berkongsi resepi ini jadinya hari ini ada kesempatan ita masukkan resepinya disini. Ita ada ubah sedikit dibahagian mousse nya dengan memasukkan sedikit gelatin. Ini untuk memberikan mousse kek ini berada dalam keadaan yang keras dan mudah dipotong. Kek ini amat sedap dan ita amat suka dengan resepi ini. Untuk hiasan kek kali ini ita mengunakan sugar paste. Ita tambahkan air sahaja dan boleh la menguli sugar paste tersebut serta membentuk mengikut kehendak dan kerativiti masing-masing.

Resepi ini adalah resepi MrsDayat di Myresipi. Ramai kawan-kawan yang telah memberi laporan masakan disitu. Memang kek yang menepati citarasa dan sedap. Tidak rugi untuk mencuba. Ita kongsikan pula disini resepinya.



Death By Chocolate Cake

Bahan-bahan ( loyang 9" )
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(sy gune butter cair)
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

**utk ganache**
2 cwn whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- ita tak letak
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah

utk whipped cream
1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara
  1. tepung ,koko powder,soda bikarbonat,baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. Akhir sekali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam
**utk ganache**
  1. Didalam periuk kecil, didihkan whipping cream
  2. Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
  3. tambahkan golden syrup
  4. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
Untuk whipped cream..
  1. pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak,
  2. kemudian tuangkan 1 cawan choc ganache yg di ambil dari langkah sebelum ini. kacau sebati.
  3. Bagikan 1/3 whipped cream yang telah siap tadi
  4. Masukkan 1 sudu gelatin dan 2 sudu air suam didalam mangkuk setelah gelatin cair masukkan ke dalam 1/3 adunan whipped cream tadi.
Cara menghias kek
  1. kek yg dah siap..di potong tengah- tengah
  2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.Gunakan bahagian 1/3 yang telah dimasukkan kedalam gelatin tadi. Jika ada acuan spring foam gunakan acuan ini .kemudian lapiskan dgn kek yg separuh.
  3. Ita menggunakan acuan spring foam jadi ita simpan sebentar didalam peti sejuk lebih kurang 20 minit. setelah itu keluarkan kek dari acuan spring foam.
  4. sapu lebihan 2/3 whipped cream hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  5. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).
  6. Hias kek mengikut kreativiti sendiri
  7. simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit.


10 comments:

  1. cantik nye kek ni ita...memang berseni tangan ita mendeco kek

    ReplyDelete
  2. asslm kak...
    cntik dan nmpk sggh myelerakan tgk kek ni...kemas

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ita...nampak simple tapi menarik sangat...nyum nyum nyum

    ReplyDelete
  4. lama tak singgah sini...salam rindu Ita...waaa kencang bisness nmpk... hehehe... cantek betol kek choc tu... terpesona k.gee

    ReplyDelete
  5. Lama x mkn kek ceklat
    Terlioq giler Tgk cake akak ni
    Biler la nk baking lagi ni
    Order kt akak la nnt ngeeee

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Ita,
    Kagum saya tengok bisnes akak di sana. Memang bagus apa yang akak buat ni. Lagi satu, kek akak tu alamak cantik cantik nye...kalau dekat saya beli dah tau :) kami doakan bisnes akak berkembang maju. International business by kak Ita and family :)

    ReplyDelete
  7. ohhh...btw, its extremely make me melting la cikgu!!!nak share recipe ya :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, terima kasih atas resepi, cantik & simple deco kek tu mcm master chef...

    ReplyDelete
  9. Jelessss betul tengok ita ni...rajin sangat masak :) mesti hb sayang nih ..:)

    ReplyDelete
  10. As'salam Ita

    cantik berseni tangan Ita ni. k.ct kalau kira nak buat kek besar2 ni kena pikir dua kali lah, sebab tak ada siapa nak perabiskan nanti..hehehe anak2 pun dah kurang sikit dengan kek2 ni Ita, kalau teringin sangat nak akan buat sikit jer memadai kan.

    dah boleh buat bz ni balik M'sia Ita..hehehe

    ReplyDelete