Salam semua. Dari sehari ke sehari ingin menaip disini. Banyak yang ingin dikongsikan. Gambar pun banyak juga didalam simpanan kamera, tapi peluang amat tipis nak menaip disini jika disiang hari. Sebenarnya ita dan suami ingin mengurangkan masa anak-anak duduk didepan komputer dan laptop. Jadi bila disiplinkan anak-anak dengan mamanya pun tak boleh nak sentuh jadinya bila anak-anak dah tidur baru sempat nak menaip disini. Alhamdulillah moga anak-anak terus istiqomah dan memberikan perubahan yang positif dengan usaha ini.
Simple Homemade Cake page yang ita buka pun semakin hari Alhamdulillah ramai juga yang memberi sokongan. Seronok sangat sebenarnya bila kawan-kawan memberi sokongan. Ita terkadang risau juga bila kita memegang amanah dan duit pembeli.. Setiap kali selepas order berdebar-debar juga menunggu respon pembeli. Alhamdulillah positif... Jika ada kekurangan dan kelemahan ita akan cuba perbaiki. yang pasti kami akan buat yang terbaik moga usaha ini diberkati dan dianggap sebagai ibadah.. InsyaAllah..:)
Hari ini ingin berkongsi resepi pancake yang lembut dan gebu ini. Fathnin suka sangat dengan Pancake.Jadinya ita buat frozen untuk Fathnin bila dia nak makan je ita akan masukkan sebentar dalam microwave. Memang jadi lembut dan gebu. Suka ita dengan resepi ini tambahan ia mudah disediakan. Bagi yang ada anak-anak kecil yang suka makan pancake boleh buat cara ita. Bila nak makan hanya panaskan di microwave je.
Resepi ini dah banyak kali ita cuba tapi tak pernah kongsikan disini. Mana taknya asyik tak sempat nak bergambar je. Tapi kali ini ita buat 2 adunan kebetulan ita nak frozenkan jadinya sempat la bergambar pancake-pancake ni. Ita gunakan kuali yang bersaiz 14 cm jadi sama je la saiz pancake ni. Resepi ini berasal dari Hajar Fp tapi ita ambil dirumah kak nor.. Gebu sungguh melihat pancake dirumah kak nor..:)Ita lihat juga pancake dirumah kak Ana yang telah diberikan tips.. jadinya ita kongsikan resepinya disini pula ye.
PANCAKE
Bahan-bahan
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri- ita guna tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam
* tambah secubit soda bikarbonat jika menggunakan tepung gandum- tips kak Ana
Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
- Biarkan sebentar dlm 10 minit.
- Masak pancake seperti biasa hingga habis. Ita gunakan kuali 14 cm. Pastikan satu lapisan masak dahulu baru diterbalikkan.
- Hidangkan panas2.
Salam Ita. Cantik licin macam SKII ler penkek Ita ni!
ReplyDeleteSalam Ita...nampak menarik...akak masuk list untuk dicuba. Thanks for sharing
ReplyDeletesalam ita..
ReplyDeletemaklong pun selalu buat pancake..
sebab suka makan.. cuma selalu penin pikir nak cicah dengan apa..
cantiklah rupa pancake ita..
Salam Kak Ita,
ReplyDeleteHarap2 akak sihat2 selalu. Sini pun sama lah kak, pantang balik sekolah terus capai komputer nak main. Jenuh juga nak beritahu tak boleh main game banyak sangat. hmmm :)
slm ita...apa khabar, wahh ita dh ada page sendiri...ida baru jer like kt fb...rajinnyer ita, cekap ita di dapur, kalau ida ni boleh pengsan nk open ordeer cam ita ni..hari2 hanya mampu msk utk 6 org kt dlm umah ni jer..boleh buat sekali sekala org order kek jer & sekali sekala ada majlis mkn2 jer..salute la kt ita..semoga ita sentiasa dimurahkan rezeki....balik m'sia pun ita boleh teruskan jugakk ni
ReplyDeletesalam ita...cantik dan sekata warna nya.
ReplyDeleteaslmkum ita.. apa kbar.. lama gak akk tak buat pancake.. nnti boleh cuba rspi ni pulak.. akk suke mkn dgn butter..
ReplyDeletesenanglah ita, dah cuba, anak-anak akak suka sangat. thanks...
ReplyDeleteoishii sou
ReplyDeleteayu ni selalu buat guna tepung pancake terus...dasar pemalas ekkk dush!
Assalam Juwita, bz eh...xpa laaa, janji hati seronok kaannn... Akak pun stick to resepi Hajar nih...leh wat pancake...wat waffle pun guna resepi ni....mmg best!
ReplyDeletesalam ita..gebu btol penkek ni... suka2.. moga ita trus maju dlm bisnes ya..:) aminn...
ReplyDeleteGebunya pancake Kak Juwita.. Lawa teksturnya.. Moga bisnes akak terus maju..
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletesalam ukhuwwah..baru terjumpa blog ita...suka..k noni penah dok kat yokohama dulu(1997) ikut suami bekerja kat mitsubishi heavy industry kat sakuragicho..belakang landmark plaza..terkenang masa kat jepun..sekarang ni k noni ada kat eastern province jubail arab saudi. juga ikut suami bekerja di sini..
cantik je nmpak pancake kak ita
ReplyDeleteAssalamualaikum Ita,
ReplyDeletehalus mulus je permukaan pancake Ita ni, geram dan berselera je nak makan...teringin plk nak makan pancake arini..