26 December 2011

Pau Bunga



Salam semua. Selamat malam. Jika di Jepun sekarang dah kira tengah malam mana taknya sebab sekarang isyak masuk awal lebih kurang pukul 6 petang waktu Jepun dan pukul 5 waktu Malaysia. Kalau di Malaysia orang tengah berpusu-pusu balik kerja dan bersiar-siar di taman jika disini lepas je solat isyak kepala mula nak cari bantal tambahan sejuk sedap je duduk dalam selimut..:)

Disebabkan lama sangat tidak menaip disini gagahkan juga untuk membuka laptop dan mencoretkan sesuatu supaya blog ini tidak tinggal sepi je. Memang bagi ita bila ita lihat sahaja tahun-tahun lepas bila masuk je musim sejuk blog ita ni pun bagaikan beku je. Tak banyak cerita dan entry yang ita masukkan mana taknya nak jalan pun sejuk, nak ke dapur selalu pun sejuk jadi mood sejuk je sentiasa jadinya blog pun sejuk je tak de banyak cerita.




Resepi pau ni ita lihat di blog Table for 2 or more, suka sangat pau yang ditunjukkan di blog ni. Comel-comel.. dulu ita buat Pau keledek bunga ros tu pun dari blog ni juga. Hanya ita tak buat bentuk seperti dalam blog tu disebabkan ita nak letak inti jadinya tak boleh buat bentuk "candy Cane' tu. Anak-anak dan suami kalau ita buat pau kena ada inti tambahan kacang merah cepat je habisnya, ita ada juga buat yang kosong tapi kurang mendapat sambutan yang ada inti juga yang habis cepat.

Bagi ita, ita suka resepi2 dari blog wendy ni pau nya gebu dan sedap.. tak jemu untuk mencuba memakan pau tersebut tambahan bentuknya juga menarik. Untuk resepi ini ita telah alih bahasakan namun untuk cara bentuk pau ita tu ita ada ambil gambar tapi ada gambar yang tak lengkap . Namun ita hanya terangkan mengikut gambar apa yang ada ye..:) Terima kasih buat wendy diatas resepi pau yang sedap ini. Bagi yang ingin membuat bentuk asal resepi ini boleh ke blog wendy.



Pau Bunga dari resepi Candy Cane Steamed Bun

Bahan-bahan

1 sudu kecil yis
125 ml air suam
Secubit gula
( bahan-bahan diatas dimasukkan kedalam satu mangkuk dan dibiarkan ia berbuih)

250 g tepung pau
50 g gula
13 g 'shortening'
1 sudu kecil baking powder

Pewarna merah dan hijau
Inti kesukaan

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kecuali pewarna dan inti ke dalam breadmaker. Tekan butang uli dan biarkan ia diuli sekata selama 15 minit. Jika masih belum sekata dan agak lembut tambah masa menguli tersebut.
2. Jika ingin membuat bentuk"Candy Cane" boleh la membaca cara-cara di dalam bahasa inggeris dibawah.
3. Setelah diuli sekata ambil doh tersebut dan bahagikan 2. Satu diletak pewarna merah dan satu lagi diletak pewarna hijau.
4. Uli doh berkenaan sehingga warna sekata.
5. Tutup doh berkenaan Biarkan doh yang telah diuli selama 30 minit.
6. Setelah itu untuk membuat pau bunga bahagikan setiap warna kepada 10 bahagian.
7. Ambil satu doh dari kedua-dua warna canai nipis .


8.Setelah itu potng bahagian tengah pau tersebut dengan pemotong seperti didalam gambar dibawah.



9. Kemudian lapiskan kedua-dua warna tersebut.




10. Letakkan inti diatasnya dan sapukan rata di sekeliling doh bekenaan.



11. Pintal kedua-dua doh tadi dan menjadi satu tali yang panjang dan simpul seperti bunga.
12. letakkan diatas mangkuk kertas dan biarkan ia naik 2 kali ganda.
13. Kukus dengan api yang besar selama 12 minit setelah kukus dipanaskan.


Ini resepi asal pau tersebut

Candy Cane Steamed Buns
Recipe Created by : Wendyywy

1tsp instant yeast
125ml water
Small pinch of sugar

250gm pau flour
50gm sugar
13gm shortening
1 tsp baking powder

Green and red food colouring

1. Mix yeast with water and pinch of sugar. Stir and set it aside for 10 minutes. It should look frothy later.
2. Mix pau flour, sugar, baking powder together. Put in shortening and frothed yeast mixture. Mix together until a rough dough forms.
3. Split dough into 2, about 220gm each. Add food colouring to each part and knead until a smooth soft dough forms. Cover and let dough proof for 30 minutes.
4. Make 15gm of dough balls from each colour, you will get about 14, roughly.
5. Roll each ball into long strands, about 5-6 inches long.
6. Take one strand of green and one strand of red dough. Twist both together and form a cane. Place on a piece of greaseproof paper.
7. Repeat with all other dough strands until done.
8. Let shaped dough proof for 45 minutes (covered).
9. Steam on high heat for 12 minutes. Best served when hot, reheat by steaming if needed.


21 December 2011

Cinnamon Pull Apart Bread




Salam semua. Semoga hari ini seceria sang mentari yang memancarkan cahayanya. Minggu ini Yokohama sangat baik cuacanya walaupun dalam kesejukkan. Matahari yang memancar memudahkan proses untuk menjemur pakaian. Alhamdulillah dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan.. sebagai hambanya rasa amat bersyukur.

Dua tiga hari ini ramai kawan-kawan di blog yang menunjukkan hasil membuat roti ini. Ita tidak ketinggalan untuk membuatnya disebabkan teruja dengan komen dan hasil yang ditunjukkan menyatakan roti ini amat sedap. Bagi ita ianya benar.. memang sedap.. tambahan ia lembut dan manis tambahan bau serbuk kayu manis yang ditabur menyemarakkan lagi selera untuk menjamahnya. Betul kata kawan-kawan yang telah mencubanya bau yang terhasil sewaktu dibakar membuatkan tidak sabar untuk merasa roti ini. Ini adalah roti kali kedua yang ita buat. Roti pertama habis dimakan oleh anak-anak sewaktu panas.



Sewaktu roti ini siap diadunan, teksturnya lembut dan lembik sedikit. ita gunakan sedikit tepung untuk membentuk roti. Bila sudah dimasak ia akan naik dan gebu betul...:) Tapi ita tak la potong banyak bahagian roti ini dalam 16 keping sahaja tak silapnya.. jadi roti ita nampak seperti dalam gambar-gambar tu. 2 kali buat jadi macam tu juga.. kalau nak roti yang berlapis-lapis rapat canai lebih nipis dan potong banyak keping lagi ye... Terima kasih buat Joy the baker yang berkongsi resepi. Ita kongsikan resepi yang diambil dirumah kak Nor. Terima kasih kepada semua ye..:)


CINNAMON PULL APART BREAD


Bahan untuk doh
2 3/4 cawan + 2 tbs tepung
1/4 cawan gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs mentega
1/3 cawan susu penuh krim
1/4 cawan air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

Untuk isinya

1 cawan gula kasar - ita letak 3/4
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) - ita tak letak sebab tak de
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and garam. Ketepikan
  2. Pukul telur, ketepikan
  3. Dalam periuk kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract.
  4. Biarkan seketika sehingga adunan menjadi suam2 kuku.
  5. Tuangkan adunan susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk.
  6. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cawan tepung, dan uli sehingga sebati.
  7. Adunan agak lembik sedikit.
  8. Masukkan doh kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak.
  9. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
* ita menggunakan Bread Maker jadinya ita masukkan semua bahan cair dahu kemudian baru bahan kering dan tekan butang doh. Tunggu hingga siap doh berkenaan sebelum di canai.


peringatan: doh yang telah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari.

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

Untuk mencanai doh
  1. Ambil doh dan canai senipis yang disukai, Ita buat agak tebal.
  2. Letakkan mentega yang telah dicairkan diatasnya dan sapu rata.
  3. Tabur campuran gula dan serbuk kayu manis tadi secara rata.
  4. Potong berbentuk segiempat sama semua doh yang telah dicanai tadi
  5. Bolehlah disusun didalam acuan kesukaan, ita menggunakan acuan roti buku.
  6. Disebabkan cuaca agak sejuk di sini untuk menaikkan 2 kali ganda ita masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 100 c selama 10 minit kemudian bakar 180 c selama 20 minit.
  7. sedap dimakan sewaktu panas..:)


*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.




19 December 2011

Talam Berlauk


Salam semua. Moga hari ini dan hari- hari akan datang Allah memberikan kesihatan yang baik buat kita dan keluarga kita. Di Jepun sekarang suhu semakin sejuk, setengah-setengah tempat dah turun salji pun. Hanya di Yokohama tiada salji tebal jika ada pun turun selalunya dalam setahun ada 2-3 kali je waktu musim sejuk ni, dapat la merasa melihat suasana putih sebentar bila salji turun. Tapi bila suhu semakin sejuk ni risau tentang kesihatan, cepat sangat badan rasa tak berapa sihatnya. Mana taknya bila sejuk pasang pemanas dirumah dan kadang-kadang badan jadi sekejap sejuk sekejap panas.. Moga diberikan kesihatan yang baik tambahan buat suami yang menuntut ilmu dan anak-anak tersayang.



Minggu lepas sempat buat kuih untuk juadah berbuka suami ita. Kalau berbuka ada kuih lengkap sikit rasanya. Ita mula masak untuk berbuka suami pun dah agak lewat sebenarnya, sibuk dengan urusan anak-anak dan sejuk je nak ke dapur jadinya terfikir nak buat kuih yang cepat dan mudah je. Tengok bahan yang ada terpandang serunding yang masih berbaki didalam peti sejuk. Ita cuba cari resepi yang sesuai dan terpandang resepi talam berlauk. Ita tak penah buat kuih ni tapi makan pernah la jadinya disebabkan tengok bahan dan caranya yang mudah ita cuba buat kuih ni. tambahan kuih ini juga bukan jenis kuih manis tpi kuih pedas, suami ita menyukainya. Untuk resepi ini ita tukar ayam kepada serunding bagi ita lagi sedap dan mudah penyediaannya. Hanya waktu masukkan garam kedalam bancuhan tu ita takut nak letak banyak jadi kurang masin sikit kuih ita ni. Lain kali kena lebih berhati-hati bila meletakkan garam walaupun kata orang biar kurang garam dari lebih garam..:)

Baiklah resepi ini dari maryam81 di myresipi. Sedap resepi ini dan mudah. Bagi mereka yang ingin mencuba resepi ini boleh mencuba resepi yang telah ita sertakan dibawah. Terima kasih maryam81.



Talam Berlauk

Bahan-bahan ( 20cm )

  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 100gm Daging ayam cincang yg telah direbus- ita guna serunding
  • 1/2 Cawan Udang kering dikisar
  • 3 peket Serbuk Santan ( I gunakan Santan S&P )-
  • 3 Cawan air
  • 2 Tangkai daun bawang - dihiris halus
  • 2 Tangkai Daun sup dihiris
  • 2 Biji Cili Merah dihiris halus
  • Garam Secukup rasa



Cara-cara

  1. Bancuhkan santan dgn air tadi hingga sebati.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, ayam, separuh daripada daun bawang, daun sup dan cili merah. Gaul hingga semua sebati.( ita masukkan separuh dari serunding selebihnya untuk ditabur diatas nanti)
  3. Masukkan santan dan gaul hingga rata. Kemudian masukkan garam.
  4. Kemudian masak adunan diatas dapur sehingga naik wap. Dgn menggunakan api sederhana.
  5. Masukkan adunan ke dlm pengukus - loyang kene letak minyak sikit.
  6. Lepas 15 minit dlm loyang, taburkan udang kering, lebihan daun bawang, daun sup & cili dia atas adunan tadi.
  7. Kukus lagi selama 15 minit.


18 December 2011

Rainbow Cake @ Kek Pelangi



Salam semua. Selamat berhujung minggu mungkin ramai yang sibuk menghabiskan masa dengan keluarga bila cuti-cuti begini. Bagi ita hanya bersama keluarga sahaja hari ini dan petang ada urusan dengan kawan yang baru sampai di Yokohama ni untuk sambung di Universiti yang sama dengan suami. Alhamdulillah semakin bertambah kawan dari Malaysia yang sama-sama disini...:)

Hari ini nak kongsi resepi kek yang ita buat petang semalam. Pada mulanya buat sekadar suka-suka je sebab nak habiskan stok cream cheese yang masih berbaki di peti sejuk tapi akhirnya dibawa ke rumah kawan yang baru sampai untuk dimakan bersama kawan-kawan yang lain. Jadinya teringat kek pelangi @ rainbow cake yang sangat popular sejak akhir-akhir ini. Memang dah lama ita tertarik dengan resepi ini hanya tak berkesempatan nak cuba. Tapi sejak akhir-akhir ni ramai pula yang tayang kek ni membuatkan hati makin membuak-buak untuk mencuba.



Untuk kek ini ita buat 3/4 saja dari adunan disebabkan ita menggunakan loyang 6 inci. Jadinya kek yang terhasil sedang elok je tingginya bagi ita. Disebabkan adunanya hanya 3/4 ita bahagi 5 bahagian sahaja. Tapi dalam resepi yang ita sertakan ita masukkan resepi yang penuh ye.. Bagi ita tak rugi untuk cuba kek ini, sedap dan gebu je keknya. Untuk membuatnya pun tidaklah memerlukan langkah yang banyak hanya agak lama bila ingin membakar kek ini mengikut adunan warna. Namun apa bila melihat hasilnya amat teruja dan seronok. berwarna warni.

Untuk resepi ini ita intai-intai di rumah kak azlita. Resepi asal dari whisk kid tapi telah dialih bahasakan oleh zuraini Alias. Jika ingin melihat rainbow cake yang cantik dan kemas boleh ke blog yang ita nyatakan diatas. kek ita ni kurang kemas sebenarnya, Buat nak cepat takut hari gelap nak malam. nanti tak sempat plak bergambar...:( Terima kasih kepada yang berkongsi resepi , ita kongsi disini pula ye.




RAINBOW CAKE
@ KEK PELANGI

Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Cara-cara

  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter
  2. Panaskan oven pada suhu 170C
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
  4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
  5. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  6. Masukkan esen vanila
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung



Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

  1. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  2. Masukkan dalam loyang
  3. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  4. Bila dah masak letak atas redaiTunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  5. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
*Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Untuk Cream Cheese Frosting

Bahan
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter

Cara-cara
  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
  2. Sedia untuk digunakan.

Untuk melapis.
  1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
  3. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
  4. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
  5. Hias mengikut kreativiti masing-masing.

16 December 2011

Tetamu dari Malaysia

Salam semua. Rinduuu.. Rindu sangat nak menaip disini dan BW rumah kawan-kawan. Maaf sangat hampir 2 minggu ita tak update blog memang mencari masa yang sesuai dan lapang untuk menaip dan jalan-jalan rumah kawan. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk menaip disini. 2-3 hari yang lepas ada juga jenguk-jenguk blog yang dah bersawang ni tengok ramai juga yang komen di entry badminton tu.. terima kasih sangat.. nanti ita balas ye kunjungan tu.. InsyaAllah.. selain tu bila nampak je rumah kawan-kawan masak macam-macam menu rasa bersemangat sangat nak cuba menu-menu baru.. hihihihi..:) Mana tak nya bulan ni baru 2 je entry.. amat merundum betul prestasi blog ni..InsyaAllah kena kuat semangat dan susun jadual harian dengan baik sebab sekarang ni memang cepat je tersasarnya jadual tambahan suhu yang bertambah sejuk dan bila malam je rasa nak duduk dalam selimut je senyap-senyap sebab mata cepat je mengantuknya.. :)

Untuk permulaan ita ingin kongsikan gambar kenangan kami minggu lepas menerima tetamu dari Malaysia. Mail, Mar dan Qaisara yang datang dari Terengganu. Mail ni kawan suami ita di Universiti dulu. Amat baik dengan suami dan kami pun pernah ke rumahnya dulu di sebelum dia dan keluarga berpindah ke Terengganu. Rezeki agaknya waktu kunjungan Mail sekeluarga salji turun sewaktu perjalanan ke kawasan tasik Yamanaka, walaupun plan nak main salji buatan tak kesampaian tapi Allah ganti dengan salji betul.. Alhamdulillah..:)


Bergambar keluarga waktu ni salji tengah turun


layan Qaisara main saljji suka sangat dia


Fathnin pun excited juga


Fateh lagi la.. suka sangat



Ini adalah kawasan rehat.. kami singgah sebentar disini

Disebabkan keluarga mail datang 3 hari je beberapa tempat je kami sempat bawa.. untuk hari ke 2 kami ke Asakusa dan Tokyo tower. Untuk kali ini disebabkan hari minggu kami menaiki keretapi je.. Mudah jika berkereta jalan agak sesak dan parking pun mahal .. kemudahan awam dijepun memang tip top sambil-sambil boleh melihat gelagat masyarakat jepun yang pelbagai ragam..:)Terima kasih Mail dan Mar atas kunjungan ke teratak kami, Terima kasih juga diatas buah tangan yang dibawa dari Malaysia tambahan keropok lekor dan buku untuk Fathnin.



Tokyo Tower


Asakusa





06 December 2011



Salam semua. Alhamdulillah malam ni sempat curi masa sedikit untuk kongsi satu cerita yang menarik ini bagi ita. Terima kasih bagi semua kawan-kawan yang sudi singgah di blog ita yang tak seberapa ini. Maaf juga kerana sejak akhir-akhir ini ita tak sempat nak buat semua kunjungan balas sebab tempohari masih berkongsi laptop dengan suami.. Alhamdulillah masalah telah selesai suami dah dapat penganti untuk laptop nya yang telah rosak semalam.


kami baru sampai di Yamanashi Universiti

Suasana baru lepas hujan

Sejak akhir-akhir ini pun ita agak sibuk sebenarnya tiap-tiap hari ada saja urusan diluar yang ita uruskan jadinya memang tak sempat sangat nak mengadap blog ini. Amat rindu nak masak dan ambil gambar makanan untuk dikongsi disini namun memang tak sempat tambahan sekarang dijepun cepat sangat gelapnya pukul 4 petang( 3 petang waktu Malaysia) dah mula gelap.. jadinya kalau ita masak pun tak sempat nak bergambar sebab dah gelap...:( Dua tiga hari akan datang ini akan sibuk juga sebab ada tetamu dari Malaysia akan berada dirumah ita.

Di jadikan cerita seronok sangat minggu lepas bila 2 blogger sebelum ini hanya bertegur sapa di blog dan facebook sahaja tetapi bersua muka digelanggang badminton..:) Kebetulan memang rezeki agaknya nak jumpa dengan kak Ena- zarina Lovely Kitchen yang cun dan slim ( jeles tau kak..:) sebab setiap tahun memang team dari Yokohama akan menyertai Yamanashi Open ini iaitu pertandingan badminton untuk warga Malaysia di Jepun. ceritanya disini (2009) dan disini (2010) Dah 2 tahun team Yokohama lelaki dan perempuan menyertai tapi tahun ini tak berpeluang kerana ramai kawan-kawan yang tak dapat main dan tak cukup untuk main dalam satu team. Jadinya kami ambil keputusan untuk tidak menyertai untuk tahun ini. Namun rezeki agaknya lagi seminggu untuk ke tarikh pertandingan dapat panggilan dari seorang adik yang menguruskan tentang pertandingan ini dan ajak untuk menyertai satu kategori baru iaitu bergu campuran. Suami ita memang minat badminton dan bersetuju untuk menyertai pertandingan ini. Kami ajak juga kawan-kawan lain di Yokohama yang berminat untuk menyertai tapi agaknya masa yang agak suntuk menyebabkan masing-masing ada tugas yang perlu diselesaikan.




Bergambar dengan kak Ena

Kebetulan ita dapat juga Msg dari kak Ena di FB yang menyatakan kak Ena pun akan ke Yamanashi untuk pertandingan ini. Seronok rasa. Tambahan kak Ena ada menjemput Fariz suami ita untuk sama-sama main dalam team Nagoya disebabkan kekurangan pemain. Bila ditanya pada urusetia katanya tidak boleh pemain bergu campuran untuk main dalam team tapi disaat akhir mereka membenarkan. Jadinya suami ita juga sempat untuk main 3 perlawanan dari 4 perlawanan untuk team Nagoya. Seronok sangat rasanya dapat berjumpa kawan-kawan dari Nagoya selain kak Ena iaitu kak Diana dan kak Ros selain Kak anim dari Hamamatsu, shizuoka. Gamat juga dengan kanak-kanak digelanggang badminton dengan suara dan karenah anak-anak, jika team Yokohama pun datang tentu lagi meriah dengan suara anak-anak kerana memang setiap tahun team Yokohama datang dengan anak-anak..:)


Fathnin dengan anak-anak kak Ena iaitu Damia dan Syasya

Suka tengok anak kak Ena yang Damia ni comel dan bijak orangnya




Bergambar dengan kak Anim, kak Diana dan kak ros

Yang paling seronok dan lawaknya bila untuk pertandingan final bergu campuran sepatutnya bergu ita dan suami bertemu kak Ena dan suami tapi disebabkan team Nagoya juga iaitu team suami kak Ena dan Ita layak untuk ke final juga dan suami-suami mengambil keputusan untuk tidak membuang tenaga untuk pertandingan bergu campuran dan ingin lebih fokus untuk pertandingan team lelaki jadinya mereka meminta isteri-isteri sahaja yang main mewakili mereka. Maksudnya ita bermain dengan kak Ena saja secara solo.. Pertama kali ita dengar rasa nak pengsan je sebab ita tak pernah main 'single' dalam badminton ini untuk perlawanan. Tapi bila diberi semangat main sekadar suka-suka dan mengeluarkan peluh ita harungi juga..


Final bergu campuran sepatutnya.



Akhirnya isteri-isteri je yang main..:P



Bergambar dengan medal Bergu Campuran




Alhamdulillah tercapai objektif kami untuk menyelesaikan pertandingan disitu. Tahniah buat pasukan nagoya lelaki kerana mendapat tempat kedua dan harap dapat bertemu lagi dengan kak Ena dan keluarga serta kawan-kawan dari Nagoya yang amat baik sekali..:)




;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG