31 October 2011

Donut Keledek




Salam semua. Sudah beberapa hari ita tak sempat nak "online" tak tahu apa yang disibukkan. Sebelum mood untuk menulis disini hilang baik kejar cepat dengan memasukkan cerita baru..:P hari ini ita nak kongsi resepi Donut keledek yang ita buat minggu lepas. Minggu lepas 2 kali buat donut , ini atas permintaan Fateh jadinya mamanya turutkan juga la. Tambahan nampak dirumah izah ada resepi donut ni jadi lagi nak buat. Lagi pun bukan ita yang uli pun bagi pembantu kat dapur yang tolong uli.. ita hanya bentuk-bentukkan je.. kalau malas lagi tak tahula nak cakap apa..:P



Resepi ni ilham dari Ros jintan manis tapi kak nor ganu dah tukar kepada keledek. Jadinya ita tergoda resepi ni dari rumah izah.. boleh macam tu..:) Syokkan kongsi-kongsi resepi ni.. bukan apa semangat nak masak dan teruja dengan hasil yang jadi bila hasil masakan kita dimakan dengan selera oleh ahli keluarga.. seronok sangat...:)

Okla.. jom lihat resepi ni.. terima kasih pada semua yang terlibat... moga kita sama-sama dapat manfaatnya ye..



SEPI ASAL: DONUT KENTANG

Bahan-bahanya

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


28 October 2011


Salam semua. Moga hari ini memberikan kegembiraan dan keberkatan dalam diri kita seterusnya untuk hari-hari mendatang juga. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menaip disini.. Alhamdulillah.. Sebelum ita share resepi baru untuk hari ini ita nak kongsikan bersama kawan-kawan 2 link yang kita boleh lakukan untuk kebaikan diri kita dan selain membantu bagi pihak yang memerlukan.

Yang pertama adalah Projek pembinaan Masjid Hiroshima, Jepun. Ita terpanggil untuk berkongsi tentang ini kerena mambaca penulisan Nieza di Facebook.Mengikut penulisan Nieza, seorang adik yang ita kenali dulu belajar di Universiti Hiroshima dan pernah tinggal sekejap di Yokohama setelah habis belajar kerana berkahwin dengan adik di Yokohama ni dan kini mereka telah berpindah ke Kyushu kerana suami nya bekerja disana, projekMasjid ini telah bermula sejak tahun 1998 lagi. (mengikut sumber penulisan Nieza). Pelbagai bentuk cara telah dilakukan untuk mengumpul dana sebanyak 22 juta yen untuk membeli bangunan untuk tujuaan masjid ini. Baru baru ini pihak projek pembinaan masjid ini telah memenangi lelongan Masjid ini dan memerlukan wang untuk tujuan itu sebelum 24 Nov 2011. Jadi boleh la kita sama-sama membantu untuk merealisasikan projek ini dan syiar Islam dapat berkembang mekar di bumi sakura ini. Link ini adalah tulisan yang ditulis oleh Nieza dan untuk link projek tersebut disini. Untuk tujuan menderma boleh memasukkan wang ke akaun yang tertera didalam lampiran di nota ini.( sila bagitau saya jika ada sesiapa yang tidak boleh untuk membuka link tersebut.)


Sumbangan kedua yang boleh kita buat iaitu "telekung Project " yang dikelolakan oleh senior ita sewaktu disekolah dahulu iaitu Puan Azila Aziz. Usaha beliau amat murni untuk mengantikan telekung-telekung yang kotor yang telah digunakan disurau-surau dan dibasuh dan meletakkan kembali telekung bersih supaya telekung itu sentiasa bersih dan mereka yang menggunakan untuk solat lebih selesa. Sumbangan ini menerima telekung yang telah dipakai dan juga telekung baru. Untuk itu boleh pergi ke link disini untuk berurusan dengan Puan Azila Aziz. Moga usaha murni beliau akan sentiasa dipermudahkan.

26 October 2011


Salam semua. Hari ini ita nak sambung cerita jalan-jalan Nikko dan ini adalah entry terakhir untuk jalan-jalan Nikko ni dan ita rangkumkan sekali kerana untuk hari kedua ni tak banyak tempat yang kami pergi kerana kami berada di Nasu. Berbalik pada cerita cottage yang kami sewa ditempah oleh Abang Puza. Untuk cottage ni kami memilih untuk menyewa 3 cottage kecil dan 1 besar untuk Aliza dan Family. Untuk sewa cottage ni dikira mengikut perkepala untuk kanak-kanak pula bagi satu family yang mempunyai anak kecil 2 orang dikira satu bahagian orang dewasa. Jadinya untuk kes ita kami dikenakan 3 bahagian orang dewasa semua jumlah lebih kurang 9000 yen termasuk bayaran tambahan barang-barang keperluan untuk cottage tersebut. Ini link cottage tersebut. Didalam cottage ini amat lengkap dengan peralatan tidur, peralatan masak memasak dan disediakan onsen untuk keluarga yang airnya memang untuk onsen kerana diambil dari kawasan onsen berdekatan. Kami sekeluarga sempat beronsen bersama dan air yang kami rasa memang berlainan sedikit. Beronsen sekeluarga dengan cuaca yang sejuk diluar dan air yang panas memang menyegarkan..:)





Pada hari kedua tu kami memilih untuk keluar agak lewat disebabkan kami bersarapan di cottage Aliza dulu dan bergambar bersama-sama. Disebabkan ita tak bawa kamera pada waktu tu jadi tak de la gambar tu dikamera ita. Pagi tu kami bersarapan nasi briyani ayam dan setnya, sup sayur, nugget, sosej, popadum. Alhamdulillah berkat kerjasama semua makanan tersebut sedap-sedap belaka.





Setelah selesai urusan check out kami pun meneruskan perjalanan ke arah Nasu iaitu kami memilih untuk melihat keindahan di Mt. Jean dengan menaiki cable car. Seronok rasanya beramai-ramai menaiki cable car bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Tiket untuk menaiki cable car ini 1200 yen bagi dewasa dan 1000 untuk kanak-kanak. Disebabkan kami 15 orang dalam satu kumpulan termasuk kanak-kanak jadi kami mengambil tiket kumpulan iaitu dikurangkan 200 yen setiap orang. Kawasan ini hanya dibuka hingga 330 petang sahaja.






Saujana mata memandang permandangan yang indah berwarna warni di sekelilingnya. Pokok dan daun bertukar warna .. subhanAllah .. amat indah sekali.. Sampai saja diatas dengan ketinggian 1600 dari aras laut pengunjung boleh meneroka kawasan tersebut dan bergambar dengan alam sekeliling disitu. Mt jean ni sebenarnya adalah tempat untuk bermain ski pada musim sejuk. Menariknya kawasan ini disediakan pelbagai tarikan mengikut musim terutama bunga bungaan. Sewaktu ita pergi dihiasi bunga matahari.




Lebih kurang pukul 3 kami bertolak balik ke Yokohama. Mengikut perancangan asal ingin ke Sano outlet tapi setelah berbincang ada family yang tidak ikut serta jadi kami batalkan sahaja ke destinasi tersebut. Setelah beberapa kali berhenti untuk berehat untuk solat dan makan. Alhamdulillah seronok rasanya dapat bercuti bersama kawan-kawan. Sampai beberapa hari juga terasa kepenatannya. Maaf buat Lia dari Iwate kerana tak sempat nak bersama-sama disebabkan suami agak sibuk terus membuat kerja yang tertunggak disebabkan bercuti dihari berkerja. Jangan kecil hati ye.. insyaallah ada rezeki dapat kita berjumpa dilain kesempatan...:)

25 October 2011


Salam semua. Moga semuanya sihat-sihat dan ceria hari ini. Semalam ita sempat mencuba pau yang sedap dan cantik mata memandang resepi dari wendy dan ita tergoda dengan hasil yang kak Azlita tunjukkan. Mula pandang tak tahu pun itu pau bila tengok tajuk baru tahu cantiknya pau ni.


Sebenarnya dua tiga hari ni memang teringin nak makan pau. Lama dah tak makan jadinya cari la resepi yang tak pernah dicuba dan tergoda dengan pau yang dihasilkan oleh kak Azlita terus salin resepinya. Ita buat 1/2 adunan je pau ni sebab tengok dari bahan-bahan nya banyak. Lagi pun disebabkan ita nak buat pau kacang merah jadinya takut la tak dapat sambutan. Selalunya pau ayam atau pau yang pedas yang mendapat sambutan dirumah ni.


Dalam resepi asal menggunakan keledek manis yang berwarna ungu tapi ita cari kat kedai tak jumpa pula jadi ita guna keledek manis yang biasa je. Untuk menaikan warnanya ita letak sedikit warna pink. Sikit je ita letak tak banyak dalam 2 titik je tu warnanya macam tu bila telah digaul. Bagi ita pau ni lembut sangat dan sedap bayangkan la anak-anak ita amat teruja sebab cantik.. waktu pau tu ita rehatkan anak-anak tak sabar nak makan. Jadinya terpaksa ita kukus dulu sikit.. Tapi cepatnya diorang makan sampaikan waktu nak ambil gambar pun mencabar juga sebab Fateh asyik datang je nak ambil pau-pau yang ita tengah posing tu. Selalunya anak-anak tak ganggu ita kalau ita bergambar.. tapi kali ni memang mancabar betul. bayangkan dari 14 ketul yang ita buat tinggal 5 je sebab dah kena makan oleh anak-anak.. :) Nasib sempat simpan 5 untuk papanya makan. Syukur Alhamdulillah anak-anak suka makan pau ni..

Ok mari kita lihat resepi nya. Resepi ini dari wendy tapi ita ambil dirumah kak Azlita . Bagi yang nak melihat langkah demi langkah bagaimana untuk menjadikan pau berbentuk bunga rose ni boleh ke rumah kak Azlita ni. Kemas je kejadian paunya. Bukan senang sebenarnya nak menghasilkan pau yang cantik.. Izinkan ita kongsi disini ye kak..:)


Pau Keledek Manis Berwarna Ungu Berbentuk Bunga Ros.

250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus ( ITA TAK GUNA KELEDEK UNGU SEBAB TAK JUMPA)
200 gm air
500 gm tepung pau- ita guna tepung roti je sebab tak de
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

Cara-cara.

  1. Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
  2. masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
Kalau guna tangan.
  1. Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
  2. Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
  3. Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  4. Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
  5. Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
  6. Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.




Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara di bawah.
  1. Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
  2. Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
  3. Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih.


  1. Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. Ita letak inti kacang merah
  2. Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
  3. Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun
  4. Gulungkan doh.
  5. Potong doh yang telah kita gulung.
  6. Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.



  1. Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
  2. Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
  3. Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.Kukus pau selama 10-12 minit

24 October 2011

Salam semua. Ita nak cerita lagi tempat menarik yang ita pergi di Nikko. Selepas kami ke Senjogahara kami ke Kegon Fall. Kegon Fall adalah diantara air terjun tercantik di Jepun. Untuk ke Kegon Fall dari Senjogahara kami kena berpatah balik melalui Tasik Chuzenji dan terus ke Kegon Fall. Disini terdapat tempat letak kereta berbayar iaitu 310 yen sekali masuk. Di kegon Fall terdapat kawasan untuk melihat air terjun dari atas tapi jika ingin melihat air terjun dari bawah pula terdapat elevator untuk ke bawah. Untuk kebawah menaiki elevator setinggi 100 meter ini perlu membayar 530 yen seorang untuk tiket pergi balik.






Setelah mendapatkan tiket di kaunter kami terus beratur untuk menaiki elevator yang disediakan. Keluar sahaja dari elevator kami perlu berjalan dan menuruni tangga untuk ke kawasan yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar keadaan sekeliling air terjun ini. Kawasan ini sangat cantik tambahan disekelilingnya hutan berwarna warni yang menyegarkan mata.. SubhanAllah..:) Indahnya cipta Allah S.W.T. Setelah puas melihat dan mengambil gambar kami menaiki elevator untuk ke atas dan mencari tempat untuk kami makan tengahari. Untuk menu makan tengahari ini kami makan bekalan yang ita dan adnin bawa iaitu nasi, ayam masak kicap, ayam masak merah, coleslaw dan mee goreng. Alhamdulillah setelah kenyang kami meneruskan perjalanan ke tempat menarik seterusnya iaitu Tobu World Square.








Untuk ke Tobu world square dari Kegon fall lebih kurang 1 jam perjalanan. Kami bertolak dari Kegon Fall lebih kurang pukul 1.15 tengahari sampai di kawasan tobu world pada pukul 2.05 petang. Disebabkan kawan kami Nik yang baru sampai nak bersama-sama ke Tobu world jadi sementara menunggu nik kami mencari kawasan untuk solat ditempat parking kereta. Disebabkan agak lewat nik sampai dan Tobu world tutup pada pukul 5 jadi kami masuk dahulu ke dalam untuk melihat bangunan-bangunan menarik didunia. Untuk masuk ke dalam Tobu World tiket 2500 yen bagi dewasa dan kanak-kanak 4 tahun keatas perlu membeli tiket 1200 yen. Di dalam website Tobu world disediakan tiket diskaun yang perlu di cetak untuk membolehkan mendapat diskaun 500 yen seorang.










Tobu world adalah tempat dimana terkumpul bangunan-bangunan terkenal didunia yang telah dikecilkan saiznya sebanyak 1/25. Pelbagai jeniis bangunan ada disini. Jika kesini seperti mengelilingi dunia dalam masa beberapa jam. Hanya yang kurang selesanya banyak dari bangunan-bangunan tersebuat adalah gereja. Hanya satu sahaja Masjid yang terdapat didalam senarai bangunan-bangunan terkenal ini. Jumlah bangunan kecil ini adalah sebanyak 102 bangunan. Kita boleh mengambil gambar dan melihat binaan bangunan seakan-akan bangunan yang asal. Tepat jam 5 kami keluar dari kawasan ini dan hari pun semakin gelap. Kami meneruskan perjalanan ke Cottage yang telah ditempah oleh kawan suami. Sampai sahaja kami dicottage yang amat selesa seperti rumah kecil kami terus ke Cottage Aliza untuk memulakan aktiviti bernabe bersama-sama. Aliza mengambil cottage yang besar disebabkan ibubapanya juga ada sekali bersama. Amat selesa cottage aliza.. ita tak sempat nak mengambil gambar cottage aliza disebabkan kepenatan..












;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG