30 September 2011





Salam semua. Hari ini nak share cerita tentang hadiah harijadi Fathnin yang kami janjikan untuk dia iaitu perigi ke Tokyo Disneyland. Sebenarnya ini kali kedua kami ke Disneyland. Pertama kali sewaktu tahun 2009 waktu tu sepupu suami datang ke jepun. Jadinya kami jumpa di Disneyland waktu tu sebab dia tinggal di hotel di Tokyo. Cerita tentang itu ada disini.

Kami bertolak dari pagi lagi seawal 630 pagi. Kalau mengikut navi di kereta ada beberapa jalan yang boleh kami pilih sama ada jalan bertol atau jalan biasa jadinya disebabkan suami ita nak cepat sampai jadinya kami pilih jalan bertol. Dari rumah kami ke tokyo disneyland mengikut jalan bertol adalah 42 minit.Untuk bayaran parking di Disneyland ialah 2000 yen sekali masuk.










Sesampainya kami disini sudah ramai juga yang telah sampai dan beratur untuk membeli tiket. Pagar disneyland dibuka pada pukul 9 pagi jadinya kaunter tiket dibuka seawal jam 8 pagi. Sebelum kaunter dibuka kami sempat mengambil gambar disekitar luar kawasan disneyland. Untuk tiket masuk ke disneyland bagi satu hari pas masuk adalah 6200 yen ( lebih kurang RM240 +- ) bagi orang dewasa dan 4100 yen ( lebih kurang RM 160 +- ) bagi kanak-kanak.














Tepat jam 9 pagi pagar disneyland dibuka dan pengunjung yang tinggal di tokyo disneyland resort diberi keistimewaan untuk masuk lebih awal iaitu seawal jam 845 pagi. Ramai sangat orang pagi tu.. Kami memang piih untuk pergi hari rabu sebab ingat tak ramai orang tapi tekaan meleset ramai juga orang.
























Disebabkan sibuk nak kejar satu-satu permainan supaya kami dapat main semaksima mungkin jadi tak sempat sangat nak bergambar. Banyak juga karektar yang kami jumpa berkeliaran tapi tak sempat nak beratur bergambar hanya beberapa karakter je yang sempat fathnin ambil gambar bersama yang lain tu ita snap macam tu je sebab ramai yang ingin bergambar dengan mereka..:)





















Sampai je petang fateh dah kepenatan jadi kami pergi ke permainan yang fateh tak boleh masuk kalau ikutkan ada 2 je jadinya ita bergilir-gilir dengan suami untuk beratur nasib waktu menunggu pun hanya 15 minit je bagi satu -satu permainan. Seronok sangat fathnin sebab semua permainan dia boleh main jadinya waktu mama main pun dia ikut waktu papa main pun dia ikut juga..:) bila dah habis permainan yang mama dan papa main disebabkan agak lena fateh tidur kami terpaksa kejut dia supaya dia dapat merasa main juga kesian plak nanti dia tak dapat merasai permaian yang menarik. antara permaian yang Fateh suka small world, buzz light year, dan racing car. memang happy sangat dia sampai ajak berkali-kali main.









Kami di Disneyland sampai pukul 10 malam bayangkan la letihnya dari pagi. alhamdulillah merasa main hampir kesemua permainan sampaikan ada yang 2-3 kali ulang disebabkan dah malam tiada pengunjung sangat dan waktu menunggu 5 minit macam tu jadinya boleh main banyak kali.. alhamdulilah tempat nak solat pun amat dipermudahkan oleh Allah untuk mencari dalam ramai-ramai orang tu terjumpa satu tempat yang agak tersorok dan boleh solat dengan tenang disitu. kalau ikutkan tak boleh bawa bentou jadinya ita sorok2 bawa bentou roti sosej, home made onigiri dan ayam goreng untuk bekalan kami. Alhamdulilah mencukupi dan rasa happy dengan cuaca yang baik idak panas dan tidak sejuk.. alhamdulillah..ada lagi beberapa gambar untuk tatapan dimasa akan datang terutama bila kami dah balik Malaysia nanti..:)









;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG