29 July 2011

Puding Susu Buah-buahan



Salam semua. Hari ini agak lewat bersiaran. Terpaksa publish lagi sekali sebenarnya tadi ada luahan sedikit dientry ni tapi terpaksa dibuang sebab dah rasa lega sebenarnya bila ramai bagi semangat dan rasa malas nak fikir sebab berblog untuk happy..:) jadi kena sentiasa semangat untuk melakukan sesuatu yang baru yang kita rasa happy dan ita bukan jenis suka cerita yang tak best2 di blog.. hahaha.. kenapa tah tadi waktu mennulis teremo la pula..:(




Oklah tak nak dah membebel panjang, hari ini ita buatkan puding kegemaran Fathnin atas permintaannya semalam. Fathnin memang suka puding macam ni. Sebelum ni ita suka buat puding ni tapi rupanya ita tak pernah buat entry untuk puding ni. bagi kami puding ni sedap makan sejuk-sejuk makan pun tak sedar berapa mangkuk dah makan..:)



Resepi asal tak letak kuah tapi ita makan dengan kuah tambahan nak makan dengan buah-buah koktel tu sedap. Tambahan puding ini bukan sahaja sedap malahan cantik juga dipandang. Ia boleh dijadikan menu untuk berbuka nanti dan ita pasni akan membuatnya lagi untuk dijadikan pemanis mulut juadah berbuka dibulan ramadan yang bakal menjelma.

Okla jom kita lihat resepinya. Ita hanya buat 1/2 adunan je untuk ita sekeluarga. Resepi dari kak jun @ myresepi junjs11. Terima kasih ye ita share disini pula. Sedap sungguh puding ni.



Puding Susu Buah-Buahan

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah tu ita buat campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.

28 July 2011

Mee Rebus Tulang



Salam semua. Hari ini ita nak kongsi resepi mee rebus yang sedap. Suka sangat dapat makan mee yang macam ni. Ita kalau pergi makan-mana kalau tak berapa lapar suka makan mee rebus. Tapi tengok tempat juga kalau tengok mee bandung lebih menyelerakan akan pilih mee bandung pula..:P Jadinya makan mee rebus tak jemu kalau betul pada seleranya.

Suami ita kalau makan nasi tak berapa sangat suka makan selalu. Jadi isterinya kena selalu la menyelongkar dapur resepi mee di malaya ni.. hihihihi supaya senang nak buat untuk suami tercinta. Ita pun suka juga tapi jni sita ni tak leh kalau makan mee je memanjang kena makan nasi juga bila 2-3 hari tak makan nasi. Macam nak ke sawah pula lagaknya nak makan nasi je.. :)



ok la resepi yang sedap ni hasil dari jalan-jalan dapur kak Azlita yang mewah dengan makanan yang cantik dan sedap itu. Jadi resepi dari mee rebus Badali. Terima kasih kedua-duanya ye.



Mee Rebus Tulang

adaptasi dari resepi MI REBUS BADALI
by: Kak Sharifah Rosidah
sumber : masam manis

½ kg Daging tetel lembu (direbus hingga lembut) ita guna daging
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 peket kecik taucu *
1 sudu kerisik *
2 biji keledek (direbus dan kisar)
3 batang serai dititik
2" lengkuas dititik
½ mangkuk kecik kacang tanah disangai dan ditumbuk
cili kering (ikut kepedasan sendiri. Direbus dan dikisar)
garam
sedikit gula melaka - ita tambah
kiub daging - ita tambah

  1. Panaskan periuk. Tumis semua bahan yang bertanda * hingga wangi.
  2. Campakkan juga serai dan lengkuas. Kemudian masukkan tetel dan air rebusannya sekali.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan biarkan mendidih lagi dengan api perlahan.
  4. Rasa garam dan bubuh sedikit pak aji, kalau suka.
  5. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk. Cili kering kisar ditumis asing dan masukkan ke dalam periuk bersama minyaknya.

Untuk hiasannya, diperlukan telor rebus, daun sup, bawang goreng, cili hijau dan merah, tauhu digoreng dan dipotong dadu serta lima kasturi. Celur mi dan juga taugeh. Bubuh dan mangkuk taugeh dan mi kemudian hias dengan bahan2 hiasan dan curahkan kuah. Kalau suka boleh juga dimakan dengan kicap.

27 July 2011

Andersen Theme Park ,Chiba

Salam semua. hari ini ita nak masukkan gambar weekend baru ni ita ke Chiba. Chiba ni sebenarnya negeri sebelah yokohama kalau di Jepun ni. Perjalanan ke Chiba mengikut highway lebih kurang 1 jam 30 minit. Sebenarnya ke chiba ni atas jemputan kak Nie sekeluarga untuk kerumah nya. Ita pergi bersama 3 family lagi dari Yokohama. Kak nie ni baik sangat orangnya . Amat mesra dan tidak berkira langsung sampai kami buat macam rumah sendiri pula. sayang sangat ita tak bawa keluar kamera waktu ke rumah nya haritu kamera tinggal dalam kereta..:( Terima kasih kak nie atas layanan yang sungguh baik dan sempurna buat kami sampai malam baru tahu nak balik...:) Makanan kak nie masak pun sedap2 belaka..:)

Sebelum ke rumah kak Nie sempat kami singgah di Andersen Theme park di Funabashi Chiba. Bag ita yang pertama kali ke sini amat seronok taman ni. Banyak aktiviti dan cantik pula tu. Tak tergambar untuk menceritakan kecantikan taman ni. Terima kasih pada adnin dan abang Puza yang carikan taman ni.. :) Bayaran masuk untuk ke taman ni adalah 900 yen bagi dewasa dan 100 yen bagi kanak. Bagi ita harga itu amat berpatutan dengan kecantikan taman ni. parking pula 500 yen sekali masuk.

kami sampai dalam pukul 10.30 pagi masuk je pintu masuk tu nampak banyak sangat himawari( bunga matahari) dalam pasu kecil2.. sangat cantik dan bunga2 lavender pun banyak berselerakan. Geram je tgk bunga2 tu.. disebabkan banyak aktiviti yang menarik dalam taman ni jadi kanak-kanak dah nampak taman permainan dulu. Jadi mak ayah kena la tgk2 anak2 yang main. Besar permainan disini dan seronok pula tu..







Lepas dah penat bermain panggil anak-anak makan sekejap dan bagi mereka main air. Disini waktu musim panas kolam untuk mandi dibuka. Jadi ramai sangat orang yang datang bawa anak-anak main air. Kebetulan kami duduk dibawah pokok tempat aliran air jadi bagi anak-anak main air disitu je la sebab nak pergi rumah orang takut lambat pula kalau bagi main air di kolam besar tu.. main permainan dan main air free je..








dah bagi anak-anak main air sekejap kami jalan lagi ke tempat menarik seterusnya iaitu tengok binatang . Tapi malangnya dah binatang dah masuk kandang waktu tu sebab ada jadual sebenarnya. jadi berhampiran dengan tempat tu ada aktiviti kayuh kereta basikal kot namanya..:P kereta ni boleh naik 4 orang dan kena kayuh. 1 basikal 300 yen. Jadi kami naik yang ni lepas tu papa dan anak-anak naik shinkansen( keretapi laju jepun) pula. Yang ita seorang 100 yen.







Kemudian kami ke arah windmill (kincir angin) yang cantik. Suka sangat dapat ke sini dengan bunga-bunga yang cantik dan rasa happy sangat dapat bergambar disini. Tapi tu la terlupa nak bergambar satu family disini kerana asyik ambil gambar bunga-bunga tengok-tengok semua orang dah beralih ke tempat lain..:)



w




Selepas itu kami ke ladang himawari ( bunga matahari). Kalau dijepun musim panas memang waktu nak tengok bunga matahari. Sekarang ni tengah kembang dan setengah-setengah tempat lagi 1-2 minggu kembang dengan elok. Suka sangat dengan bunga matahari ni cantik. Tapi yang ita perasan tahun ni kembangnya kurang sikit besarnya tak macam tahun sebelum ni ita pernah tunjuk dientry sebelum ni.. rasa waktu tu lebih besar..:)








Kemudian kami ke arah tempat menaiki sampan pula. Untuk naik sampan bayaran yang dikenakan 3 orang maksimum dan 300 yen satu bot diberi masa 30 minit. Jadi kebetulan fateh tidur dan Zaki pun tak pergi sebab familynya 5 orang ita dapat la merasa naik sebab dia tengok2kan Fateh. Papa mendayung sampan tu rasa seronok sangat sebab lama tak naik sampan macam tu.








Untuk tidak menghampakan anak-anak kami ke ladang binatang tu untuk menunggang pony dan melihat binatang2 disitu. Seronok fathnin dapat menunggang pony tu fateh yang tidur tak dapat la nak merasa menunggang. Bayaran bagi menunggang kuda 100 yen dan tengok dan pegang kambing percuma.








Sebelum balik tengok anak-anak main mainan beruang ini dan happy sangat diorang dapat ke taman ni. Bagi ita bagi yang nak ke Chiba taman ini adalah taman yang patut dilawati..:)



;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG