30 June 2011

Laksa Siam



Salam semua. Ini adalah menu kelmarin ye.. hanya dapat tengok je. Ita sebenarnya nak habiskan stok ikan saba dalam peti sejuk. Waktu beli ikan ni murah sangat iaitu 50 yen seekor. Besar plak tu lepas siap bersihkan ikan ni simpan dalam peti sejuk bila nak masak je terfikir-fikir nak masak apa dengan ikan ni. Dalam rumah ita ni menu ikan memang kurang sikit kecuali ikan-ikan yang macam di Malaysia tu bawal, kerapu , siakap cepat la habisnya.

Selalunya ita buat bakar je atau goreng tapi rasa dah jemu plak. Jadinya ita cuba cari menu untuk buat laksa. Nak buat laksa kelantan ita masa macam suntuk je nak buat laksanya tu jadi jumpa resepi laksa siam ni. Bila tengok bahan-bahan semua ada dirumah dan mudah nak buat. lagipun sebelum pergi lab suami ita dah request nak makan mee atau laksa untu menu dinner. Itu yang ita terfikir nak guna ikan yang ada tu.


Bila masak kuah laksa ni memang macam masak kuah laksa kelantan atau nama lainnya laksam. Hanya untuk laksanya dalam resepi ni kata guna bihun. Ita pun tak pernah makan kat siam macam mana laksanya...kena tanya mek ijah aka ika bangkok betul ke laksa siam gini.. hihihi Untuk laksa ni ia menggunakan bihun mungkin disitu kelainannhya...:) Bagi tekak kami suami isteri sedap laksa ni dan ita buat untuk sekali makan je masih berbaki ikan saba dalam peti sejuk tu macam kena cari menu laksa lain plak lepas ni.

Okla jom kita lihat resepi laksa siam yang ita jumpa di Mesra.net dan resepi asal dari Masakan tradisional utara 1991. Ita kongsikan disini pula.



Laksa Siam

Bahan-Bahan:
600 gm bihun kasar
600 gm ikan kembung
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm belacan
2.5 cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
8 sudu besar minyak
3 helai daun limau purut
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk hiasan:
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
1 biji nanas
3 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan


Cara:

  1. Celur bihun hingga masak, tos dan ketepikan.
  2. Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus dan tiada tulang.
  3. Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai berasingan dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan. Kacau hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-lahan.
  5. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun limau purut, lengkuas dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula.
  6. Mayang bawang besar, hiris cili merah, nanas, timun dan bunga kantan untuk hiasan. Petik daun pudina sehelai-sehelai. Apabila menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur dan taburkan Bahan-bahan Hiasan di atas bihun.
  7. Tuangkan kuah. Jika suka tambahkan otak udang.

29 June 2011

Kuih Lompat Tikam



Salam semua. Moga hari ini membawa keceriaan buat kita semua. Dah hampir penghujung bulan June dah hari ni dan nak masuk 1/2 tahun yang kedua. Cepat je masa berlalu dan terkadang tak terasa ia perlahan-lahan meninggalkan kita.

Kuih lompat tikam kuih yang ita buat semalam. Sebenarnya lama dah nak makan kuih lompat tikam ni tambah bila nampak kat rumah kak pi ada lompat tikam terus rasa nak buat.Ita memang tak pernah makan kuih lompat tikam ni tapi tahula dari segi bahan-bahan tengok macam tepung pelita sikit tapi lompat tikam ada kuah gula melaka. Tujuan dimakan bersama gula melaka tu adalah kerana kuih tersebut tawar tiada gula yang diletakkan sewaktu memasaknya tapi bila dimakan bersama gula melaka baru la terasa manisnya.



Kalau di Perak bila bulan puasa kuih yang mendapat sambutan yang hangat iaitu kuih limas atau tepung pelita atau kuih sampan. Ita pun suka kalau bulan puasa makan kuih limas ni. kalau orang jual kena letak gula banyak dibawahnya sebelum letak lapisan bawah tersebut. kalau tak ada la pakcik-pakcik yang komplen pada penjual tersebut..:) Tapi bagi lompat tikam ia adalah salah satu kuih tradisi bagi kawasan pantai timur iaitu kelantan dan terengganu. Kena pastikan gula melaka tu manis baru la kena dengan rasa kuih tersebut.

Ok la jom kita lihat resepi lompat tikam ni yang ita ambil di dapur kak pi dan resepi asal adalah resepi kak Fida myresepi. Terima kasih ye ita share disini pula.


Lompat Tikam

Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

  • *Lapisan bawah :-
  • 62 g tepung beras ( 8 sb )
  • 660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
  • 62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk air kapur
  • *Lapisan atas :-
  • 25 g tepung beras ( 3 sb )
  • 600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
  • 1/2 sk garam
  • *Air gula :-
  • 250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
  • 500 ml air ( 2 cwn )
  • 1 helai daun pandan - di simpul



Cara-cara
  1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
  2. Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
  4. Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
  5. *Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.


28 June 2011



Salam semua. Terima kasih bagi yang sudi jenguk dan singgah di blog ita ni. Bagi ita blog ita adalah terapi yang terbaik buat masa ini untuk Ita sebab dengan nya blog ini ita curahkan apa yang ita ingin pertingkatkan kemahiran dalam diri ita, kemahiran memasak, kemahiran mengambil gambar, kemahiran menulis walaupun terkadang ayat macam lawak je bila baca balik.. tapi ia mengajar ita kreatif untuk melakukan sesuatu tambah bila masak, mengambil gambar Ita ingin menyampaikan sesuatu itu dalam keadaan terbaik bagi kemampuan ita. Ita amat gembira dengan apa yang ita lakukan setelah seharian dirumah melayan anak-anak dan duduk saja dirumah bila pandang je blog ita ni dan kawan-kawan yang datang rasa happy tak terasa kosong tanpa aktiviti.

Terkadang ia juga mengajar ita untuk lebih bijak menguruskan masa agar tidak lengah sebab bukan senang nak ada komitmen dengan blog ni dengan nak masukkan entry dan melawat hasil kerja kawan-kawan blog yang lain. Seperti yang ita bagitahu sebelum ini melawat blog kawan-kawan dengan membalas setiap komen diblog mereka adalah tanda terima kasih kerana sama-sama berkongsi kegembiraan dan kesukaan yang sama...:)Walaupun kadang ada juga suara-suara yang kurang sedap didengari namun blog ini adalah terapi buat ita jadi ita biarkan saja suara-suara yang kurang sedap didengar tu..:)



Nasi kebuli adalah menu berbuka puasa semalam. Seperti yang pernah ita katakan sebelum ni ita memang suka masak nasi berperisa ni. Seisi keluarga memang mengemarinya. nak masak pun mudah.. ita buat sikit je untuk makan sekali je waktu berbuka. Sedap nasi ini. Suami ita pun kata sedap. .. Alhamdulillah suka bila masakan yang dimasak disukai oleh suami dan anak-anak.

Untuk gandingan dengan nasi kebuli ita gandingkan dengan ayam goreng tandoori, dalca daging dan acar mentah. Okla jom kita lihat resepi nasi kebuli yang ita ambil dirumah kak ummi dan resepi asal dari tulip.



NASI KEBULI

Untuk membuat mengikut bilangan isi rumah perlu la diubahsuai sendiri..

Bahan-bahan:-

  • 900 g beras -basuh dan toskan
  • 2 biji kelapa parut
  • 5 sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • minyak ghee utk menumis/ ita guna minyak canola

Untuk Hiasan:-

  • 2 biji telur (didadar) - ita tak buat pun
  • kismis
  • bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan giling:

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • setengah labu bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit halia- yang ini ita tambah sendiri

Cara Memasak :

  1. Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
  2. Panaskan minyak ghee,masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau.
  3. Masukkan santan & garam tunggu mendidih.
  4. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.
  5. Taburkan telur dadar, kismis & bawang goreng diatasnya bila menghidang.




AYAM TANDOORI GORENG

Resepi asal :Chef hanieliza

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

27 June 2011

Marble Chocolate Banana Cake


Salam semua. Hujung minggu yang meletihkan baru-baru ni. Dengan cuaca panas badan seakan cepat letih. Ita ada aktiviti untuk dua hari ini. Agak pack juga setiap hari balik agak lambat bila dah balik lambat dan badan terasa letih terus je nak tidur je rasanya. Rasa panas yang mencengkam tidak dapat menggambarkan bagaimana kami hendak menghadapi bulan Ramadan nanti.. Moga kami sekeluarga terus kuat untuk menjalani rukun Islam ke 3 itu.

Bila panas-panas ni nak makan pun tak berapa selera. Tapi ita mood nak mencuba resepi dan masak-masak tak pernah luntur. Jadinya sekarang amount yang dimasak dikurangkan sedikit. Takut membazir pula. Tadi dah habis buat kerja rumah ita mula memasak didapur. Nampak pisang diatas meja dah ranum sangat. Takut nanti bagi cik tong makan plak. Sayang je.. jadinya ita cuba fikir apa nak buat dengan pisang tu. Teringat kek pisang marble coklat yang ita nampak dirumah kak Azlita tempohari. Jadinya ita cuba buat.Ita buat 1/2 adunan je seperti dicadangkan oleh kak Ita sebab untuk resepi ini adunannya agak banyak. Untuk family kecil dicadangkan untuk buat 1/2 adunan je.



Bagi pengalaman ita yang dah buat kek ini jika ingin mendapatkan kek yang agak tinggi boleh la gunakan loyang yang agak kecil dari 6 inci. Ita guna loyang bulan 6 inci dan dapat rendah sikit keknya seperti dalam gambar tu. Kek ini lembut dan mudah dibuat tak perlu banyak karenah..:)

Okla jom kita lihat resepi bagi kek ini yang resepi ini ita lihat dirumah kak Azlita dan ita ambil dirumah Nieza dan resepi asal dari chef zubaidah dan olahan dari kak wattie. Terima kasih semua.




Resepi : Chef Zubaidah & Kak Wattie



Bahan-bahan:
250g tepung naik sendiri - ita guna tepung gandum
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis -
50 g susu cair / air -
90 g minyak
1 sb choc emulco
250gm pisang emas dilecek (lebih kurang 5 biji)



Cara-cara:
1) Pukul semua bahan kecuali minyak dan pisang lenyek hingga gebu dan pekat.
2) Masukkan pisang dan gaul perlahan. Last masuk minyak. Gaul guna spatula/whisker.
3) Ambil 1/2 adunan dan campurkan dengan coklat emulco.
4) Untuk Dapat marble yang cantik letak 2 senduk kecil adunan pitih ditengah-tengah kemudian letakkan 1 1/2 senduk kecil adunan coklat . Buat hingga habis. ( ini cara ita ye)
5) Guna acuan 10 x 10inc - 175 c - 25 min @ hingga masak


26 June 2011

Spaghetti Olio




Salam semua. Sekarang ni di jepun dah mula panas jadinya makanan yang dimasak cepat basi kalau masak ita selalunya akan simpan dalam peti sejuk atau masak bila nak makan je. Bukan apa bila panas-panas ni makanan jadi cepat tak sedap rugi je penat-penat masak tetiba rasa dah lain. Dulu style ita masak waktu malam untuk bentou suami tapi sekarang dah kena tukar jadual masak, waktu nak makan atau masak kena simpan dalam peti sejuk.

Menu ni adalah menu hari Khamis waktu anak-anak ita selsema. Kanak-kanak bila selsema memang tak lalu sangat nak makan. Jadinya ita kena buat menu kegemaran anak-anak la. Anak-anak ita kalau spaghetti memang tak tolak tambah kalau ada sosej. Jadinya untuk menu ni ita tambah sosej untuk anak-anak ita makan. Ita juga tak tabur lada hitam untuk pinggan anak-anak ita takut pedas.. Untuk ita dan suami je. Sedap dan mudah resepi ni.. Kalau sekali buat mesti nak buat selalu.

Resepi ini dari blog blogger masak-masak yang terkenal iaitu Mat gebu@DTS. Ita kongsi disini ye Mat. Terima kasih.




Spaghetti Olio

Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan

80 gram spaghetti yang belum direbus
3 batang jejari ketam, potong dadu
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang haus
3 biji cili padi, buang biji dan cincang halus
6 tangkai sweet peas, kerat 2 setiap satu
5 biji green olive
5 biji black olive
15 biji jeruk capers- ita tak de..
Serbuk lada hitam secukupnya
Sedikit Italian seasoning
Minyak zaitun untuk menumis



cara -cara

  1. Rebus pasta dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada paket (mat suka lembut sikit). Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih dan cili padi hingga harum dan bawang layu. Masukkan buah zaitun hijau/hitam dan jeruk capers, kacau rata. Tambah jejari ketam. Kacau.
  3. Masukkan sweet peas dan juga pasta, gaul rata, tambah 1/4 cawan air rebusan pasta tadi, masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit garam. Bila ok, boleh matikan api. Tabur serbuk lada hitam dan Italian seasoning sebelum dihidangkan....


25 June 2011

Macaron




Salam semua.Malam semalam tetiba je Fathnin selsema. Sebelum tu Fateh dan suami ita. Jadinya semalam malam berjaga-jaga dengan suhu anak-anak takut demam. Alhamdulillah panas sikit je tak sampai pun 38 darjah celsius. Ita just lap-lap badan dan pastikan fathnin tak demam. Fateh ok je nasib tak panas hanya selsema je. Jadinya hari ni fathnin minta cuti dari "home school" dari cikgu Juwita..:) sebab selsema.

Alhamdulilah badan dah tak panas. Ita pun taknak paksa dia sebab dia tak sihat. Ita mengajar kat rumah pun selalunya happy-happy je supaya tak la tahun depan bila dia masuk darjah satu huruf A pun tak kenal.. jadinya tak nak bagi pressure sangat tapi ikut juga silibus darjah satu diMalaysia.



Disebabkan hari ni cuti dari mengajar jadi ada banyak sikit masa mencuba resepi yang mencabar. ita cuba buat macaron hari ni. Takut sebenarnya nak buat bila ramai yang kata nak buat macaron ni susah dan sebagainya. Tapi dalam hati geram je bila semua macaron yang kawan-kawan buat cantik dan menjadi.. ita kena sahut cabaran tu. yosh....:) barang sebenarnya lama dah beli dah dan tunggu hari yang betul2 sesuai nak buat kata kena hari panas dan sebagainya. Jadinya 2-3 hari ini panas pula, lagi pun hari ni cuti mengajar jadi ada banyak masa...:).


Ita nak ucapkan terima kasih pada kawan ita saliza di FB sebab selalu nampak macaron dia jadi cantik je. Dia ada bagi buku panduan online jadinya ita baca sikit before buat selain itu ita juga nak ucapkan terima kasih pada kak Azlita sebab buat entry step by step tu ia amat membantu ita, rasa happy sangat sebab dapat kawan-kawan yang share ilmu yang ada moga ilmu kita ini akan diberkati oleh Allah.. InsyaAllah.



Pengalaman buat macaron ini sebenarnya memang mendebarkan tambah bila tengok waktu bakar tu keluar ke tak kaki dia. Tapi bila tengok kaki nya keluar rasa happy sangat. Hanya satu ita susah nak dapat saiz yang sama dan bulat cantik ... asyik senget je...hihihii.. walaupun dah buat macam tips kak Ita tu kata lukis dengan duit 20 sen kat parchment paper tu, takpe la practise make perfect kan.. nanti bila selalu buat jadi cantik la.. betul tak..

okla jom kita tengok resepi yang marbeles ini dan banyak resepi sebenarnya tapi ita ikut yang ini tambahan ita beli almond powder tu memang 80g je.. jadinya cukup-cukup untuk resepi ni. Izinkan ita share disini ye kak...Terima kasih



Macaron
Resepi asal : Rima
Sumber : Masam manis

Bahan-bahan.
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna




cara- cara (Kak Azlita)

  1. Sediaka dulang pembakar. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan keretas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
  2. Ayak serbuk almond dan gula icing, ketepikan. (Mula ita ayak tapi macam pengayak ita tu tak bagus plak.. so ita campur dua2 bahan tu tapi pastikan takde yang berketul dengan gaul rata2 jangan berketul-ketul)
  3. Masukkan gula kastor dan telur dalam satu bekas. Ambil sebuah lagi bekas yg besar sedikit dan letakkan air panas. Masukkan bekas gula dan telur kedalam bekas air panas. kacau perlahan sahaja hingga gula larut dan suhu larutan gula dan telur mencapai 50 - 55C. ( ini ita tak buat sebab ita dah rendam telur ita dalam air yang panas suam sebelum pecah lagi)
  4. Keluarkan dari bekas air panas pukul adunan telur dan gula ini dgn kelajuan maksima hingga menjadi pekat dan bertanduk.
  5. Masukkan sedikit2 gula ising dan almond yg telah diayak tadi kedalam 4. Kacau rata menggunakan spatula aje. Ingat ye! adunan ni lebih pekat dari adunan kita buat kek.
  6. ita bahagikan aduna kepada 2 bahagian. Letak pewarna dan ratakan.

  7. Masukkan adunan dlm beg plastik atau piping bag, kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. siapkan sampai habis.
  8. Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint.
  9. panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven-ita ikut kak ita tp ita bakar 20 minit.
  10. Bakar selama 15 - 20 minit.
  11. setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. kemudian bolehlah buat ganache pulak!
Nota: Tulisan merah itu ita yang buat jadi untuk peringatan ita dimasa depan...

24 June 2011

Kuih Bakar Durian



Salam semua. Dua hari ini di Yokohama sangat la panasnya. Sekarang kira dah awal musim panas disini jadinya rasa membahang je. Pasang kipas pun kadang tak terasa. Suami ita dan fateh pun tak berapa sihat semalam disebabkan cuaca panas yang mendadak ni.

Semalam ita sempat mencuba resepi kuih bakar durian. Ini adalah durian lebih yang ita frozenkan lebihan ulas dari yang ita beli hari sabtu tempohari. Disini ita nak mohon maaf sangat terutama kawan-kawan yang ada jepun entry jelly kelapa tu buat ramai yang terliur maaf ye ita tak dapat nak belikan dan pos sebab "thailand fair" tu bukan selalu ada hanya minggu tu je.. Disebabkan buah cepat je busuknya jadi pihak costco jual murah.. Maaf ye..tak dapat tolong .. rasa bersalah plak..:(



Untuk resepi kuih bakar durian ni ita buat 1/4 je dari resepi asal. Resepi ni kalau tengok memang banyak mungkin boleh buat untuk orang makan kenduri kot. Bagi keluarga kecil tambahan anak-anak kecil macam ita ni yang tak minat makan durian baik la buat 1/4 je dari adunan tu. Ita siap boleh bagi kawan lagi sebab banyak juga dapatnya.

Okla resepi ni ita ambil dirumah noorsha yang cantik gambar-gambarnya tu..:) resepi asal dari kak fida myresepi ye.. thanks noorsha dan kak fida..



Kuih Bakar Durian

Sumber Resipi : Kak Fida, Myresipi


Bahan²(loyang 11 x 11 inci)
250 gm isi durian-
1700ml santan (600 ml santan kotak + 1100 air)
600 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
6 biji telur
1 sk garam
2 sk pewarna kuning lemon + 1/2 sk pewarna hijau- ita letak kuning je



Cara²
1. Satukan kesemua bahan² ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tuang adunan ke dalam pengisar dan kisar semua hingga halus. Tuang semua adunan yang dikisar kedalam mangkuk dan kacau hinggga rata sampai sebati.
2. Panaskan oven 180 C
3. Tuang adunan ke dalam loyang @ acuan bahulu dan bakar selama 45 minit @ hingga masak,. Boleh tabur dengan bijan putih jika suka.

23 June 2011

Jelly kelapa



Salam semua. Hari ini ita sempat ke Costco Kanazawa Seaside di Yokohama ni mana taknya misi mencari buah-buahan tempatan yang diimport dari Thailand.Costco ni supermarket borong yang barang-barangnya banyak dijual dari luar Jepun kebanyakkannya US dan yang paling suka disebabkan dari luar senang nak baca ingredient yang ditulis dalam english.

Ceritanya ita memang dah ke Costco Kawasaki hari sabtu baru-baru ni waktu nak beli barang-barang untuk majis gathering muslim society di universiti hubby ita, waktu tu memang nampak dibahagian buan-buahan tu ada "Thailand Fair" jadinya pergi la tengok-tengok apa yang ada. Tetiba nampak durian, suami ita yang memang suka durian ni kata jom beli durian waktu tu harganya 2080 yen. Jadinya ambil sebiji. Bukan buah durian je ada tapi ada buah-buahan lain seperti manggis, kelapa muda, mangga macam harum manis tu, mangga mexican dan laici. Mula nak beli juga buah-buah lain tapi sebab rasa harganya bukan la murah sangat biasa je tak le sampai terliur nak makan jadinya ita tak beli buah-buah lain.



Kelmarin kak hani tunjuk kat FB yang buah-buahan di Costco yang ita nampak tu dah turun harga, durian jadi 498 yen je sebiji.. alamak murah tu..ita rasa diorang nak habiskan stok.. Hubby ita kata jom la beli.. ita gi la semalam tapinya memang rezeki tak de sebab murah buah tu cepat la habisnya. Tapi buah lain macam mangga, laici, kelapa muda, manggis ni masih ada.. jadinya dapat la beli dan buahnya memang manis dan tak rugi membeli.

Ita memang dah tergerak dah kalau beli buah kelapa muda ni nak buat jelly kelapa. alhamdulillah dapat makan jelly kelapa ni yang memang dah lama dok kecur air liur tengok kak nor secubit garam selalu buat tu... Dulu masa diMelaka selalu pergi beli di pasar malam yang ada seorang penjual jelly kelapa ni siap nyanyi lagi jual jelly kelapa ni..:)




Okla jom kita lihat resepi yang best ini dari kak nor. Hari ini hari panas sangat dan amat sesuai sangat makan jelly kelapa ni. Nyaman je tekak dan terasa kenikmatannya. Ita hanya buat 1/2 adunan je dari resepi ni sebab kelapanya ada 2 biji je...


Jelly Kelapa


Sumber :kak nor@secubit garam


1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan



Cara-cara.
1.Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2.Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
3.Padamkan api.
4.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
5.Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

22 June 2011

Kek Chiffon Pelangi




Salam semua. Semalam dalam tengahari lepas ajar anak-anak ada masa free sekejap. Sebenarnya tak plan nak mencuba resepi yang baru semalam sebab saja nak rehat-rehatkan diri setelah penat menguruskan urusan rumah tangga. Tapi rasa kosong plak sebab tak tahu buat apa. Jadinya cakap pada Fathnin jom kita buat kek. Fathnin bab tolong buat kek ni memang dia suka.

Mulanya terfikir-fikir kek apa nak cuba ni sebab ada dalam list yang nak dicuba tu beberapa kek yang ita belum pernah buat. Akhirnya ambil keputusan nak cuba chiffon kek. Sebenarnya ita takut nak cuba chiffon kek ni sebab pernah buat sekali dulu dan hasilnya bantat.. :( jadinya bila nak cuba lagi jadi takut je tambah kek chiffon ni memerlukan penggunaan telur yang banyak. Tapi bila fikir balik bila lagi ita nak sahut cabaran tu semula, practice make perfect right.. jadinya ita sahut cabaran tu semalam. Ita buat pun 1/2 adunan je.. tak nak makan kek banyak-banyak takut mok mok....:) ini pun bagi separuh kat kawan sebab nak pulangkan bekas dia.

Alhamdulillah sedap sungguh kek ni. Lembut gebu dan ringan. Lepas masak waktu angkat loyang tu rasa ringan je. Suka.. walaupun kejadian pelanginya tak la secantik kek kak azlita tu.. cantik sungguh..:) Tapi bagi Ita yang amatur dalam bab masak memasak ni rasa dah jadi pun rasa syukur... Lega hati.. Ok jom kita tengok resepi kek ini yang ita ambil diblog kak ita dan telah dialih bahasakan oleh kak ummi sebab sebelum ni kek ini resepinya ditulis dalam bahasa inggeris..:)

Untuk resepi ini ita guna loyang bulat saiz 6 inci dapat tinggi kek dalam gambar tu...:)



Kek Chiffon Pelangi

Di terjemahkan oleh : Kak Ummi
sumber : Masam manis

Bahan (adunan kuning telor) :-


  • 50 gm. gula kastor
  • 20 gm susu tepung
  • 20 gm tepung jagung
  • 140 gm tepung
  • 1 sk. baking powder
  • 100 ml minyak sayur/minyak jagung
  • 100 ml santan (akak guna santan kotak)
  • 140 gm kuning telor (anggaran 8 biji)
Bahan (adunan putih telor):-
  • 300 gm putih telor (anggaran 9 biji)
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sk. garam
  • 1 sk. cream of tartar (optional)
Pes Warna Pelangi:- (*akak buat 3 warna sahaja - merah, stawberi n plain)
  • 1/2 sk. pes pandan
  • 1/2 sk. pes strawberi
  • 1/2 sk. pes coklat
  • 1/2 sk. esen vanila



Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven dahulu pada suhu 180C. Sediakan loyang chiffon 22/24 cm (loose pan). Tak perlu dilenser dan dialas.
  2. Whisk gula dan kuning telor hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan gula, tepung, susu tepung, tepung jagung dan baking powder yang telah diayak 3 kali.
  4. Ruangkan ditengahnya dan tuang campuran kuning telor dan gula tadi, santan serta minyak. Kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk hingga sebati dan mendapat adunan yang lembut. Ketepikan.
  5. Kemudian dalam mangkuk lain, pukul putih telor hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula 3 peringkat dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak/diterbalikkan adunan tidak jatuh). Note: Jika ikut Rima, dia membahagikan dulu kesemua adunan putih telor dan adunan kuning telor kepada beberapa bahagian mengikut warna yg akan digunakan sebelum dicampurkan dengan warna2 tersebut.
  6. Kemudian masukkan juga esen vanila kepada aduann plain, kacau sebati jugak.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang seli dan bakar selama 45 minit atau hingga kek nampak "spongy" jika ditekan sikit.
  8. Setelah masak, terus terbalikkan kek dan biarkan hingga betul-betul sejuk baru digunakan pisau dan lalukan di tepi dan dasar loyang agar kek tertanggal. Potong dan hidangkan.




Semasa ambil gambar ni ada yang komplen mama ni asyik ambil gambar kek je.. Ambil la gambar Fathnin juga dengan kek tu..:) jadi layankan si anak dara ni..:)

21 June 2011




Salam semua. Semalam ita dah share resepi Nasi Arab yang sedap dan memang dicadangkan untuk dicuba bagi yang belum mencubanya. Nasi Arab tersebut Ita padankan dengan Ayam Panggang Lada hitam dan resepi ini amat mudah dan menyelerakan. Suami ita memang suka ayam yang dipanggang sebegini jadinya ita cuba mencari pelbagai resepi ayam panggang untuk dicuba. Lagipun senang nak makan anak-anak pun menggemarinya.

Resepi ini ita ambil dari dapur kak hana. Ia amat mudah dan menyelerakan. Ita kongsikan disini ye kak..



Ayam Panggang Lada Hitam


Bahan-bahan

* 1/2 ekor ayam size kecil
* *1/2 labu bawang putih- parut
* *2 inci halia - parut
* 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
* 2 sudu besar kicap manis/pekat
* 1 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar madu
* garam sedikit
* minyak zaitun

Cara-cara

* Gaul ayam dgn halia,bwg putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
* Panaskan oven. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (boleh tukar butter) dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20min jirus2kan air ayam yg keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering.



Untuk sayur bagi dipadankan dengan ayam panggang lada hitam ini ita padankan dengan taugeh celur. Resepi yang simple tapi memang menyelerakan. Resepi dari Che iza my resepi.


Taugeh Celur


Bahan-bahan
  • 150 gm taugeh
  • * 2 sb air panas
  • * 1/2 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 1/2 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
  • sedikit lada sulah
  • secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)
  • seranting daun kesum- ita tambah
Cara-cara
  1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
  2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
  3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
  4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.


Salam semua. Semalam tengah fikir-fikir kuih apa nak buat untuk berbuka terpandang roti yang nak expired hari ini. Tengok fateh dan fathnin pun tak nak makan roti tu daripada terbiar begitu sahaja ita kena buat sesuatu dengan roti tu. Dalam fikiran ni nak buatkan puding roti je sebab itu yang selalu cepat habis kalau dimasak. Seisi rumah ita amat mengemari puding. Nak buat puding tembikai baru je kelmarin buat untuk bagi rasa kawan-kawan kat sini jadinya ita buat puding roti marble. Tapi kali ini ita inovasikan kepada puding roti marble coklat blueberry. Terkadang bagus juga kita mencuba resepi-resepi baru ni baru la terserlah kreativiti dalam pengolah resepi supaya ia menjadi dan menghasikan sesuatu yang baru.

Untuk resepi ini ita menggunakan resepi kak hana sebagai asasnya dan ita ubah sedikit untuk kesesuaian dengan resepi ini. Bolehkan kak hana.. moga semakin berkembangnya resepi yang kita kongsikan semakin bermanfaat ilmu itu..:)Ita hanya adjust susu dengan mengantikan susu soya dan gula dalam kandungan resepi ini disebabkan susu soya yang ita gunakan manis dan jem blueberry juga manis. Bagi yang nak tukar dari blueberry kepada sesuatu yang lain pun boleh sama ada strawberry, oren dan perisa lain-lain terpulang kepada kreativiti masing-masing...:)

Puding Roti Marble Coklat Blueberry

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 180ml susu soya
  • 8gram serbuk agar2
  • 3 sudu gula - mengikut kemanisan masing-masing
  • 2 sudu besar butter/marjerin
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
  • 2 sudu besar jem blueberry

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu soya dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Satu lagi jem blueberry. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2 begitu juga dengan jem blueberry.
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan bluberry, adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis, ketika memarblekan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.


;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG