19 August 2011

Ikan Bakar Sumbat Kelapa



Salam semua. Ramadan semakin hampir berganjak ke penghujungnya. Semakin hari semakin sibuk kita dengan persiapan semakin kita diuji dengan berkurangnya melakukan amalan yang perlu direbut dibulan yang mulia ini. Moga sentiasa teguh hati-hati ini mengaut semua pahala yang dijanjikan NYA.

Akhir-akhir ini banyak jemputan berbuka yang perlu dihadiri. Hampir setiap hari. Kelmarin ita mengajak kawan-kawan berhampiran rumah berbuka bersama-sama dirumah.Semalam ada majlis di Universiti suami belajar dan hari ini ada jemputan dirumah kawan disini. Esok juga jemputan telah menanti untuk diberi jawapan. Alhamdulillah meriah sungguh Ramadhan kali ini. Jadinya beberapa hari tak pegang kamera..:)masa nak mengupdate pun berkurangan disebabkan balik dari berbuka dirumah kawan kepenatan jadinya tak sempat nak masukkan entry. Moga diberi sedikit masa yang boleh dicuri untuk dimasukkan entry disini.

Okla ikan bakar sumbat sambal kelapa ini adalah menu yang ita bawa ke rumah kawan minggu lepas untuk berbuka bersama. Alhamdulillah ramai yang suka dengan resepi ini. Ita pun suka jika dibandingkan dengan ikan bakar sumbat sambal, resepi ini bagi yang gemar kelapa mungkin lebih mengemarinya. Ita tambah santan sedikit disebabkan ita guna kelapa kering. Kaedah masih sama ita bakar diatas kuali grill je dan ditutup dengan aluminium dan kali ini baunya lebih terasa disebabkan dibalut dengan daun kunyit pemberian mak yang baru tiba minggu lepas...

Oklah resepi ini dari dapur tanpa sempadan siapa yang tak kenal dengan cik mat gebu kita tu.. Resepinya tak terkejar macam-macam. Menjadi je masakannya...:) Terima kasih ye ita kongsikan disini pula..:)



Ikan Bakar Sumbat Kelapa

Bahan-bahannya
3 ekor ikan kembong hijau (jenis besar)

Bahan dikisar halus:-
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 biji buah keras- ita tak letak
1 cm halia
1 cm belacan- ita gantikan dengan ikan bilis segenggam
1 camca teh ketumbar biji
1.5 cm kunyit hidup

Bahan lain:-
1/2 cawan kelapa parut putih- ita masukkan sedikit santan sebab guna kelapa kering
1/2 camca teh jus pekat asam jawa
1 camca teh gula
1/4 camca teh garam
2 camca besar cili kisar
1 helai daun kunyit, dimayang halus

Cara membuatnya:-
1- Potong muncung ikan, tarik keluar insang dan isi perut ikan, berhati2 jgn perutnya terbelah. Kemudian belah belakang ikan perlahan2 hingga menjadi seakan2 poket. Cuci bersih, toskan dan lumur dgn sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.

2-Satukan bahan2 kisar dan bahan2 lain dan gaul hingga semua sebati dan mesra. Sumbat bahan2 tadi ke dalam ikan sehingga habis. Ikat dgn tali di tiga bahagian badan ikan (gunakan tali jenis cotton dan redam dalam air terlebih dahulu) seperti dalam gambar diatas. ( ita tak buat guna benang ni.. ita balut dengan dun kunyit je)

3- Bakar dalam oven pada suhu 190C, selama 20 minit. Lepas 10 minit terbalikkan ikan dan bakar lagi 10 minit. Buang tali pengikat sebelum dihidangkan.(ita guna kuali grill dan tutup atasnya dengan aluminium foil sehingga masak, terbalik-terbalikkan ikan tersebut.)

12 comments:

  1. rajinnyer akak buat ikan bakar sumbat....nak pinjam angin rajin akak kejap ngeee....nak buat tapi kelapa parut dah habes uwaaaaaaa stress guna but kueh berbuka byk sgt ...hentak kaki

    ReplyDelete
  2. Salam mak hai ada ikan bakar tu...mmg terliur di buatnya....
    thn ni puasa belum lagi membakar ikan ingat cuti ni nak bakar membakar..last year punya puasa mmg selalu membakar sbb time tu mabuk megidam hehheh
    sdpnya ada budu

    ReplyDelete
  3. Salam...opppppssss....boleh guna kelapa kering yaaaa....tambah santan kena rendam dulu tak kak atau gaul je then terus boleh guna..saya sukeee sgt benda2 instant cenggini...senang kerja....

    ReplyDelete
  4. Salam kak ita,bestttnyerrrrrr!!! kita ni dah nak akhir ramdhan asyik buka kat rumah jerr :D betul kak, semakin sampai penghujung ramadhan asyik bz buat kukis, dr tahun lepas tak dpt khatam quran bulan pose tahun ni pun sama jugak, urusan dunia tak pernah abis.
    Ikan tu sedapnyer kak! kalau jumpa ikan besar2 boleh buat agak2 kalau guna ikan tongkol boleh tak? wakakaka sajer carik pasal hihihi... ikan kembung jarang jumpa yg besor2 :D

    ReplyDelete
  5. sedap ni ita.. akak mmg suka ikan jenis bersumbat gini.. tp tu ler.. kalau blk kerja tu mmg tak sempat nak buat yg renyah2 gini.. dok masak sempoi manjang.. hehe..

    ReplyDelete
  6. salam dek ita... sedpnya ikan kena bungkuih dgn daun kunyit... wangiiii...jauh daun mai noohhh...

    ReplyDelete
  7. mas suka ikan bakar sumbat kelapa..
    sedappnya tengokk....

    ReplyDelete
  8. ikan sumbat-sumbat ni yang kak Amie suka, sumbatlah apa saja, kelapa ke, sambal belacan ke, semua boleh masuk perut... he hehehh

    ReplyDelete
  9. bestnya kak...yum yum...akak masak apa pun mesti sedap sgt2

    ReplyDelete
  10. uwaaaa mmng menyelerakan tngk ikan bakar ni....akak suka menu yg ringkas tapi amat2 menyelerakan ni...leh cuba resepi ni..tq..

    ReplyDelete
  11. tengok air asamnya tu yg tak tahan tu...aduh...

    ReplyDelete
  12. tengok ikan bakar sumbat tu mmg terliur d buatnya tau ita.... sedapnya tu...

    ReplyDelete