19 August 2011

Blueberry Crumble Pie



Salam semua. Selesai sudah puasa hari ini. Moga diberikan kekuatan untuk meneruskan puasa untuk hari-hari terakhir Ramadhan. Hari ini dijepun terasa beberapa kali gegaran. Terkadang cemas juga namun bila ianya berakhir dan semakin perlahan hati yang bergoncang reda semula. Alhamdulillah moga dijauhkan segala musibah.Amin..

Sejak ita buat Farmbrozen Kenari (FK) kelmarin terasa-rasa lagi kesedapannya. Jadi disebabkan masih ada blueberry yang berbaki baik ita gunakan sebelum ia kecut dan busuk. Resepi yang terfikir untuk dicuba iaitu 'Blueberry crumble pie'. Tempohari ada nampak dirumah Saba resepi ini.. lawa pie saba tempohari jadinya tertarik untuk mencuba. Tapi disebabkan sudah jatuh cinta dengan resepi 'crust' dari FK kelmarin menyebabkan ita menggunakan resepi crust dari FK.




Banyak juga resepi crust yang pernah dicuba resepi crust ini paling sesuai dengan tekak ita. Dan yang paling best ia mudah dipotong. Cukup ranggupnya dan sedap pula tu..:)Untuk "crumble"nya pula ita guna yang di Blog Saba tu tapi untuk butter tu ita adjust sikit untk mendapatkan crumble yang cantik...:)

Okla jom kita lihat resepi yang telah ita olah sana sini iaitu dari resepi Farmbrozen kenari (FK)dan juga blog Saba ( ShiawaseMrsBangpek) untuk menghasilkan pie yang enak ini. kebetulan ita bawa kerumah kawan untuk berbuka dan kawan-kawan pun mengemarinya. Alhamdulillah..:) InsyaAllah akan buat lagi dan lagi..:) Terima kasih Saba ye..;)



Blueberry Crumble Pie

Bahan-bahan ( untuk acuan 7 inci)

Lapisan Crust - base

150 gram tepung gandum
25 gram Gula kastor
90 gram mentega

cara-cara
  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih
  2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang
  4. Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu
  5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 160'c.
  6. Keluarkan doh setelah masak
  7. Bila sejuk sikit.
Tips : Doh agak melekat2 ditangan sewaktu menekan didalam acuan ita sapukan tangan dengan tepung untuk memudahkan untuk menekan didalam loyang.



Crumble

70 g tepung gandum
25 g gula
40 g mentega- yang sejuk dipotong kecil2


Cara-cara
  1. Gaulkan tepung dengan gula dengan rata
  2. keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit - sedikit kiub2 kecil dan gaul dengan tangan mentega dan adunan tepung tadi untuk menhasilkan crumble yang cantik. Jika tidak habis mentega itu pun tak pe .. Jangan uli seperti doh hanya gunakan hujung jari sahaja.

Inti

6 cawan blueberry
1 cawan gula
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu perahan lemon
sedikit lada

* Jika tiada buah blueberrry yang banyak boleh gantikan dengan blueberry jem dan taburkan dengan buah buleberry diatasnya.


Cara-cara:
  1. Didalam mangkuk yang besar masukkan semua bahan-bahan dan lenyekkan 20% dari blueberry tadi dan gaulkan sebati dengan tepung jagung hingga ia pekat. ketepikan.
Cara-cara membuat
  1. Ambil 'base' yang telah dimasak , masukkan inti yang telah digaul kemudian letakkan 'crumble' diatas inti tadi.
  2. Bakar 170 c selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

16 comments:

  1. Selamat pagi Ita,
    sahur apa pagi ini...

    kakak pun ada dengar berita tentang gegaran di Jepun, mudah-mudahan semuanya dalamkeadaan selamat...

    cantik & sedap tu BCP...yummmy!

    ReplyDelete
  2. pagi2 tgk BCP kt dapur ita...sungguh terliur sekali....adehh..sedapnyer

    ReplyDelete
  3. wahhh...rajinnya ita buat pai..
    nampak sangat sedappp la..

    ReplyDelete
  4. sedap aje akak nampak pai ni.. nanti akak pun nak try juga lah.. sbb suami akak suka makan pai tapi tunggu lepas raya lah kot.. sekarang ni mmg tak sempat... akak copy dulu resepi juwita ye..

    ReplyDelete
  5. Ita, Assallamualaikum..
    Rajin nya ita buat pie ni di bulan puasa.. Balik M'sia nanti cari rumah sebelah rumah akak eh.. Boleh past kat akak sikit menu cam ni..heheheh..

    ReplyDelete
  6. Salam kak ita!! aduhhhhhhhh sedapnyer kak dia punyer blueberry sauce tuu! pastu dgn blueberry fresh lagiiii sedapppppppppppppp!!!! besnyer kak!

    ReplyDelete
  7. jeles tgk blueberi yg bertaburan tu... pos ler kat sini sekotak 2..

    ReplyDelete
  8. hehehhe cantikkkk pie akak.....mcm nk suh akak pos kt kagawa plak hehe....kite x sempat nk snap2 yg dah dipotong..maka sos yg meleleh tuh xdpt laa nk tayang hehehe....kang terliur batal lak pose kite nnti hehehee

    ReplyDelete
  9. Uiks semua pakat tayang pie plak ni
    Ayu nk brpa mkn sgt so x excited nk buat
    Nnt buat Ayu je yg mkn rugi plak
    Nnt terjah raya umah akak boley la buat ekkk ☆〜(ゝ。∂)

    ReplyDelete
  10. aslmkum ita.. mmg teriur tgok pie ita ni.. dgn blubry fresh.. huuu

    ReplyDelete
  11. sedap ni ita...nk try la...saiz acuan tart please...

    ReplyDelete
  12. berair-air mulut tengok crumble ni...aduh...nak buat tapi belom terbuat lagi. FK tu nampak sedap betol...ramai dh yg cuba...semua kata sedap...aih...bila la nk buat ni...

    ReplyDelete
  13. nyum2 sedap dia sampai ke sini..hee..aa akak ni org bota ke?

    ReplyDelete
  14. akak....pos sikittt :)

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Ita,
    Alahai cantik nye pie dia... kalau crumble pie gini kite suka makan dengan vanilla cream or vanilla aiskrim.. yummy. hehe...
    Psst, bestnye seafood buffet yg akak pergi tu. kite memang minat seafood ni. seronok kalau dpt peluang makan gitu :)

    ReplyDelete
  16. salam kawan2.. thanksangat visit and komen tak dapat rasanya nak balas satu2.. ita hargainya ye... masa amat mencemburui sekarang ni..

    ada yang tanya soalan ita jawab ita buat guna acuan 22 inci untuk nipis macam ita tu buat 2/3 aduann je untuk base tu..:)

    ReplyDelete