Salam semua. Dah hampir seminggu cerita tentang perlawanan badminton yang ita sertai di Tokyo anjuran MSAJ dan ISS. Mana taknya tak sempat-sempat nak pilih gambar sebab banyak gambar yang diambil oleh Fathnin je. Jadinya gambar-gambar tu kena la pilih dan banyak yang tak terang. Alhamdulillah malam ni diberi kesempatan untuk memilih tambahan 2 kanak-kanak itu telah tidur dan mama diorang pun boleh la berblog sambil temankan suami tersayang study.
Alhamdulillah di Jepun ni ita berkongsi minat bersukan yang sama dengan suami iaitu badminton. Hampir tiap minggu kami akan main badminton disini dengan kawan-kawan kami disini. Seronok rasannya terkadang kalau rasa boring-boring tak tahu buat apa pun nak hilangkan tension study suami ita selalu ajak main badminton sebab senang sahaja sistem disini pergi sahaja sport center dan tempah court untuk 2 jam. jadi kalau kami main 2 orang ita kena bawa kelengkapan yan lengkap untuk pastikan anak-anak ita tak kacau waktu ita dan suami main badminton tu.
Ok berbalik pada cerita perlawanan badminton diTokyo. Ini adalah kali pertama diadakan diTokyo sebelum ini selalu perlawanan kami sertai dianjurkan oleh adik-adik dari Yamanashi. Pada kali ini ia digabungkan diantara Malaysia dan indonesia. Kategori yang dipertandingan ada 2 iaitu kategori pertama pasukan kumpulan lelaki dan kategori kedua iaitu bergu campuran. Disebabkan tiada pasukan kumpulan wanita, suami mengajak ita untuk mencuba nasib di kategori kedua iaitu bergu campuran.
Dari hari sebelum perlawanan lagi ita dah bersiap sedia untuk semua kelengkapan untuk pergi bermain badminton mana taknya rata-rata yang main adik-adik yang masih bujang takde nak bawa anak bagai.. ita ni kena bawa anak dan berbeg-beg diangkut untuk pastikan semua kelengkapan semasa berada disana lengkap. dari beg bentou, tilam, bantal sampai la bahan mainan dan laptop untuk pastikan fateh dan Fathnin tak boring sewaktu disana nanti. Tambahan waktu ita lawan bergu campuran tu anak ita tak de siapa yan jaga disebabkan fateh ni memang manja dengan ita jadinya dia kurang sikit nak pada orang lain.
Kami bertolak seawal jam 630 pagi ke Tokyo dengan menaiki 2 kereta iaitu kereta kami dan kereta abang puza. Sampai je disana mendaftar dan bila tengok jadual untuk acara yang ita masuk tu akan diadakan pada 230 petang. Jadinya suami ita akan main untuk acara kumpulan dulu. Lebih kurang pukul 2 petang ita cuba tidurkan fateh sebab senang ita nak main nanti kalau dia tidur. Alhamdulillah mudah je dia tidur pada waktu tu. jadi ita boleh main dengan tenang.
Untuk kategori bergu campuran ini terdapat 12 pasukan yang menyertai iaitu dari malaysia dan Indonesia. Jadinya dipecahkan kepada 4 kumpulan. Untuk peringkat awal ini sistem kalah mati diaplikasikan dan juara bagi setiap kumpulan akan ke separuh akhir dan ita bernasib baik sebab ita jadi juara kumpulan. Setelah itu setiap juara perlu untuk mencabut undi untuk ke peringkat seterusnya dan waktu ini ita kurang bernasib baik sebab cabut undi jumpa dengan pasukan Indonesia yang jadi juara untuk kategori ini dan pemain lelaki yang main untuk kategori ni memang pandai sangat main. Dengar khabarnya memang dalam golongan pemain profesional di Indonesia. jadinya ita tak layak ke peringkat akhir tapi tak terhenti disitu sahaja kerana ita perlu melalui satu lagi perlawanan untuk menentukan tempat ke 3 dan keempat. Alhamdulillah rezeki berpihak pada ita dan suami kami mendapat tempat ketiga. Untuk keputusan keseluruhan bagi kategori ini tempat pertama Indonesia, kedua juga indonesia dan tempat ketiga dari Malaysia. Agak bangga juga sebab ada juga wakil dari Malaysia walaupun tempat ke 3 dan kami dapat tempat tempat ke 3 dari 12 pasukan.
Sebelum balik sempat juga bergambar kenangan dengan hadiah yang diberi iaitu t-shirt yonex. Memang biasa perlawanan diJepun ni hadiah biasa-biasa je tapi yang penting pengalaman yang kami dapat dan keseronokan sewaktu bermain tak akan dapat dilupakan.
bestnya dikk .. ok lah uu perlawanan persahabatan lah nie :))
ReplyDeleteHehe..nilah cerita yg ditunggu2 ni. Tahniah ita, yg penting dpt main ngan suami tersyg kan, kp xde can sbb xde acara campuran mcm tu tp ttp die hard supporter bila masing2 main.
ReplyDeletePsst... Dah bli kereta ke? Tahniah2 :)))
bestnyaaa!!!! e-na n hubby pun minat badminton...kat sini evry tues mmg court utk international student...ada peluang e-na g juga main, kalau Damia tak penat la sbb balik skul dah kul 4...sian gak kat dia kalau g main selalu...congrate!! mesti power nih....
ReplyDeletebravooo k.ita semangat itew penting...bila la nk join aktiviti yg cihat gini hikhikhik...
ReplyDeletewsalam kak ida.. ye kak.. tapi ada la hadiah nya walaupun tak seberapa..
ReplyDeletekak pi.. hihihhi.. tu yang bestnya dapat main dengan fariz walaupun asyik kena marah je.. buat silap.. hahah
ReplyDeleteye kak bulan 2 hari tu beli kereta nya cadang nak bawa balik..
kak ena.. tak la biasa2 je suami yang bagus main saya biasa je hihiihi
ReplyDeleteayu.. leh la nanti datang yokoham lh main badminton hihihihi
ReplyDelete