Salam semua. Dua tiga hari ni tak dapat nak jenguk sangat blog ni. Komen pun banyak tak berbalas sebab agak busy bila hujung-hujung minggu. Entry 2 hari yang lepas pun memang autopublish je. Blogwalking rumah kawan pun buat bila ada masa dengan iphone so dapat juga tengok dan jenguk rumah kawan-kawan. Rasa happy sangat. Lepas ni ita free ita datang ye bagi kawan-kawan yang ita belum jenguk.
Hujung minggu baru-baru ni sebenarnya cuaca tak berapa baik. Hari sabtu hujan tapi kami keluar juga lepas zohor lebih kurang jalan ke supermarket je beli barang dapur. Bila malam cadang nak tengok blog tapi penat punya pasal tertido awal plak. Sebenarnya nak tidurkan anak-anak tapi mak diorang yang dulu tertidur.. hihihii
Hari ahad nampak cuaca macam tak hujan tapi mendung je. jadi pagi tu ajak papa bawakan anak-anak ke zoo. Disini ada beberapa zoo jadinya pergi zoo yang free je iaitu Nogeyama Zoo sebab zoo yang bayar berdekatan dengan rumah ni dah pernah pergi dulu. Dari awal pagi dah bersiap2. Lepas je breakfast terus keluar dan sampai je situ macam tak sure kat mana nak parking. Sebenarnya hubby ita dah cari dah area nak parking tapi tak sure yang mana bila set navi nampak yang paling dekat parking dikawasan library berhampiran dengan zoo tu. jadinya kami parking disitu la. parking disini sistemnya bertingkat. jadinya kami kena keluar dulu dari kereta dan baru hubby boleh parking. First time sebenarnya di jepun ni kami guna parking bertingkat macam ni. Dari situ kami berjalan kaki dalam 5 minit dan parking disitu dalam 400 yen bagi jam pertama dan 200 yen bagi 30 minit berikutnya.
Bila sampai je pintu masuk zoo ni rupa-rupanya baru nak buka zoo ni.. Waktu kami sampai didepan pintu zoo tu jam 930 pagi. Terus je masuk dan tengok binatang-binatang pun baru nak mandi..:P Dalam zoo ni tak banyak sangat binatangnya tapi ok la bagi nak kenal binatang bagi kanak-kanak.. lagi satu binatang seperti harimau, singa, zirafah selalunya tengok agak jauh jaraknya tapi ni dekat je.. dapat la menghayati ciptaan Allah ni secara dekat dan anak-anak pun dapat gambarkan secara dekat saiz binatang tersebut.
Yang best juga dizoo ni ada kawasan kanak-kanak boleh pegang arnab, ayam, anak ayam, tikus. Kawasan ini dibuat untuk bagi pengalaman dan kanak- kanak merasai pengalaman bermain dengan binatang-binatang ni. Happy sangat Fathnin dan Fateh walaupun agak geli juga nak pegang binatang-binatang ni. Mama diorang pun terasa gelinya...:) Tambah nak pegang tikus-tikus kecil tu.. Lepas je dah puas pegang-pegang binatang tu disediakan kawasan basuh tangan yang amat selesa. Dijepun ni kebersihan memang dititikberatkan.
Lepas keluar je dari kawasan pegang binatang tu kami ke kawasan penguin. Comel je nampak penguin-penguin ni berenang dan berjalan. pada waktu itu juga nasib kami agak baik ada buruk merak yang berkeliaran sambil menunjukkan bulunya yang cantik tu. Fateh memang suka sangat dengan burung merak sebab ada dalam permainan starfall burung merak ni jadinya bila nampak suka sangat dia. Dapat la snap beberapa gambar dengan burung merak ni..
Setelah puas didalam zoo ni kami pun keluar dan singgah sekejap makan ais krim ditaman berdekatan dengan zoo tersebut. Sempat juga mama amik gambar bunga ajisai ni cantikkan...
Aslsalam Ita
ReplyDeletekak ct ni pun sama gak. dua hari dok bz memanjang, maklumlah anak2 dah mula naik sekolah dari bercuti 2 minggu kat sini kan. menguruskan anak2 yang gunting rambut, gosok baju untuk seminggu. Jadi nak melawat dalam 2 hari tu blog kawan2 memang tak sempat punyalah.
kalau kat kl ni zoo tak lah jauh sangat dari rumah. 10 minit gitu dah sampai. tapi entah kenapa macam malas nak menziarah binatang2 kat dalam zoo tu.. hahaha
last gi zoo kat saitama rasanya bulan 4 2009 ...wahh kira dah lama x jejak g zoo la k.ita. selalu gi aquarium jer hikhik...lepas nie leh gi..teringat masa gi zoo taiping dulu sangat berbau dan agak kotor kan...sepatutnya kiter bayar setanding ngan kebersihan gitew!
ReplyDeleteSalam Ita..
ReplyDeleteBestnya gi jalan-jalan...
Saya slalu gak pegi zoo yg free kat sini..kalo berbayar tu berkire sket..hehe
ReplyDeletesgt comel la anak2 kak ita..suke tengok~
Assalamualaikum Ita n Family..
ReplyDeleteBest nyer jalan2 kat Zoo..Fathnin dan Fateh bukan main happy lagi boleh main2 ngan hamster dan arnab.. anak2 akak pon klu sebut pasal Zoo mmg suke nak pergi...
salam kak ita..eh, kitorang pun last week gi Ueno Zoo...agaknya tgh musim melawat zoo skrg nie..hehehe.. konon2x pegi zoo sbb nak bg si kecik nie tgk binatang le..sekali separuh perjalanan dia gasak tido..nampaknya mak-paknye jela yg menengok binatang2x tu..hehehe
ReplyDeleteigt lg mase gi parking bertingkat kt sapporo dlu.rasa kagum betol.terfikir pulak diorg nk buat parking mcm tu.
ReplyDeletesy suke sgt gi zoo.tp x terjumpa plak zoo kt hokkaido.kene gi kt nogeyama la kot.tapi tatau bila la tu.
bestnya dikk bawak anak2 jalan nie .. kat sana zoo lebih kurang mcm di mesia erkk :)
ReplyDeleteheee.... gelinya tikus...tp dulu masa kecik2 amie pun pernah pegang benda2 tu... termasuk ular, ulat...iieeeeeiiiiyyy
ReplyDeletewsalam kak.. tula bila busy memang tak sempat nak tengok blog.. rindu kawan2.. :)
ReplyDeleteita ni pun bawa anak2 kak.. bagi diaorang kenal binatang...
ayu.. oh yeke... lama tu tak gi nant kena bawa adam gi zoo tu leh dia tengok2 binatang.. kat area rumah ayu ada zoo tak
ReplyDeleteira.. best juga sekali sekala bawa anak2
ReplyDeleteumie.. hihih lawak2.. tak pe la leh juga mak bapak nya cuci2 mata ye takk hihihihih
ReplyDeletekak eda.. tula seronok je nampak kanak2 kat sit pegang2 hamster semua tu.. takut hamster tu semua
ReplyDeletenani.. hihih tak de ye kat sapporo dulu so kena gi lagi sekali ni .. hihihi
ReplyDeletewsalam kak ieda.. ye kak memang lebih kurang je kak hanya yang lebihnya kat sini bersih kak.. hihihi
ReplyDeletekak amie.. tula anak2 ita nasib tak takut sangat mama nya yang geli
ReplyDeleteada kat utsunomiya tapy kecik jer binatang pow x byk...zoo kat saitama tue best...tobu zoo
ReplyDelete