10 December 2010

Entry tak de gambar

Dah nak masuk seminggu tak masuk entry kat blog ni.. bukan apa sebenarnya kamera tak de .. sebab hubby bawa pergi singapura ada conference disana. Kali ni conference di singapura saya dan anak2 tak ikut sebab pertama tiket yang mahal. Bila difikir2kan balik Singapura sebelah malaysia je insyaAllah jika ada rezeki boleh pergi nanti. Jadi suami buat tukaran disebabkan saya tak ikut ke Singapura dia benarkan saya pulang ke Malaysia. Jadi saya bagi cadangan biar la mak ayah mertua saya yang ke Singapura sambil jalan2 dan tak la rugi sangat sebab suami saya menyewa bilik yang agak besar juga. Jadi tinggal la kami bertiga dirumah di jepun ni .. buat pertama kalinya saya ditinggalkan di Jepun ni tanpa suami disisi selama 5 hari 6 malam. Mulanya risau juga tapi alhamdulillah jangan fikir sangat yang suami di Singapura anggap di Lab Universiti je so tak la terasa sangat sunyinya. Tambahan kerenah anak2 yang pelbagai membuatkan saya rasa tak sempat nak sunyi dan sentiasa ceria. Hanya dugaan saya hari kedua badan Fathnin mula panas menandakan nak demam kemudian Fateh pula menunjukkan tanda yang sama.. tindakan saya hanya sentiasa jaga suhu badan kedua2 anak kesayangan saya dan memberi ubat yang memang sentiasa ada dalam simpanan. Alhamdulillah panas badan tidak melarat tambahan suami sentiasa menelefon kami untuk mengetahui keadaan kami disini.


Bercerita tentang balik malaysia memang tak de dalam perancangan sebenarnya sebab tahun lepas saya berkesempatan pulang 2 minggu sewaktu adik saya kahwin. Tapi bila suami dapat pergi conference dan kebetulan Air Asia baru dilancarkan di Jepun ni jadi kami mencuba nasib untuk membeli tiket promo yang ditawarkan. bayangkan la bermula dari 5000 yen iaitu dalam RM199 satu hala pergi balik campur tax semua baru Rm500 murahkan.. Jadi hari tu kami cuba la nasib untuk dapat tiket 5000 yen ni disebabkan tarikh yang dipilih adalah waktu cuti musim sejuk diJepun ni jadi untuk tiket ke Malaysia kami tak dapat tiket murah 5000 yen tu hanya balik ke Jepun sahaja yang dapat.. Walaubagaimana pun total tiket seorang dalam Rm800 ++ je seorang kira murah la juga dari harga yang biasa ditawarkan dalam RM 2500 keatas untuk prgi dan balik. Kali ni saya balik selama sebulan 2 minggu lebih kurang sebab nak tunggu tarikh kakak dan adik ipar saya bersalin untuk lihat baby2 mereka suami pula hanya pulang 2 minggu je. Kalau tak tengok sekarang kena tunggu tahun 2012 baru berkesempatan nak tengok baby tu nanti.. walaupun sekarang ni jepun dan Malaysia tu dekat je kalau depan komputer tapi nak juga kucup2 baby baru kakak dan adik saya.
Ok la jadi ini adalah entry yang pertama dalam blog ni yang tak de gambar.. hihiihi.. macam tak leh ambil dari kamera iphone tapi saja nak membebel kat sini sebenarnya..

06 December 2010

Salam Maal Hijrah. Minggu ni duduk rumah jela sebab dah penat minggu lepas macam2 urusan. Itu pun esok ada delegasi dari Utem Malaysia nak datang rumah abang puza sebelah rumah ni jadi ita kena tolong masak2 sikit.

Sebenarnya entry hari ni nak cerita minggu lepas kami ada tournament badminton untuk warga malaysia diJepun di Yamanashi. Sebenarnya ini kali ke2 kami join.. tahun lepas join juga. ceritanya disini. Alhamdulillah tahun ni team Yokohama lelaki dan perempuan dapat gold medal. Rasa sangat puas hati dan seronok sangat sebab kami memang main badminton tiap minggu jadi bila join tournament macam ni bila menang rasa berbaloi sangat. Untuk team lelaki memang sangat sengit sebab 10 team yang hantar. Tapi tahun ni ada juga daerah yang join tahun lepas tak hantar team, untuk team perempuan pula hanya 3 team yang hantar sama macam tahun lepas iaitu Yokohama, Toyama dan yamanashi. Tahun lepas team perempuan dapat nombor 2 tapi tahun ni meningkat dapat nombor 1 dan team lelaki tahun lepas no 3 tahun ni dapat nombor satu juga.


Team lelaki Yokohama


Team perempuan Yokohama


Rehat2 bersama nik, Shaf dan salmi


Team perempuan yang main untuk single Aliza dan double 1 ita dan mariam dan untuk pasangan double 2 Mijah dan Fatin. Tahun lepas untuk double 2 ni Adnin dan aishah tapi disebabkan 2 player ni cuti bersalin nasib dapat cari adik yang nak masuk juga tournament ni. Tak lupa juga pengiring perempuan yang pergi iaitu Nik, salmi dan Shaf. sangat puas hati tahun ni sebab dua2 team dapat gold medal.


Lawan dengan toyama




Abang Fariz lawan final



Di harap tahun depan dapat join lagi sebelum balik for good ke Malaysia.

01 December 2010


salam semua.. beberapa hari ni ada buat 2 muffin tapi tak sempat ambil gambar yang sempat muffin pisang ni je muffion strawberi tak sempat dah kena ngap.. lagi pun waktu tu tak de mood nak posingkan muffin tu.. :) sekarang ni sejuk perut asyik minta diisi je la. tu yang buat muffin2 ni senang nak makan.. tapi sekejap je dah licin sebab Fateh suka muffin senang di nak makan. resepi tengok kat rumah As.. resepi asal dari kak ummi.. thanks ye


Bahan:
A
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam

B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar
2 sudu cream corn

1 sudu besar coklat paste


Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai


Caranya:
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu.
  4. Masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan.
  5. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  6. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG