28 July 2010

Sekarang ni musim panas di jepun ni.. jadi banyak la aktiviti luar yang diadakan contohnya aktiviti main air di kolam. Disebabkan Fathnin dah mula cuti musim panas selama sebulan lebih jadi diantara aktiviti musim panas ni tadika fathnin mengajak sesiapa murid yang ingin menyertai aktiviti ni datang untuk main air selain bertemu dengan kawan2... 3 hari aktiviti ni.. ita pun ambil peluang pergi dan bawa anak2..

mulanya ingat fateh tak boleh join... tp tgk2 memang disediakan kolam kecik untuk adik2 yg datang. Nasib bawa juga baju lebih saja sebenarnya tp berguna juga...
kolam ni di letakkan di tingkat 3 bangunan tadika fathnin... boleh nampak padat sangat rumah di kawasan kami ni.. bertingkat2 sebab muka bumi yang berbukit bukau... tak bawa kamera.. snap pakai kamera iphone je...



sebab tu parking kereta mahal bermula dari RM700 sebulan..




mak2 yang menunggu anak main air sambil borak2..



kusyuk fateh sampai tak nak balik





hari jumaat ni ada lagi leh pergi lagi... InsyaAllah..

26 July 2010

Cerita 2 minggu lepas

Salam hampir nak pupus rasa blog ni.. mana taknya hampir sebulan tak update... apa yang dibusykan tak tahu... sebenarnya malas bukan apa keyboard dah kena congkel dengan Fateh...

fateh yang korek..

Khamis lepas mak dan ayah mertua balik ke Malaysia setelah bercuti 2 minggu di Japan. Mulanya nak datang 3 minggu tp tak dapat kelulusan dari japan embassy... sian juga sebab tak puas rasa nak bawa jalan2 disebabkan tak dapat nak jalan tiap hari papa ada banyak juga urusan dan Fathnin pun sekolah... banyak tmpt yang diplan tak pergi sebab tak cukup masa... kalau ada rezeki leh datang lagi ye mak dan ayah... waktu mak mertua ada rumah best je sebab ada kwan nak borak2... kalau tak sunyi je:p...

ini antara gambar yang diambil tak banyak pun sebab banyak guna kamera mak je...

Tempat pertama yang kami pergi area gunung fuji...




ita ambil gambar wkt nak balik dah tak berapa nampak topeng fuji tu... mak mertua sempat ambil guna kamera mak mertua ..

kemudian naik bot angsa ni di tasik Yamanaka.. 900 yen seorang mengelilingi tasik...









Sebelum naik bot bagi ikan n angsa makan dulu.. besar2 ikan nye... dan banyak plak tu..






kemudian cadang nak pergi taman tgk lavender tp tak jadi sebab hujan.. so kami pergi Fuji Q...




Tpt yang fathnin fateh suka...Thomasland..
mak dan ayah naik ferris wheel dan lihat bandar yamanashi..




ok pasni sambung tmpat lain plak dalam entry sterusnya...

;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG