26 February 2010

Roti Putih


Roti putih yang ita buat pagi tadi sebab Fathnin suka makan roti sekarang.. Sapukan dengan peanut butter Fathnin suka. Roti ni pun bakar semua dalam breadmaker ita sekadar masuk bahan je.. resepi asal dari wholemeal bread dari kak lily myresepi..tapi ita cuba buat untuk resepi roti putih ni,, Alhamdulilah ita puas hati..ita ubah sikit resepi ni untuk rujukan ita ye.. bagi yang nak lihat resepi asal boleh klik di link wholemeal bread

Bahan-bahan ( 1 loaf )

  • 140ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 300 gm high protein flour aka tepung roti
  • 40 gm gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 30 gm butter/margerin
  • 1 1/2 sudu teh yeast segera

Cara-cara

  1. Breadmaker- masukkan bahan diatas mengikut turutan atau sebagaimana yg disarankan oleh breadmaker anda.
  2. pilih fungsi untuk membuat bread dan "ON".
  3. Tunggu sehingga selesai & sedia untuk di hidang.
  4. Sekiranya anda tidak mempunyai breadmaker, anda boleh menguli dengan tangan 2 kerat anda.
  5. Gaulkan tepung, gula & garam.
  6. gaulkan pula yeast, masukkan susu segar & telur. Uli sehingga sebati.
  7. Masukkan pula butter dan uli lagi sehingga dough menjadi lembut & elastik, lebih kurang 15-20 minit ( bergantung kepada tenaga pengulinya).
  8. masukkan dough ke dalam mangkuk besar & tutup dengan plastik/cling flim selama 40-50 min sehingga dough naik 2X ganda( bergantung kepada cuaca).
  9. Tumbuk/keluarkan angin dari dough tadi. rehatkan selama 10 minit.bolehla di letakkan ke dalam loaf tin atau di bentuk seperti bun jika tiada loaf tin.
  10. Rehatkan lagi selama 30-40 min.
  11. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 15-20 min pada suhu 200C.

Kuih Seri Ayu


Waktu balik malaysia tahun lepas sempat tengok kat dalam almari mak ada macam-macam acuan kuih. Sebenarnya nak beli acuan kuih tapi tak sempat sebab sibuk dengan urusan adik kahwin. Jadi mak kata kalau nak acuan mak tu ambil la... Jadi ambil la acuan kuih seri ayu ni.. sikit je ita ambil sebab nak buat untuk bila tekak teringin nak makan. Jadi minggu lepas dapat la buat. Resepi ni ammbil dari rumah kak An Periuktanah. blogspot.. resepi asal ni dari kakak kak An iaitu Kak T..thanks kak An.. ita simpan resepinya ye.. untuk rujukan akan datang..

Bahan-bahan; (menghasilkan 60 biji kuih)

lapisan atas
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
1 sudu besar tepung sagu (ubi)

Lapisan bawah
3 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar ovellette
2 cawan gula pasir
4 biji telur gred A (kalau gred c ke bawah tambah jadi 5)
2 cawan santan pekat (pati santan)
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan

Cara membuatnya:

1. Gaulkan kelapa, garam dan tepung sagu- ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu(gunakan kelajuan tinggi). Masukkan tepung gandum, ovellete , pewarna hijau dan perisa pandan. Gaul guna senduk.
3. Masukkan santan pekat dan gaul lagi hingga sebati. Panaskan pengukus.
4. Susun acuan dalam pengukus. Isi acuan dengan kelapa putih. Tekan padat menggunakan hujung jari. Kukus 2 minit.
5. Isikan dengan bater (adunan kuih) seperti di dalam gambar. Kukus lagi selama 10 minit. Apabila masak, Keluarkan daripada acuan dan sedia dihidang.

Garlic Bread


Menu favorite abang kalau berpuasa.. ini Garlic bread isnin minggu ni.. sebab biasanya kalau berbuka abang suka makan sup dulu.. jadi buat mushroom soup dan makan dengan garlic bread ni... resepi mushroom soup leh lihat disini sebab sebelum ni pernah buat.. sekarang ni selalu ambil gambar masakan tapi lambat je update sebab tengok kesenangan masa untuk update kadang tu masa ada tapi terpaksa dahulukan untuk anak-anak dan suami.. jadi nak update tu mood tu kena ada.. hihihihi.. so sebab tunggu mood tak muncul2 la menyebabkan blog ni selalu suram je sekarang.. ok la.. ni untuk rujukan ita masa akan datang... resepi dari Fendi myresepi

Bahan-bahan ( 15 keping )

  • roti france
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • parsley kering secukupnya

Cara-cara

  1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
  2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C


21 February 2010

Meatball in Tomato Sauce



salam.. lama tak update blog tiap hari ambil gambar masakan tapi tak sempat2 nak update dalam blog. Ambil pun untuk simpanan sendiri dan senang kalau nak masak tak de idea gi tengok blog.. korek la resepi yang lepas-lepas.. so resepi ni asalnya dari jamie oliver tapi tengok kat blog kak hana dan sebelum ni di blog ijan..

  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar –
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang –
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan




  • Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  • Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  • Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap


12 February 2010

Peach Mirror Pudding


Puding yang ita buat semalam. Nampak menarik di rumah kak Ummi kuantan. Resepi dari tuntung15... sedap puding ni.. tapi ita tersilap paham sebab ita guna agar2 serbuk.. jadi keras sikit puding ni.. patutnya guna intast jelly nona tu baru betul.. patut la mula pelik tengok banyaknya guna instant jelly.. tak pe lain kali leh buat lagi.. kalau nak buat guna agar2 serbuk pun boleh rasanya tapi kena kurangkan kandungan agar2 tu..

untuk rujukan akan datang..

Bahan-bahan ( Terpulang kepada bekas desert )

* 300ml air
* 150ml peach juice
* 450ml susu segar
* 150gm gula
* 30gm instant jelly
* 40gm tepung custard
* 1/2 sudu teh rata garam
* 2 biji kuning telur
* Sedikit esen vanilla
* Buah peach dipotong memanjang
* Untuk lapisan atas
* 650ml air + lebihan peace juice (jika ada)
* 60gm gula (kalau ada lebihan peace juice banyak kurangkan gula kepada 30 gm)
* 25gm instant jelly
* Sedikit peach essence
* 2 titik pewarna lemon yellow

Cara-cara

1. Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru jerangkan atas api. Ini untuk mengelakkan adunan berbintil-bintil.
2Sentiasa kacau adunan. Masak sehingga agak pekat. Tuangkan kedalam acuan deset.
3.Biar adunan sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach.
4.Untuk lapisan atas, satukan semua bahan, masak sehingga mendidih. Tuang kedalam mangkuk desert perlahan-lahan. Kena tuang pelahan kerana desert lembut takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak.
5.Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Enak dimakan sejuk.

09 February 2010

Kek Pisang


salam semua.. buat kek pisang ni semalam sebab hari tu kawan ita Maz bawa datang rumah ita waktu buat majlis Yassin minggu lepas. sedap kek ni.ita minta resepi dari Maz.. ita letak kat sini ye maz.. senang nak rujuk bila diperlukan. Yang ita suka sebab kek pisang ni ada bintik2 hitam tu.. happy sangat sebab buat kek pisang menjadi bintik2 hitam tu.. selain tu kalau dibakar garing sikit sedap juga tapi jangan sampai rentung sudah la.. ita buat separuh adunan je sebab pisang ada 2 ketul je..

1 ¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung jagung
1 cawan gula
3 biji telur
4 biji pisang
1 cawan minyak
1 camca kecil soda bikarbonat
Secubit garam

Cara:
1.Pisang dilenyek hingga hancur.( ita buat tak hancur racik2 halus je)
2.Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan soda yang telah diayak ke dalam adunan.
3.Bila telah sebati, masukkan pisang, garam dan minyak, gaul hingga sebati.
4.Bakar dengan api yang kecil lebih kurang selama 1 jam.

08 February 2010


Semalam nampak hari cerah je.. tambahan papa memang dah janji nak bawa kami jalan-jalan naik basikal ke area Sakuragicho. Seronok sangat.. Ita suka naik basikal kat sini sebab ada laluan basikal dan pergi naik basikal rasa luas pemandangan sambil tu boleh berhenti ambil gambar. Lagi pun dari rumah ita ke bandar dekat je lebih kurang 20 minit naik basikal... sambil lalu ke arah sakuragicho tu kami lalu di Anpanman Museum jadi Fathnin nak pergi.. Papa singgah .. wah best sebab banyak benda2 menarik disini.bukan ada museum sahaja ada banyak kedai menjual barang2 anpanman. Anpanman ni karektor kartun yang glamour diJepun ni.. comel sangat.. semua barang2 kat sini berunsurkan anpanman seperti kedai roti, kedai potong rambut untuk kanak2, kedai baju2, tempat bermain, buat video,kedai menjahit dan kedai barangan anpanman. untung plak kami singgah hari ni sebab Anpanman dan baikingman( karektor jahatnya) ada plak jumpa pengunjung.. berebut budak2 nak salam dan pegang.. Fathnin pun sama... Fathnin happy sangat.. lain kali boleh datang lagi.. InsyaAllah











<

Roti burger


Minggu lepas jalan2 rumah kak hana nampak plak roti burger yang gebu diblognya.. teringin nak makan burger so try buat roti burger guna resepi roti burger Ros jintanmanis.. sedap roti tu.. thanks to ros dan ita c&p dari blog kak hana...

Bahan-bahan

  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk gliss pd roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
  • Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  • Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
  • Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

Cerita minggu lepas.. Snow

salam semua.. dah seminggu lebih tak jenguk blog betul2.. tah apa yang disibukkan pun tak tahu.. tapi mnggu lepas banyak juga urusan rumahtangga dan urusan persiapan Fathnin nak ke sekolah jadi membuatkan ita tak punya masa nak duduk lama depan komputer. So hari ni boleh la update beberapa cerita sepanjang minggu lepas.. Nak cerita yang mana dulu tak tahu.. hihihi.. tapi nak cerita juga kisah snow minggu lepas.. seronok sangat pada hari isnin lepas 1/2/2010 snow turun di yokohama ni.. kalau kawan2 jepun yang tinggal di belah atas peta jepun ni dah biasa sangat dengan snow sebab snownya punya la tebal... yang ita ni seronok sangat sebab Yokohama ni jarang sangat turun snownya.. walaupun turun sekejap je tapi lebat best la juga.. jakun gak sekejap.. hahahaha..



Fathnin seronok sangat siap buat snowman.. malam plak turun snow tu.. walaupun malam kul 11.30 malam adik fateh dah tidur kami main snow.. tengah lebat waktu tu.. best sangat... jadi la pengalaman yang indah winter tahun ni...







ini gambar bila dah pagi.. dah mula cair salji tu .. sedihnya.. huhuhhu

;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG