31 May 2009

Peach Muffin


Hari Ahad saja buat peach muffin ni. Ada lebih buat peach cheese tart kelmarin. Biarkan lama takut tak elok plak peach tu jadi buat la peach muffin. Resepi ni dari kak yani.. sedap anak-anak ita suka.. tambahan fathnin dia jarang suka muffin tapi muffin ni dia suka.. boleh buat lagi dah la buat 2/3 adunan je.. Patutnya ada topping dalam resepi.. ita tak buat sebab konon nak simpan lama sampai esoknya.. tapi tgk tinggal beberapa ketul je.. hehehe dua tiga hari ni busy sikit buat urusan yg tertinggal banyak kat rumah dan di luar rumah hehehehh.. lagi pun semlm university abg cuti so ambil peluang buat urusan2 tu semua.. alhamdulilah selesai.. tak la serabut kepala otak.. hehhee.. resepi muffin ni nanti la letak tak sempat la.. hehhhe

Dah beberapa hari blog ni sepi je.. pandang pun tak sempat ita.. mana taknya sibuk dengan macam-macam aktiviti hari jumaat hari tu buat majlis baca yassin dan birthday fateh.. tak sambut besar-besar pun .. maaaf warga Yokohama yang tak dijemput sebab ita buat kecik-kecik je maklum la rumah pun kecik.. Ajak adik2 YNU kebetulan memang kat sini setiap dua minggu kami buat usrah dan bacaan yassin jadi minggu ni buat kat rumah ita terus buat birthday fateh sekali.




Menu malam tu biasa2 je nasi beriani, dalca daging dan sayur, ayam goreng berempah, Acar nenas timun, lasagna, popiah goreng bersira, taufu fa, butir nangka , peach cheese tart dan biskut coklat. Thanks to Adnin jiran ita sebab tolong masak beberapa masakan.. sedap plak tu.. heehhe.. to aisha terima kasih bawa biskut coklat tu sedap sangat.. Kali ni ita buat kek Death by chocolate cake dari mrsdayat tu. tapi ita letak pisang kat tengah dia diantara whipping cream tu.. sedap rasanya.. tapi deco kali ni tah apa2 je bentukknya.. sebab badan dah penat jadi idea pun kurang.. jadi la deco kek yang comot itu.. hehehe..papa kata deko kek yang hampir hampa.. hehehe




Lepas birthday tu sempat la kami sembang-sembang lama juga sampai pukul 11 lebih malam.. hari pun hujan jadi makin rancak la bersembang.. ini gambar diantara tetamu yang hadir pada malam tu.. terima kasih kerana hadir dan membawa hadiah masing-masing.. Fateh suka sangat..

28 May 2009

Jus kiwi dan Nenas


Hari ni saja buat jus kiwi dengan nenas. Wah sedap juga hasil campuran dua buah ni.. masam-masam manis.. sebab nenas kat jepun ni manis jadi sedap je masuk anak tekak.Ni pun nak habis kan stok nenas dan kiwi takut lembik je nanti tak de orang nak makan.. Tengok orang buat jus tembikai laici tu terliur nak buat.. nanti nak kena beli barangnya dulu .. hahahaha.. so minum la dulu jus ni..

Bahan-bahan ( untuk 3 orang)

3 biji kiwi
1/3 biji nenas
sedikit gula ( ikut suka nak masukkan atau tak )
1/2 cawan air
1/2 cawan ais ketul

Cara-cara
1. Blend semua bahan-bahan dan sedia untuk diminum.

Homemade Burger


Pagi ni buat burger je sebagai sarapan.. Bukan malas tapi lama dah tak makan burger.. jadi semalam buat roti burger dan pagi ni buat la burger tu.. sekali sekala makan best juga.. Masukkan la apa yang nak masuk dalam burger tu bagi berkhasiat.. hehehe.. selalin makan burger pagi ni buat juga salad sayur-sayuran.. hehehe.. tapi lupa plak nak ambil gambar.. jemput makan..

27 May 2009

Jackmall Yokohama, Japan


Saja nak share ita jalan-jalan hujung minggu hari tu.. tak g mana pun pergi Nishimatsuya dan Jackmall je.. Nishimatsuya ni tempat barang-barang bayi dan kanak-kanak yang murah.. so beli baju anak seronok sikit kat situ.. Baju Fathnin banyak tak bawa yang tangan pendek tu yang kena beli sebab kesian sekarang nak masuk summer nanti panas plak asyik pakai baju tangan panjang.. sama la dengan maknya duk umah pun pakai tangan panjang.. :).. Lepas tu pergi Jackmall berdekatan dengan Nishimatsuya tu.. kat situ ada Toy R us, Daiso dan beberapa kedai yang menarik antaranya kedai sukan yang besar.. Hajat dihati nak beli baju untuk abang tapi amat mahal kalau convert duit memanglah mahalnya.. jadi abang kata baik beli kat Malaysia je.. hehehe .. so tangguhkan niat tu untuk beli.. Kesian abang.. Gi ke jackmall dan nishimatsuya ni kami jalan kaki je malas nak naik densha dari yokohama eki.. tak jauh sebenarnya.. dapat jugak tgk pemandangan.. sorry la gambar kurang menarik sebab tak ingat nak ambil gambar betul2.. hehehe.. sibuk dengan anak-anak..


Nasi Impit Kuah Kacang


Nasi impit ni buat sebab ada lebih kuah kacang semalam..ita saja ikut resepi ctma buat nasi impitnya.. Makan dengan serunding daging sedap... Saja ulamkan dengan timun walaupun tak de sate.. Bukan tak nak buat sate terlupa plak beli lidi sate nya.. lain kali leh buat sate plak.. yum yum..

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
3 cawan beras (bukan beras jepun)
8 cawan air
sehelas daun pandan - optional
sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara
1.basuh beras seperti biasa
2.tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan. Ct guna rice cooker je, x plu kacau
3.setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. 4.Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
5.sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate

26 May 2009

Pecal Perantauan


Sejak akhir-akhir ni malas je nak masak.. mana taknya penat sebab mengemas rumah sebab tukar karpet ke tikar.. Sebab musim panas dah nak tiba.. kalau pakai karpet rasa macam tak sihat je untuk budak-budak ni.. jadi tukar la pakai tikar.. kat m'sia pun pakai tikar je rumah.. jadi bila dah tukar tu banyak la keje nak mengemop dan mengemas.. bila dah penat masak pun yang simple simple je.. hari ni buat pecal.. ini pun sebab beli kangkung kat Yokohama station haritu...Kalau kat kampung mak suka buat pecal.. sebab dia tahu anak mak ni suka sangat pecal.. untuk melengkapkan pecal ni ada juga ita beli jantung pisang dari baticrom.. tapi dalam tin je.. ok la juga rasanya.. ita basuh banyak kali dan rebus.. heehehe.. Pecal ni makan dengan kuah kacang sedap.. makan begit je pun sedap selain makan dengan nasi putih..

Bahan-bahan

kangkung direbus
taugeh direbus
Jantung pisang direbus
Timun dipotong halus
Tauhu digoreng
Pucuk ubi ( ita tak de)

makan bersama kuah kacang kegemaran..

25 May 2009

Lasagna Simple


Hari ni dapur ku berasap bila patang.. pagi tadi masak tapi masak yang simple sebab abang puasa jadi tak de nak masak best.. anak-anak ita buat sup dan ikan goreng je jadi mak nya pun tumpang sekali la .. so untuk berbuka abang hari ni ita buatkan lasagna, mushroom chicken soup dan garlic bread sebab ni semua favorite abang.. so resepi lasagna ni ambil dari dapur si Ros tu.. heheehe..Semalam beli barang dapur jumpa plak lasagna ni.. tapi sikit je ada dalam kotak tu.. dapat buat sekali je... tapi besar la juga bekas ita ni.. lain kali leh beli banyak sikit.. ehehhe.. so resepi ni akak C & P je la ros leh kan..

Lasagna
6 keping pasta Lasagna

-bahagian inti daging-
3/4 cawan daging cincang
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
2 biji tomato ( potong dadu)
1/2 biji carrot ( potong dadu)
6 ketul cendawan ( potong dadu)
sedikit brokoli ( ita tambah)
3 sudu besar tomato ketchup ( ita pakai tomato puri)
2 sudu besar olive oil
1 sudu kecil cili kering ( ita saja tambah nak pedas sikit)

Bahagian white source
1 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar cheese powder
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah

Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna
( ita guna pizza cheese)


untuk hiasan
sedikit hirisan daun pasley kering

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar, cili kering dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas.

24 May 2009

Daging Goreng Nenas


Weekend ni memang busy sikit.. sebab keluar beli barang-barang dapur.. semalam papa bawa jalan-jalan kat yokohama je.. tapi best sebab dapat keluar hahahahah... so nanti masuk entry jalan-jalan.. hari ni saja nak share tentang resepi Daging goreng nanas ni.. resepi dari nure.. sedap... rasa masam manis..

Bahan-bahan ( 4~5 org )
500g daging dihiris
200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
2 sd besar sos tomato
2 sd besar sos tiram
1 sd besar rempah kari daging
1 sd kecil lada hitam (dikisar)
1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih
bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
minyak masak dan garam

Cara-cara
1.panaskn minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
2.masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
3.masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
4.Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang

23 May 2009

Nasi Lemak


Pagi ni breakfast nasi lemak. Lama dah tak makan. Nampak nasi lemak rumah kak asma terus buat pagi ni... buat murtabak juga tapi malas nak ambil gambar.. hehehehe.. dah kepenatan memasak perut pun dah lapar.. hhhheehhehe.. jadi jemput makan la ye..

Roti Krim Coklat


Semalm tengok Tv .. fathnin nampak roti berkrim.. fathnin kata mama nak yang tu.. Jadi kesian kat dia on kan BM.. Buat roti.. cornet krim tu ita tak de.. jadi buat guna aluminium foil je.. Alhamdulilah menjadi... so resepinya dari kak yani.. ita c & P ye kak..


Bahan-bahan ( 8 biji )
-Doh Roti-
140ml air
20g telur
250g tepung roti
20g gula
4g garam
25g mentega
3g (1 sudu kecil) dry yeast
8g susu tepung
-Krim coklat-
40g coklat
300g susu segar
40g gula
30g tepung jagung
12g mentega
18g serbuk koko

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. ON kan.
2.Sementara itu, sediakan krim coklat. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
3.Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
4.Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
Untuk roti pula, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara. 5.Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
6.Ambik satu doh roti, getel memanjang lebih kurang 25-30cm.
Kemudian lilit pada kon seperti dalam gambar. Sebelum tu, sapukan kon dengan butter. 7.Buat sampai habis.
8.Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit.Kemudian bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Selepas siap, biarkan di dalam oven lebih kurang 5-10 minit untuk roti kelihatan lebih perang.
9.Keluarkan dari oven, semasa masih panas-panas, sapukan dengan butter cair or suhu bilik untuk nampak lebih berkilat.
10.Bila roti dah sejuk, keluarkan kon dan pipe kan krim coklat tadi ke dalam roti.
11. ita tabur kacang kat luar tu...

22 May 2009

Yong Tau Fu


Yong taufu memang suka makan.. Jadi cuba buat untuk breakfast pagi ni.. buat sikit je sebab bahan ada sikit je lebihan haritu buat yong tau fu kuah sup.. sedap.. memang suka resepi minami133 ni.. thanks minami san... Main masuk je semua tu untuk jadi banyak dan tinggal buat kuah je..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan ( ita tak masuk sebab abang tak makan)
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air

Cara-cara
1.Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2.setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
3.setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4.masukkan garam,dan gula(jika gula melaka kurang manis).
5.masukkan bijan goreng.

Kek Epal



Kek Fateh semalam adalah kek epal.. saja nak letak resepinya disini. Untuk tambah koleksi kek. Sedap keknya.. Kek epal ni cuba pun sebab epal dah nak busuk dah. Lama dah simpan epal tu dari busuk baik buat kek. Resepi dari kak yani.. kek ni agak senang nak buat tapi time bakar tu tak leh guna api yang kuat kalau tak dia merekah.. jadi ita turunkan sebab tgk macam nak merekah kek tu..

Bahan-bahan ( 18x18 cm )
1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1.Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula.
2.Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
3.Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
4.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
5.Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
6.Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
7.Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
8.Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

21 May 2009

Selamat Hari Jadi Fateh



Selamat hari jadi anak mama Muhammad Fateh.. hari ni genap setahun umur Fateh.. sekejap je rasa.. heeheheh.. Mama doakan semoga Fateh akan jadi anak soleh, bijak cerdik dan mendengar kata ibu bapa serta patuh perintah Allah serta berjaya dunia akhirat.. Mama harap mama dapat menjaga dan mendidik fateh dengan sempurna.. Mama sayang sangat fateh...

Ita tak plan nak buat kek birthday fateh ni sebab kami plan nak sambut minggu depan sebab papa agak busy sekarang.. Jadilah kek yang simple ni untuk fateh sambut dalam keluarga dulu.. minggu depan insya Alla mama buat kek yang best tau...


Abang request nak makan chicken chop.. jadi cuba buat.. guna resepi junjs11 di myr.. Simple tapi sedap.. ita ada tambah sikit2 resepi ni.. sebagai melengkapkan menu ita goreng kentang goreng dan buat creamy coleslaw dan makan bersama sos lada hitam cik yarn.. memang terangkat...

Bahan-bahan
5 ketul peha ayam
sedikit tepung jagung dan tepung gandum
1 biji telur
sedikit serbuk roti
sedikit jintan manis
garam dan lada sulah
minyak untuk goreng

Cara-cara
1.Gaul peha ayam dengan garam, kunyit, jintan manis dan lada sulah. Perapkan sebentar... ( ita perap semalaman)
2.Salut ayam yg diperap tadi dengan tepung jagung dan tepung gandum.
3.Kemudian celupkan kedalam telur.
4.Kemudian salut dengan serbuk roti.
5.Akhir skali..goreng

*************
sos lada hitam

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera

Cara-cara
1.Cairkan butter dengan api kecil.
2.Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6.Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7.Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
Boleh dihidangkan semasa panas

Creamy Coleslaw


Coleslaw ni buat untuk lengkapkan menu hari ni.. sedap memang dah selalu buat.. hari ni makan dengan bun kentang si Ros tu..memang sebiji rasa kat KFC.. mudah plak tu nak buat.. resepi dari kak yani... ita C & P je.. ye kak...


Bahan-bahan
1/4 biji kubis
1/2 biji lobak merah
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
2.Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
3.Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
4.Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.

20 May 2009

Mee bandung


Masak mee bandung sebab terliur tengok mee bandung kat dapur kak hana.. Mula nak buat mee nyonya tapi apakan daya tak de daun kesum jadi buat mee bandung je la.. so resepi ni dari dapur kak hana.. thanks kak.. nanti ita bagi laporan ye.. heheeh..

Bahan-bahan
1 peket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong potong ring
50g udang kering ( blend )
1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering-
suku cwn kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering utk memekatkan kuah.
4 biji telur
sawi

tauhu goreng.
bawang goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging
Gula
Garam
hirisan daging
limau kasturi / limau nipis

Cara-cara
1.Celur mee kuning
2.Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
3.Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.
4.Kemudian masukkan air rebusan daging,kacang dan udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan.
5.Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.*rasa mee bandung manis2 pedas.
6.Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang)..
7.Akhir skali masukkan sawi.
Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan

19 May 2009

Tag dari kak asma


Tag ni dari kak asma.. heheeheh.. malu juga nak cerita kisah dulu-dulu ni.. tapi kena sporting la .. betul tak kak.. hehehehe.. so panjang lagi tu tapi cerita yang pendek2 je la..

When was your engagement?
ini soalan paling susah nak jawab sebab tak bertunang rasmi , datang merisik pastu terus nikah.. haahahha... sebab waktu tu pun tengah study.. Arwah abah suruh ita kahwin ..

When is your marriage anniversary?
em.. biasanya kami akan ambil tarikh nikah 14 oktober 2001, tapi ingat juga tarikh kahwin (kenduri) 6 april 2002.. lamakan.. sebab waktu tu saja nikahkan dulu tapi kenduri buat 6 bln lepas tu.. emak takut ta takut mengandung time belajar.. ahhhhahaah..

How long you know your spouse?
kami satu kampung.. kenal husband dari kecik darjah lima..tak sama sek.. sek kami ni suka join aktiviti sama tu yg kenal... tapi tak baik sebab dia memang dah admire ta dari kecik.. kahkah.. perasan ita ni.. lama tak jumpa bila jumpa balik kat UTM.. dia tolong beli tiket bas balik.. hehehehee

How long did you date before you got engaged?
banyak kali jumpa dah satu U la katakan.. heheehhe

Where did you meet your spouse?
jumpa balik bila dia dtg kolej ita atas pesanan abah ita suruh tengok-tengokkan ita.. hehehehe.. jadi jumpa la waktu tu.. mula jumpa dia ckp kat orang yg tukang panggil tu ita ni sepupu dia.. hhehehee

Do you have any children?
Alhamdulilah.. 2 orang setelah 2 kali gugur... dapat Fathnin setelah 3 tahun kahwin..
Fathnin Farisa Binti Fariz ( 3 tahun 7 Bulan), Muhammad Fateh Bin Fariz ( 11 Bulan )

Do you have any pets?
dulu di Malaysia ada bela ikan.. tapi husband yg bagi mkn.. ita suka tgk je..

Do you own or rent?
kat Malaysia rumah beli.. sekarang disewakan.. kat Nihon ni sewa la rumah kecik...
Kereta ada 2 kat Malaysia.. satu lum abis bayar satu dah.. bagi kakak dengan ayah jagakan..

Do you live in the country,city/town?
Yokohama, japan.. yokohama city kedua terbesar selepas tokyo.. tu yang mahal semua benda.. hehehe

What is your favourite activity you do together?
wah banyak.. setiap hari solat jemaah paling ta suka.. tapi dulu di msia kami suka g main bowling, jln2 shopping complex dan yang paling best bila santai2 sambil sembang-sembang...

Do you have a favourite vacation spot?
Nak tulis banyak.. tapi yg pasti nak pergi Mekah lagi...Insya Allah...

How many siblings do you have including in-laws?
ita ada 3 adik beradik dan so ada 4 termasuk abg ipar.. belah suami adik beradik 4 orang jadi termasuk ipar ada 7.

What mosque do you attend?
kat jepun ni tak pernah g masjid.. heehheeh.. tapi kat Msia selalu la gi tambahan bulan puasa semayang terawih..

Is this the mosque you got married in?
tak.. ita nikah kat rumah je.. heeehhe

What town is your current address?
Yokohama-shi, kanazawa- ken, Japan.

Do you work or stay at home?
sekarang cuti tanpa gaji kali kedua.. dulu pernah ikut husband gi Adelaide, Australia...

Where did you go for your honeymoon?
Em.. tengah belajar mana ada honeymoonnya.. Pas kahwin tu la husband bawa g adelaide...

Leave a piece of marriage advise.
Dalam perkahwinan ni banyak juga cabarannya jangan ingat manis je.. yang penting memahami satu sama lain, bertolak ansur dan jangan penipu pasangan.. pasangan adalah orang yang paling rapat jadi akrab la denganya.. dan terima seaadanya.. cewah.. heeeheh

Cendol


Hari ni saja cuba buat cendol.. mana taknya lama teringin nak makan.. heeehe.. tapi buat sikit je.. nak bagi orang pun tak dapat sebab sikit sangat separuh adunan.. bukan tak nak buat banyak.. takut tak menjadi.. alhamdulillah sedap.. tapi jenuh jugak nak buat cendol tu panjang tak boleh sebab acuan tu lubang nya kecil agaknya.. ok la .. yg penting rasa.. heeheeh resepi dari siti mariam... ita C & P je..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara
1.masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
2.kacau selalu supaya tidak hangit
3.sediakan bekas yang berisi air sejuk
4.masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
5.kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
6.simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Kueh Teow Ladna


Hari ni saja masak kueh teow ladna je.. heheheh.. tapi kueh teow tak de.. cuba je pakai bihun saiz besar tu.. ok la.. hanya kuah cepat meresap...tapi sedap... resepi dari minami133.

Bahan-bahan ( 2 org )
kueh teow
3 ulas bawang putih dicincang kecil2
2 sudu minyak
2 sudu sos tiram
sekeping dada ayam
lobak merah
kobis bunga
2 sudu besar tepung jagung
cili padi
kobis
air
garam

Cara-cara
1.panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning.
2.masukkan ayam yg dipotong kecil2.
3.Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika.
4.masukkan air mengikut keperluan.
5.masukkan lobak merah terlebih dahulu.
6.bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam
7.masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
8.Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

18 May 2009

Mini Pizza Anpanman


Pizza Anpanman ni saja buat lepas tengok cerita anpanman kat Tv dengan anak-anak.. tiap-tiap hari anak-anak ita mesti tunggu cerita tu sebab best kata Fathnin.. dalam kartun ni ada juga sesi kreativiti jadi hari ni sensei tu ajar buat pizza anpanman.. kebetulan memang tengah onkan breadmaker nak buat garlic bread jadi buat sikit pizza ni untuk Fathnin.. Kreatif juga.. sebab kat jepun ni kalau bento sekolah memang cantik2.. heheheh.. ita je anak tak g sekolah so tak sibuk buat bento kalau tak.. macam2 kena belajar..

Bahan-bahan
roti ( ita pakai resepi ni je untuk buat base)
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
****************
topping
sosej potong bulat
sos tomato/sos pizza
pizza cheese
kismis untuk mata
capsicum untuk kening dan mulut

cara-cara

1. Masukkan semua bahan untuk roti ke dalam breadmaker.tekan on.
2. Setelah dough siap buat bentuk bulat jgn besar sangat dan canai.
3. Letakkan sos tomato dan pizza cheese.
4. Bakar 180 selama 6 minit atau cheese cair.
5. Letakkan sosej tiga sebaris sebagai hidung dan pipi.
6. Letakkan kismis sebagai mata.
7. Potong capsicum letak di kening dan sebagai mulut.
8. Bakar kembali 190 selama 10 minit.

Tau fu fa ekspress


Hari ni malas nak masak.. hahaaah.. mana taknya cik abang puasa sunat... jadi petang nanti je nak masak sup untuk abang... itu yang abang minta buatkan.. lagi pun dia agak busy tak sempat nak makan.. ita kalau tinggal sorang malas nak masak sangat nanti tak de orang nak makan.. Anak-anak ita buatkan bubur je... itu lebih berselera untuk diorang... so harini buat taufu fah ekspress si ros tu.. ehhehe.. sedap.. makan tu je rasa kenyang.. hahahahaha...so ros akak dah buat thanks ye resepinya... akak C & P tau..

Bahan-bahan
2 paket kecil taufu
3 sudu besar gula melaka
2 sudu besar gula
1 ikat daun pandan
2 cawan air

1. Mula-mula cincang halus gula melaka
2. Kemudian masukkan air, gula melaka,gula daun pandan.biarkan air mendidih, selepas itu potong toufu pada 4 bahagian atau klu nak lebih kecil lagi potong 6, masukkan dalam air gula yang mendidih tadi.
3. Biarkan taufu tadi direbus dalam air gula lebih kurang 10 hingga 15 minit, tutup api dan sejukkan, bila dah sejuk masukkan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.

Zoorasia, yokohama Japan.


Hari sabtu baru-bru ni hari yang amat meletihkan. Mana taknya seharian berjalan dari pagi sampai ke malam. Pagi tu ita dan keluarga berpeluang join program sekolah anak-anak kak Maas dan Aliza melawat ke Zoorasia, yokohama Japan. Thanks kak Maas dan Aliza kerana susah-susah tolong cakap kat cikgu sekolah tu yang kami pun nak join sama. Dapat la fathnin pergi ke zoo dengan murid-murid tadika yang lain.


Menariknya zoo ni banyak kemudahan yang memudahkan pengunjung untuk melihat binatang-binatang. Selain tu kalau nak lihat dari atas atau nak naik sesuatu level ada elevator.. jadi senang la kalau nak bawa stroller tak payah nak mengangkat stroller kalau anak2 tidur.. Kawasan zoo ni besar satu hari kena jalan baru puas.. lagi satu ita suka ada banyak tempat rehat yang menarik dan tempat yang sesuai untuk berhenti makan.











Lepas pergi zoo kami ke Hodagaya Sport Center untuk main badminton. lama kami main badminton 4 jam.. tapi bilangan orang yang datang tak ramai jadi memang puas la main.. sampai letih dibuatnya...

17 May 2009

Selamat Hari Guru

dari kak ina kl.. thanks
dari kak intan.. thanks
dari kak Ayu thanks


Selamat hari guru buat semua guru kat Malaysia.. Ucapan ini juga buat guru-guru di sekolah lama ita dari kecil iaitu sekolah rendah Bota kiri, Sekolah menengah Dato Abdul Rahman Yaakub, Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash.. buat rakan-rakan guru-guru yang dirindui di sekoalh menengah Teknik jasin dan Sekolah menengah Teknik Melaka, bukit piatu.. selamat hari guru dan selamat berjuang... tak lupa rakan-rakan guru yang lain dan guru2 yang sedang bercuti seperti rakan-rakanku yang tengah busy berblog ni.. heheheh

;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG