30 April 2009

Cheese Chocolate cake


Sebenarnya kek hari jadi abang tu adalah Cheese choc cake.. Ita baru pertama kali cuba buat kek yang disejukkan dan tak payah bakar.. Risau juga takut-takut tak menjadi.. kira percubaan berani mati ni.. heheheheh yela kalau tak jadi memang kena bermatian untuk buat kek lain untuk birthday abang ni.. hehehe Alhamdulilah niat dipermudahkan.. kek ni jadi... So jadi lah kek birthday suami ita ni.... Ramai yang kata sedap sebab abang ada program dengan adik-adik YNU .. jadi boleh la makan bersama-sama.. Sampai ada yang tak percaya kek ni buat sendiri .. ingat beli dikedai.. jadi bagi yang tak de oven kek ni sesuai dicuba... tengok sahaja la lapisannya tu.. nampak sedapkan.. dan ia memang sedap... bukan sebab ita buat sedap.. tapi resepi ni memang tip top.. heheheh .. untuk resepi nya disini.

Bahan-bahan ( 22 cm )

Lapis Bawah:
120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
70gm unsalt butter (dicairkan)

Lapis Atas:
250gm cream cheese (lembutkan)
90gm gula kastor
2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
150gm dairy whipping cream
1 ½ tbsp gelatine
80ml full cream milk

Chocolate mousse:
250gm whip cream
1 tbsp vanilla essence
1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
50gm serbuk koko + 60 gm gula icing
1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)

Chocolate ganache:
35gm serbuk koko
30gm gula kastor
150gm whipping cream
80gm chocolate masak
30gm mentega

Cara-cara
Lapisan bawah:
Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam pan (22cm) yang boleh buka tepi. ita pakai springform lubang dibawah je...Masuk dalam peti sejuk.

Lapisan atas:
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)

Chocolate mousse:
Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse

Chocolate ganache:
Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.

Happy Birthday PAPA



Selamat hari jadi.. selamat hari jadi.. Selamat hari jadi PAPA.. ini fathnin dan fateh nyanyikan untuk Papa.. Hari ini hari jadi suami ita.. Jadi ita gambatte juga la buatkan kek.. walaupun ita tak la pandai buat kek.. tambahan nak deko kek ni.. ini first time buat guna buttercream.. Alhamdulilah hasilnya ok la bagi orang yang amatur macam ita... walaupun tak cun ini hadiah untuk papa... Anyway to suami yang tersayang.. semoga success selalu dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki..



Untuk fatin ini resepi buttercream dari kembangkempis..

Bahan-bahan ( sebiji kek )

250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara-cara
1.Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih.
2.Suaikan warna utk hiasan kek.
TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

* ita tak jumpa pun marvello/supertact/krimwell tu tapi ita jumpa marjerin yang gambar aising ita guna la ada dalam list halal ita.. ok je.. dan kawan ita guna buter dengan gula aising pun jadi jugak.. heheheeh.. hanya mungkin bezanya pada rasa dan tekstur..

Rojak Mee


Hari ni buat Rojak mee. Rojak ni kegemaran abang.. sedap makan.. Jadi buat untuk breakfast dan abg bawa pergi lab... Ita tak plan nak masak rojak mee ni, tapi tengok ada bahan dalam peti ais so ita buat la rojak ni..

Bahan-bahan
#cucur udang
200g tepung gandum
1/4 bawang merah
1/2 sudu kecil cili serbuk
1/2 kunyit serbuk
1/2 sudu kecil dry yeast
sedikit garam
udang mengikut kegemaran masing
sedikit air
* bancuhan dibiar 1 jam baru digoreng

#bahan lain
1 paket mee
3 biji kentang direbus dan digoreng
1 mangkuk taugeh di celur
1 biji timun
1/2 biji lectuce
5 ketul dada ayam digoreng
2 keping tauhu digoreng
#kuah kacang mengikut kegemaran masing

29 April 2009

Muffin Coklat


Teringin nak makan muffin ni .. nampak menarik je kat dapur kak hana.. jadi ita cuba buat pagi ni .. boleh abang bawa ke lab... bagi penggemar coklat tentu suka muffin ni.. ita tambah sikit pecan diatasnya.. sebab abang suka yang ada kacang.. resepi disini..


Bahan-bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair.
3.Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4.Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5.Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6.Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

28 April 2009

Masalodeh@vadei


Dari haritu teringin nak buat masalodeh @ vadei ni .. Ini gara-gara tengok terliur kat dapur kak asma la ni.. Weekend baru ni baru beli kacang dhal jadi pagi tadi buat la masalodeh ni.. kalau kat malaysia , ita suka beli kuih ni sebab abang suka sangat. Rupanya senang je nak buat. .. Rasa happy sangat dapat buat.. resepinya disini


Bahan-bahan
2 genggam kacang dal - direndam semalaman
1/2 bii bawang besar-didadu
Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
Daun kari -dihiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
1/2 biji telur

Cara-cara
1.Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
2.Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
3.Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
4.Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
5.Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak

Bun bercheese


Pelbagai resepi ita cuba untuk dapatkan roti yang lembut. Harini ita buat bun bercheese senang.. Alhamdulilah.. rotinya lembut dan sedap makan panas-panas.. walapun dah sejuk tetap gebu lagi.. resepi ni dari Mat Gebu.. Thanks Mat..


Bahan-bahan
120 ml air
250 g tepung roti
30 g telur
10 g susu tepung
40 g mentega
40 g gula kastor
1/2 camca teh garam
1 camca teh instant yeast


Cara-cara
1.Masukkan kesemua bahan mengikut turutan ke dalam bread maker.
2.Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
3.Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
4.Sapukan telur dan taburkan cheese di atasnya.
5.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit.

27 April 2009

Peach yogurt pudding


Petang ni ita buat Peach yogurt pudding. Saja buat sebab semalam beli yogurt murah.. selalu harganya mahal jadi hari ini buat la puding ni.. sedap juga yogurt dibuat puding.. rasa masam manis.. resepi asal guna strawberry ita guna peach sebab strawberry tak de dalam simpanan..so untuk resepi disini.

Bahan-bahan
250g plain yogurt
150g strawberry
50-60g gula halus
5g gelatin
3 sudu besar air

Cara-cara
Campur gelatin dengan air. Ketepikan.
Blend plain yogurt, strawberry dan gula.
Panaskan gelatin dengan microwave selama 20 saat.
Masukkan gelatin ke dalam no.2 . Mix lagi.
Akhir sekali masukkan puding ke dalam pudding cup dan sejukkan

26 April 2009

Roti pita


Hari ini tengok hari cerah jadi kami nak pergi jalan-jalan kat area hodagaya ni je.. semalam satu hari hujan jadi duduk terperap kat rumah je la.. Untuk bento jalan-jalan ni ita buat roti pita. Kat jepun ni biasanya kalau nak pergi jalan ita akan buat bento ( bekal ) sebab kalau nak makan kat kedai tak sure halalnya jadi makan bekal buat sendiri senang. First time buat roti pita sendiri kalau kat Malaysia memang ita suka beli roti pita ni dan buat isinya.. seronok makan untuk breakfast jadi kat nihon ni tak pernah jumpa pita bread jadi better ita buat sendiri. untuk buatnya senang je hanya perlu diingat waktu bakar tu kena api yang panas dan kena naik sikit dulu baru bakar.. kalau tak nanti dia tak berpoket macam mana nak masukkan inti. . rotinya pun sedap dan tak rugi mencuba.. jadi resepinya disini

Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya

24 April 2009

Karipap



Karipap memang sedap dimakan tapi nak buatnya kena rajin nak menguli dan mencanainya.. disebabkan suami kesayangan punya favorite buat juga la.. tambahan ada pembantu home bakery, mesin tu yang uli ita sekadar canai je... cuba resepi dari kak hana .. best resepinya dan ranggup karipap ni.. so lepas ni tak tukar resepi dah untuk doh karipap buat yang ini je la sebab ranggup dan sedap.. kali ni ita guna keledek .. so lain kali kalau nak buat karipap lain just tukar inti je.. tak rugi cuba buat karipap ni...


Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

INTI
5 biji keledek
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
air

Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

Daging Dendeng


Daging masak dendeng .. penyediaan yang ringkas dan sedap... resepinya disini.. ita tak tahu nak masak apa untuk abang hari ni .. ita buat daging dendeng je.. sedap dan mudah.. bagi yang nak cepat dan tak tahu nak masak apa ini adalah menu yang sesuai..

Bahan-bahan

500gm daging
4 biji tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
garam secukupnya
****Bahan A (dikisar)*****
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 ulas bawang merah
3 sudu besar cili giling
sedikit halia

Cara-cara
Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

Kek Pisang



Semalam tengok pisang ada 4 ketul dah nak lembik dah. Sayang sangat kalau busuk nanti. Fikir-fikir nak buat apa dengan pisang ni. Lama plak tak makan kek pisang jadi ita buat kek pisang. Ita guna resepi ini untuk buat. Sedap dan memula ingat dapat sikit je bila dah bakar dia naik dan dapat banyak. So hari ni suruh abang bawa pergi lab bagi kawan-kawan. Ita ni memang suka masak sebab nak cuba resepi. hehehehehe.... so nak makan takut.. takut gemuk jadi kalau tak nak makan banyak buat 1/2 aduanan atau buat banyak bagi orang .. hehehheh.. Abang pun bukan nak makan banayk sekarang sebab badan dah naik katanya.. sejak ita suka masak ni... hahahaha.. sian abang.. ita letak resepi-resepi ita ni untuk rujukan ita dan senang untuk masa depan. hehehehe


Bahan-bahan
180 gm tepung
2 biji pisang ukuran besar
70 gm butter
3 sudu gula putih
2 sudu light brown sugar
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen wanila
1 biji telur

utk hiasan;
pisang
pecan

Cara-cara
Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat . Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang di atas dan taburkan kacang pecan di atasnya. Bakar selama 45 minit. biarkan kek sejuk dan baru di potong.

23 April 2009

Ayam Teriyaki


Makan.. makan dan makan lagi.. hehehe.. so hari ni buat ayam teriyaki.. ni pun dapat dari dapur kak hana . sedap ayam ni.. anak-anak pun suka.. so tambah lagi koleksi resepi ayam...walaupun gambar ku kurang menyerlah .. janji resepi ayam ni best sangat..

ini untuk rujukan ita

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

22 April 2009

Roti Serunding Bercheese


Roti dalam simpanan pun dah habis jadi untuk minum petang hari ini ita buat roti serunding bercheese. Sebenarnya jika tak mahu pakai serunding boleh pakai tuna atau sardin. Jika kreatif lagi boleh letak inti mayonis dan jagung ke...ini ita nak cepat dan serunding pun ada dalam simpanan ita guna serunding je.. doh asas roti ni boleh tengok kat sini atau kat bawah pun ada juga ita letak resepi yang lain bagi yang nak cuba menggunakan breadmaker.

Bahan-bahan

120ml susu segar
1 biji telur
300g tepung roti
2 sudu besar gula
2/3 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast

Inti :
Serunding
pizza cheese
Daun bawang
bawang dipotong dadu

Cara-cara
1. Masukkan bahan-bahan roti di dalam bread maker dan tekan on.
2. Bahagikan kepada 14 bahagian terpulang untuk buat besar atau kecil.
3. Canaikan doh bentuk bulat dan tekan lubang ditengah-tengah doh supaya berlubang.
4. masukkan bawang, cheese, serunding, cheese lagi dan daun bawang
5. Biarkan rehat selama 10-15 minit dan bakar menggunakan api 190 selama 15 minit.

selamat mencuba..


Ahad baru-baru ni ita berkesempatan pergi ke Costco kanazawa seaside. Ita pergi pun satu family bersama family kak maas, family aliza dan family adnin.. Kami ni memang suka jalan sama-sama best sikit.. Kami pergi naik densha ( train). Jika dari yokohama eki kena naik seaside line terus ke shin sugita.

Costco ni supermarket untuk beli barang yang banyak sekali gus. Jadi untuk memudahkan, kami beli banyak-banyak dan shipping terus ke rumah tak de la susah nak mengangkut maklum la kat nihon ni ita tak de kereta. Bayaran bagi shipping 525 yen bagi 30 kg barang.. lepas dah habis shopping kami ke taman berhampiran untuk solat dan makan sambil tu anak-anak dapat la main sekejap.. ini ada aksi Fathnin di taman.


setelah siap semua kami ke Jusco berhampiran dengan taman ni. Jusco kat japan ni sama sahaja macam Jusco kat Malaysia. Tapi ita terlupa plak nak ambil gambar jusco ni sebab singgah sekejap sahaja.

21 April 2009

Double Choco Doughnut


Hari ini saja ajak Fathnin masak sebab dia nampak boring je sementara adik pun tido jadi ita masak dengan dia. Step mula sampai akhir fathnin yang buat kecuali pecahkan telur dan goreng je ita yang buat sebab panas takut plak.. kena api nanti lagi susah.. so ita buat double choco doughnut ni sebab dia suka donut... sedap rasanya.. bagus untuk kanak-kanak sebab rasa coklat.. boleh pelbagaikan dengan salut milo tapi ita tak buat sebab takut terlalu manis tak bagus untuk anak ita dan risau makan manis banyak nanti gigi rosak.. hehehehe.. so ita salut kelapa.. disini resepinya

Bahan-bahan
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya.

Cara-cara
Ayak tepung dan serbuk koko.
Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
Gorenglah sehingga masak.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
Siap utk dihidang.

Nasi Ayam Madu


Hari ini buat nasi ayam je.. mana taknya dah lambat buat bento abang nak bawa ke lab.. so senang masak nasi ayam madu saja.. Lagi pun dah jemu masak ayam berkuah ni.. dah la ita ni tak pandai masak jadi.. tak kreatif nak masak gulai-gulai yang lain... best juga nasi ayam ni.. sedap.. Fathnin dan Fateh pun suka.. senang pun senang.. so bagi yang nak cuba resepi disini

ini untuk rujukan ita..

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara
Bersih ayam. Potong ikut suka
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

20 April 2009

Choco Mousse Brownies


Choco mousse brownies ni memang lama dah nak buat... geram je tengok dalam myresepi tu.. gambar dia memang terliur.. ita memang admire resepi kak yani myresepi ni.. bestsangat dan menjadi... so gelatin halal pun dah sampai dari Malaysia Yong kakak ita yang hantar.. Terima kasih Yong dapat la ita cuba resepi ni... walaupun comot.. anyway sedap.. hehehehe .. buatnya pun tak susah senang je.. hanya bahan2 je perlu ada... lain kali nak buat lagi.. supaya dapat yang cantik hehehehe.. gambar pun tak sempat nak posing sangat sebab untuk jamu orang .. heheheh..ita ni kalau nak buat kena waktu orang datang baru ramai yang makan.. kalau kami je kat rumah ni alamatnya mahu gemuk.. jadi inipun antara menu waktu aisha datang baru-baru ni.. heheheh .. so resepi disini

ini untuk rujukan ita

Bahan-bahan ( 18cm )
Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Cara-cara
Penyediaan Brownies.
Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Penyediaan Mousse.
Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

Kuih bakar


Hari sabtu baru-baru ni sempat cuba buat kuih bakar.. tu pun sebab Aisha nak datang.. jadi ita buat 1/2 adunan je.. best kuihnya memjadi.. dan senang..hari ahad buat lagi sebab saja-saja nak makan plak.. bagi yang nak cuba resepi disini gambar kat atas tu kurang menarik heheheh.. sebab orang nak datang tak sempat snap dengan cantik.. sorry..

so ini untuk rujukan ita

Bahan-bahan ( 6 org )
1 cup gula
1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 tbs butter
3 biji telur
1/2 tsp garam
colour hijau
bijan

Cara-cara
campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing

Aktiviti hari sabtu..

Dah naik basi cerita pasal agar-agar lapis pelangi tu.. heheh.. busy sikit banyak program yang ada pada hari jumaat, sabtu dan ahad.. disebabkan program hari jumaat tak de gambar so kita mula dengan program hari sabtu la..hari sabtu haritu tak jalan-jalan jauh-jauh hanya jalan disekitar rumah je.. Pergi taman dengan papa buat pertama kalinya.. Papa dan fathnin main bola, mama dengan fateh tengok diorang main bola sambil ambil gambar... pergi pun lepas habis masak mee bandung sebab Aisha Shaheer nak datang.. so sementara menunggu papa ajak pergi taman.. .papa baru balik dari main bola dengan student korea.. so papa kata ada score sebiji.. cayalah papa.. Happy sangat papa waktu cerita tu.. so ini ada gambar kat taman..





..

Pukul 4 macam tu Aisha datang hantarkan heater.. Thanks Aisha sebab susah-susah je datang hantarkan.. dah la rumah ita ni tak de parking, jauh dia kena jalan ... Sibuk makan tak sempat ambil gambar... mana taknya nak tngok anak lagi nak makan lagi.. tu la cabaran ada anak kecik ni.. hehehe..

16 April 2009

Agar-agar lapis pelangi


Semalam Nor adik kat yokohama ni bagi pewarna.. almaklum la nihon ni tak tahu mana pewarna yang halal.. jadi waktu dia balik malaysia baru-baru ni ita pesan dia beli.. Thanks Nor.. jadi terus bersemangat nak buat agar-agar lapis pelangi.. walaupun warna ada 3 aje buat juga la.. heheeheh .. itula hasillnya..tak macam pelangi dan tak cun pun.. nanti ita nak try lagi..agar-agar dalam stok pun dah nak habis.. kat mana la nak dapat agar-agar kat nihon sedihnya.. huhuuhuu.. seronoknya duduk kat malaysia senang dapat barang.. ( tapi kat malaysia ita jarang masak.. )..menarik agar-agar ni cantik je hasilnya walaupun buatnya agak perit sikit.. hehehe.. so bagi yang nak tgk resepinya g sini ya..

so ini untuk rujukan ita

Bahan-bahan ( 22 cm )

Bhn A
2 sudu makan serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- hijau, merah dll

Bhn B
2 sudu makan serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara
Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil

CARA MELAPIS:
Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...

15 April 2009

Kek Marble Trio


Kek marble trio dari Mat Gebu myresepi ni memang lama dah nak buat tak berkesempatan je.. so hari ni ita cuba buat.. itu pun setengah adunan.. Alhamdulilah sedap kek ni.. lembut dan gebu.. senang pun nak buat nya.. hanya marblenya je kena banyak kali praktise untuk dapat marble yang cantik.. kek ni sedap dimakan begitu saja atau untuk birthday cake.. so bagi yang nak cuba leh tengok disini resepinya..

so ini untuk rujukan ita

Bahan-bahan
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco

Cara-cara
Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

Sushi dan Tempura


Hari ni abang request nak makan japanese food.. heheehhe sejak tinggal kat nihon ni suka plak dia dengan japanese food ni.. jenuh la ita kena belajar buat itu dan ini.. so hari ni buat sushi.. sushi ni dah banyak kali buat dah mana taknya seminggu mesti sekali buat sebab abang suka..tapi ita buat sushi cara ita la.. hahhah tak pakai cuka sushi sebab masih lupa je nak beli.. cara yang betul buat sushi kena campurkn cuka sushi dengan gula sikit, garam dan mayonis kat nasi tu.. tapi ita tak buat pun ita hanya masukkan mayonis dan garam je.. dan gaul dengan beras jepun.. isinya terpulang la nak isi apa.. yang ita buat selalu-selalunya telur, salmon dan timun.. kalau rajin sikit tambah tuna ke lagi sedap... ini pun tgk rancangan jepun kat tv... ehheheh.. so nak gulung kena ada bamboo matt .. senang sikit nak gulung.. so atas bamboo matt tu letak la sea weed, then letak nasi ratakan dan isi yg digemari..then gulung..potong dan sedia untuk di makan...


Untuk tengahari plak.. abang nak bawa bento g lab dia nak udang dengan sotong tempura dan sayur rebus.. jadi ita buat sayur sawi,lobak merah dengan taugeh.. so siap bento abang hari ni...

14 April 2009

Cucur Badak



Hari ni ada masa terluang sikit, Fateh tidur dengan lenanya petang tadi.. jadi tengok dalam peti sejuk ada ubi keledek jadi nak cuba la buat cucur badak.. Kalau kat Malaysia kalau beli kuih ternampak cucur badak je tentu ita akan beli jadi nak lepas rasa teringin makan cucur badak ni cuba la buat.. tak susah pun buatnya hanya bahan-bahannya je yang perlu ada.. ita ambil resepi ni dari princesshayati myresepi so boleh tengok kat sini resepinya

so ini untuk rujukan ita

Bahan-bahan
utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam

utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara
untuk inti:
blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

utk kulit:
rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
Goreng dengan api yang sederhana.

Hodagayaku Park





Ahad hari tu selepas solat asar kami ke Hodagayaku park.. park ni dekat je dengan rumah ita kalau jalan kaki lebih kurang 25-30 minit la.. Saja kami anak beranak nak bersantai kat sini .. kami bawa makanan sikit dan bawa set main bola sepak.. tapi disebabkan sibuk main ita lupa ambil gambar waktu main bola dengan abang dan Fathnin.. best juga sekali sekali keluar peluh.. sekarang suhu dah mencecah 22 c so tak la sejuk sangat dan kadang rasa panas sangat plak.. Cantik permandangan kat park ni.. sakura pun dah nak gugur dah.. kami tak jalan satu taman sebab penat dah main bola lagi pun taman ni besar sangat.. so sebelum maghrib kami dah berjalan turun dari park ni sebab park ni atas bukit..

13 April 2009

Yokohama Cosmo Wold






Hari sabtu baru-baru ni sempat juga kami ke Yokohama Cosmo World..Kami pergi malam lebih kurang pukul 9 malam.. Theme Park ni tutup pukul 10 malam. Ini adalah salah satu Theme Park di Yokohama ni.. Disini ada Ferris Wheel diantara terbesar didunia. Ita sempat la naik Ferris wheel ni, bayaran untuk naik ferris wheel ni 700 yen. Dari atas Ferris wheel ni ita boleh lihat bandar yokohama.. Disebabkan malam jadi yokohama disinari lampu-lampu yang berbagai warna dan nampak menarik.. kami berada didalam gondola lebih kurang 30 minit bagi satu pusingan. Fathnin happy sangat berada didalam gondola ni.. sampai kan di confuse sama ada gondola ni bergerak atau tidak.. heheeh.. jadi diatas adalah gambar disekitar Yokohama cosmo World...




Sabtu baru-baru ni kami beraktiviti dengan student Malaysia yang belajar diYNU (Yokohama national University). Jadi adik-adik ni sewa van dan kami pun tumpang lah sekali... Program mulanya pergi hanami di bawah pokok sakura yang sedang berguguran. Kami bawa makanan masing-masing dan makan bersama-sama. Menu special hari tu Steambot.. Best makan panas-panas.. ita ni dah la suka steambot.. jadi memang banyak ita makan.. heheeh nasib baik la hanami ni dah nak berakhir kalau tak mahu naik badan mana tak nya makan ramai-ramai dan di bawah pokok sakura ni berselera saja rasanya.. heheeheh.. apa nama koeun ni pun ita lupa sebab naik kereta.. ita ikut aje.. bagus adik-adik ni nak melayan karenah kakak-kakak dan abang-abang diorang ni..

10 April 2009

Roti Jala dan Kari Ayam



Roti jala dan Kari ayam adalah diantara makanana kegemaran ita. Kalau makan mahu berpinggan-pinggan.. hehehhe jadi untuk memenuhi selera tekak hari ini ita buat roti jala.. Nasib baik la sebelum datang Nihon ni dulu mak mertua ita ada bagi acuan roti jala... mak kata mana tahu takut nanti nak buat... berguna sungguh acuan tu.. hehehe Terima kasih mak.. Roti jala ni nak makan nya sedap tapi bab nak menjalanya tu kena lah bersabar...lama. Jadi hari ni pun ita tak buat banyak hanya sekadar cukup untuk kami anak beranak.. maaf la jiran2 ku hanya dapat tengok je la yek.. eheheheh so resepi roti jala dengan kari ayam ni resepi ita sendiri sebab ita dah pandai dah.. hehehe so tak tengok mana2 sumber...

bahan-bahan ( 20 ketul )

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit kunyit
2 cawan air ( kalau cair kena tambah tepung sikit)

cara-cara
1.masukkan semua bahan kedalam blender.
2.Putar hingga semuanya sebati dan pekat.
3. panaskan kuali non stick dan jala..
4. setelah kekuningan angkat dan lipat mengikut kesukaan.
5. boleh dimakan bersama kari ayam kegemaran..

selamat menjamu selera..

09 April 2009

Sakura berguguran

Petang tadi sekali lagi ke taman yang berhampiran dengan rumah.. ita pergi pun dengan Adnin jiran ita. Sekarang suhu bila petang lebih kurang 17 c jadi bagi ita ..nice weather.. Fathnin seronok sangat bila ita ajak ke taman... Mana tak nya dia boleh main sepuas-puasnya.. ita pun seronok tengok dia happy macam tu.. sampai je taman tengok sakura hana dah nak gugur dah.. macam salji turun..best sangat tengok..



sakura ni kembang dalam seminggu je pastu dia akan gugur so.. lepas ni kena tunggu tahun depan pulak nak tengok sakura lagi... sambil ita sembang-sembang dengan Adnin, Fathnin main la buaian dan gelongsor yang ada di sekitar taman tu.. ini gambar fateh atas stroller dan itu Adnin dengan Zammer anak dia.. Boleh nampakkan kat tanah tu banyak kelopak sakura yang berguguran


so ini ada sikit gambar untuk post kali ini..





;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG